Monday 24 June 2013

10 TIPS KURANGKAN MORNING SICKNESS



1. BANYAKKAN BEREHAT
Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami stress. Gunakan maternity body pillow untuk mengampu punggung dan perut untuk memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa.

2. MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP
Rasa mual akan bertambah sekiranya anda membiarkan perut anda kosong.

3. KURANGKAN WAKTU ANDA BERADA DI HADAPAN KOMPUTER
Kurangkan waktu anda duduk di hadapan komputer. Ini kerana paparan monitor yang berkelap-kelip berkaitan dengan morning sickness anda.

Wednesday 5 June 2013

✿ KETAHUI PERGERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN ✿



Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

~ Dari minggu ke-20 hingga ke-24 ~

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

~ Dari minggu ke-24 hingga ke-28 ~

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

~ Pada minggu ke-29 ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...