Wednesday 30 April 2014

Anda mengalami sakit sendi/ lutut??

Sakit lutut bukanlah perkara asing bagi wanita. Malah hakikatnya wanita aktif mendapat 2 kali ganda sakit lutut sama seperti lelaki. Sendi lutut adalah sendi yang terdiri dari pada tiga tulang iaitu femur (tulang peha), tibia (tulang yang bersendi dengan lutut dan pergelangan kaki) dan meniscus.
Sebarang bahagian sendi ini boleh mengalami kecederaan. Lutut biasa mengalami terlebih tekanan, bukan hanya dari sukan berimpak tinggi, membongkok, melutut dan memanjat tangga. Lutut membengkok, berpusing dan kadangkala terhantuk semasa bersukan.
Sakit Lutut
Sakit Lutut

Keadaan perubatan , seperti artritis, boleh menyebakan sakit lutut. Tetapi kecederaan lutut yang biasanya berlaku pada orang muda melibatkan hentakan secara tiba-tiba selepas melompat.  Suatu hentakan terhadap kawasan yang tertentu boleh menyebabkan beberapa ligament terseliuh. Lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah lutut.

Apakah Pennyebab Masalah Lutut?

  1. Pergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut.
  2. Ostearthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut
  3. Masalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit rheumatoid artritis dan systemic lupus arythematosus. Penyakit ini disebabkan oleh kerosakan lutut secara kekal.

Apakah Jenis-Jenis  Masalah Sakit Lutut dan Rawatannya?

sakit lutut
Artritis pada lutut – Jenis artritis pada lutut yang biasa adalah osteoarthritis. Dalam penyakit ini, rawan pada lutut akan beransur-ansur digunakan. Rawatan untuk osteoarthritis ialah :
  • Ubatan untuk mengurangkan sakit seperti aspirin dan acetaminophen.
  • Ubatan yang mengurangkan pembengkakan dan keradangan seperti ibuprofen dan ubat anti radang bukan steroid (NSAID).
  • Senaman bagi meningkatkan pergerakan dan kekuatan.
  • Pengurangan berat badan.
Rheumatoid Artritis – Dalam Rheumatoid Artritis, lutut menjadi radang dan rawan boleh rosak. Rawatan termasuklah:
  • Terapi fizikal
  • Ubatan
  • Pembedahan Penggantian lutut (bagi lutut yang rosak secara serius)
knee replacement implant
Pembedahan Penggantian Lutut
Penyakit dan kecederaan Kartilaj (rawan)
Condromalacia berlaku apabila rawan pada tempurung lutut melembut. Ini  disebabkan oleh kecederaan penggunaan berlebihan atau kelemahan otot, atau jika bahagian telah lari kesejajarannya. Rawatan bagi kecederaan rawan ini termasuklah:
  • Senaman bagi menguatkan otot-otot
  • Rangsang elektrikal bagi menguatkan otot.
  • Pembedahan bagi kecederaan serius.
Kecederaan Ligamen -  2 jenis kecederaan ligament pada lutut termasuklah anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). Selalunya keadaan ini berlaku pada ahli sukan. Rawatan kecederaan ligament ini termasuklah:
  • Pek ais bagi mengurangkan pembengkakan.
  • Senaman bagi menguatkan otot.
  • Pengikat
  • Pembedahan (untuk kecederaan serius)
Penyakit dan kedcederaan Tendon – 3 jenis penyakit dan kecederaan tendon adalah:
  • Tendinitis dan tendon terpecah
  • Penyakit Osgood – Schaletter
  • Sindrom Iliotibial band
Rawatan bagi penyakit dan kecederaan tendon ini termasuklah:
  • Berehat
  • Letakkan ais pada kecederaan
  • Ubatan seperti aspirin atau iobuprofen bagi mengurangkan sakit dan pembengkakan
  • Senaman bagi meregang dan menguatkan
  • Balutan simen
  • Pembedahan bagi kecederaan serius
Doktor akan mendiagnos masalah ini melalui beberapa cara:
anj3-kneexray-s_1233363769
  • Sejarah perubatan
  • Pemeriksaan Tulang
  • Ujian Diagnostik ( seperti x-ray, imbasan tulang, imbasan CAT, MRI, anthroscppy dan biopsi)
Namun begitu, anda sebenarnya mampu memelihara lutut anda secara optimum tanpa perlu menjalani apa-apa rawatan, pembedahan atau ubat-ubatan. Pelihara kesihatan lutut anda dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, anda juga boleh mencuba SET SENDI SHAKLEE yang ternyata berkesan dalam mengurangkan masalah sakit lutut.
sakit lutut sendi
Advanced Joint Health Tablet (AJHT) - Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Omega Guard – Mengurangkan keradangan akibat sakit lutut.
Ostematrix – Mengekalkan sel tulang yang sihat.
JIka dulu, setiap hari ibu mengadu sakit lutut dan terpaksa mengambil  ubat tahan sakit secara kerap.Alhamdulillah sejak memberikan ibu saya SET SENDI Shaklee, ibu tiada lagi masalah lutut dan mampu melakukan tugas harian dengan mudah. Tiada apa yang lebih  membahagiakan bila melihat ibu kembali sihat dan ceria seperti biasa.

Untuk dapatkan produk ini dan konsultasi scara percuma..jom hubungi saya :

Add fb ini untuk berhubung terus dengan saya: http://www.facebook.com/wanie.shaklee

SMS/WhatsApp: 0139737229

LIKE fpage saya untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan http://www.facebook.com/MommyAfnan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...