Sunday 26 October 2014

ULSER MULUT ~ CARA RAWATAN & PENCEGAHAN


Ulser..dulu saya selalu sangat kena ulser..aduss..pedih betui..kalau kena ulser mulut memang stress sebab buka setakat nak makan sakit.nak bercakap..nak ketawa pun sakit..rela berkumur dengan air garam sebab tak tahan sakit..letak bonjela..tapi lepas sembuh, naik pulak..kata orang sebab keturunan?..masa tu saya fikir betulah kot sebab mak saya pun selalu gak kena ulser mulut.

Ulser mulut ialah luka yang terjadi di dalam kawasan lembut pada mulut. Salah satu ulser tersebut dikenali sebagai ulser afta iaitu luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, ada gak macam warna nanah kot. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Kesakitan ulser mulut ni akan hilang dalam 3-4 hari dan akan sembuh sepenuhnya apabila 7 hingga 14 hari. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi. Semestinya menyakitkan huhuhu..kadangkala malas nak bercakapkan..

Kenapakah ulser mulut boleh terjadi?

 punca-puncanya :-

 ✅Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
 ✅kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah
 ✅Sistem imun badan yang abnormal dan lemah; menyerang bahagian dalam mulut
 ✅ Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
 ✅Tubuh kekurangan asid folik dan vitamin B12. (yang ni setuju sangat)
 ✅Sistem imuniti badan yang lemah
 ✅Mengalami alahan
 ✅ Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
 ✅Sebab-sebab lain yang tidak diketahui.


Saya memang setuju sangat bahawa ulser adalah berpunca kerana kekurangan vitamin B dan Lysine dalam tubuh..sebab dulu saya selalu sangat kena ulser tetapi sejak saya mengamalkan pengambilan supplement shaklee..Alhamdulillah saya kini memang bebas terus daripada ulser terutama ulser mulut, jadi kata orang ulser terjadi sebab faktor keturunan rasanya memang kurang tepat.


Bagaimana pula nak merawat ulser di mulut apabila terjadi?

✔Makan makanan lembut dan elakkan makan makanan panas dan pedas.

✔Banyakkan minum air masak


✔Gunakan pencuci antiseptik mulut untuk berkumur.

✔Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit contoh bonjela atau gel yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.

✔letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit contoh makan aiskrim

✔elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.

✔ambil mineral zink dan zat besi, asid folik dan Vitamin B 12

✔untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

✔pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

✔elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah dan kurangkan air berasid.

✔Berkumur dengan air garam.

✔Jika sakit ulser berterusan melebihi 14 hari,dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor.


Bagaimana Cara Mencegah Terkena Ulser Mulut?

1. Paling utama perlu mengamalkan makan secara sihat, zat nutrisi yang mencukupi terutama vitamin B6 (cth: ayam, ikan, sayur berwarna hijau gelap, betik), vitamin B12 danzat besi (cth: daging, ikan, ayam, sayur, susu, soya) serta asid folik (cth: buah, sayur, bijirin, kekacang).

2. Jaga kesihatan gigi. Pemeriksaan gigi berkala. Pastikan gigi sentiasa bersih. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali iaitu sewaktu bangun dari tidur awal pagi dan sebelum tidur waktu malam. Mulut kurang bersih menyebabkan bakteria di dalam mulut menyerang ulser anda dan menyebabkan ia teruk dan lambat sembuhBerkumur-kumur setiap kali lepas makan. 

3. Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 1990, oren, tomato, kacang, terung, teh dan minuman kola antara makanan yang boleh menyebabkan ulser muncul.Nanas dan minyak kayu manis juga turut mempunyai kaitan.

Sebab itu, anda perlu sentiasa menitikberatkan soal khasiat pemakanan harian yang anda makan seharian untuk memastikan sel-sel dan organ-organ tubuh bergerak dan berfungsi dengan baik untuk menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas tanpa sakit, Namun dalam sehari kadang-kadang sukar juga nak memenuhi keperluan zat nutrisi yang diperlukan oleh badan. oleh itu anda disarankan mengambil supplement vitamin adalah sebagai pelengkap pemakanan berkhasiat anda.

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?


Bagi anda yang kerap mengalami ulser mulut, amat disarankan untuk mengamalkan supplement Shaklee berikut.

B-Complex : Mencegah ulser mulut

SR Vita-C : Membantu pemulihan membran mukosa mulut

ESP : Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh

Alfalfa Complex : Menyahtoksin di seluruh tubuh

Herb-lax : Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin

Jom kita lihat testimoni pengguna shaklee:

Testimoni 1


Testimoni 2


Hubungi saya untuk dapatkan dengan Harga Istimewa SET UNTUK ULSER atau mana-mana produk Shaklee :

SMS/WhatsApp/Call : 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh Add  Facebook ini (klik)  Vitashop Wanie  untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan


sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...