Saturday 17 December 2016

KECEWA PELANGGAN TIDAK MEMBELI DENGAN KITA?


Kecewa Bila Pelanggan Tak Beli Dengan Kita?

 Mesti ada antara anda yang terlintas soalan-soalan seperti ni: “Kenapalah tak ada satu jualan pun hari ni..”, “Kenapa pelanggan tanya je, tapi tak beli”.. “Eh aku ni memang tak ada bakat meniaga kot.. susahnya nak menjual”

Semua soalan-soalan di atas adalah bisikkan hati negatif yang nak menjatuhkan kita. Jangan biarkan aura negatif menghantui fikiran dan minda kita. Berniaga mesti ada “rejection”. Bukan berniaga namanya jika tiada “rejection” atau penolakkan.

Fikir yang baik-baik, niatkan yang baik-baik, insyaAllah yang datang pada kita yang baik-baik juga.
Berikut ada sedikit perkongsian untuk anda yang selalu rasa kecewa bila pelanggan tak beli dengan kita. Semoga bermanfaat..

Kalau pelanggan tolak kita apa nak buat?
TOLONG JANGAN SEDIH..
TOLONG JANGAN PUTUS ASA.
TOLONG POSITIF..
MUHASABAH DIRI.

Jom lakukan perkara-perkara di bawah, insyaAllah kita akan redha dan berlapang dada..

1)Baca “Innalillah Hiwainna Ilaihurojiun”

2) Katakan “Ya Allah Aku Redha Dgn DugaanMu”

3) Doa “Ya Allah gantikan customer yang lebih baik datang padaku.. Ya Allah berikanlah ku customer-customer Baru yang sentiasa perlukan produk ku. Wujudkanlah kesetiaan kepada regular customer ku..amin ”

Kelebihannya mengamalkan doa di atas:
1) Allah akan merawat hati kita.
2) Allah bertambah sayang kepada orang yang Redha dengan DugaanNya.
3) Allah akan jadikan kita lebih positif
4) Allah akan gantikan pelanggan yg lebih membawa rezeki kepada kita
5) Allah akan tambah nikmat dan rezeki kerana kita sentiasa bersyukur dan sabar

Dan..
“Kita Tetap Untung Walaupun Orang Tolak Kita”

Niatkan berniaga ini satu ibadah, untuk membantu keluarga dan juga ekonomi ummah. InsyaAllah walau datang 1000 penolakkan pun kita akan bertahan. Dan, harus ingat, untuk dapat 1 pembelian, kita harus terima 9 penolakkan, itu adalah statistik bisnes. Jadi, jika 9 orang tak nak beli, jangan putus asa, akan ada 1 orang lain yang akan membeli dengan anda.

Semoga sedikit tips bisnes ini bermanfaat untuk anda, terutamanya yang masih baru menceburi bidang bisnes. Stay calm..

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Set Bersalin/ Set Kesuburan Suami Isteri  Shaklee  atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee




Monday 5 December 2016

11 PERKARA PERLU BUAT APABILA MELAWAT IBU BERPANTANG/ BERSALIN


"Jom pegi tengok Aisya baru bersalin. Tak sabar nak tengok baby dia," ajak Aini kepada teman-teman ofis.

Memang lumrah, kalau kawan baru bersalin mesti kita hendak menziarahi dia. Baguslah sebab itu sebagai tanda ingatan kita kepadanya tapi dalam masa yang sama perlu diingat ada pantang larang dan adab yang mesti dipatuhi bila hendak melawat ibu baru bersalin dan bayinya.

Sekarang banyak sangat kes yang kita baca tentang keadaan bayi baru lahir yang mudah dijangkiti kuman sehingga ada yang hampir maut. Apabila diperiksa dan disiasat, doktor mendapati bayi tersebut dijangkiti kuman daripada orang yang melawatnya dalam keadaan tidak sihat.
Jadi, kalau ada yang rancang hendak melawat bayi baru lahir, pastikan pantang larang berikut anda patuhi. Takkan pula kawan anda yang baru bersalin hendak menegur, nanti dikata biadap dan tidak sopan pula.

1. Sebelum datang bagitahu dulu

Janganlah anda main redah sahaja datang ke rumah orang baru bersalin. Maklum sahaja keadaan ibu baru bersalin yang masih belum kuat dan agak kelam kabut menguruskan bayi baru lahir. Tiba-tiba ada kawan yang datang tanpa memberitahu tentu sahaja dia tidak bersedia. Sekurang-kurannya bila anda memberitahu untuk datang, dapatlah dia memberitahu bila hari dan waktu yang sesuai. Takut nanti kalau main redah sahaja, tiba-tiba kawan anda tiada di rumah kerana pergi ke klinik atau hospital.

2. Pilih waktu melawat yang sesuai

Sebaiknya pilihlah waktu yang bersesuaian untuk melawat ibu berpantang. Jangan pula anda datang waktu pagi sangat sebab biasanya waktu ini ibu dan bayi agak sibuk menguruskan diri mereka. Jangan juga datang waktu petang dan hampir senja. Ibu berpantang kena makan dan mandi awal sebelum waktu maghrib. Bahkan elakkan sama sekali daripada datang melawat pada waktu malam. Orang tua-tua sangat pantang datang melawat ibu bersalin pada waktu malam.

3. Yang tak sihat tak perlu datang

Sebelum datang melawat bayi baru lahir, periksa dulu keadaan kesihatan anda. Kalau ada selesema, batuk walaupun sikit-sikit lebih baik anda tak payah datang melawat. Anda hanya akan menyebarkan virus tersebut kepada bayi yang masih tidak kuat lagi sistem imun badannya. Tunggu anda sihat baru datang melawat.

4. Jangan melawat terlalu awal

Janganlah disebabkan terlalu 'excited' hendak melawat kawan yang baru bersalin maka anda datang sehari selepas dia baru keluar dari hospital. Bagilah ibu bersalin masa untuk menyesuaikan diri dahulu. Selain itu ibu lepas bersalin juga masih lemah dan tidak kuat lagi untuk menerima tetamu. 

5. Jaga mulut

Biasanya kalau sudah datang beramai-ramai, macam-macam yang akan keluar daripada mulut masing-masing. Jagalah apa yang hendak dituturkan. Anda perlu menjaga hati ibu baru bersalin yang agak sensitif. Contohnya, "Eh, kenapa kecik sangat anak ko ni. Tk kuat nyusu ke?" atau "Kenapa tak pakai bengkung betul-betul, patutlah tak kurus-kurus lagi." Ia hanya akan menyakitkan hati ibu berpantang dan membuatkan dia bertambah stress

6. Minta kebenaran untuk dukung bayi

Ada yang jenis suka hati sahaja mendukung bayi baru lahir yang dikunjungi. Bukan tak boleh tapi sebaiknya minta kebenaran daripada ibunya. Mana tahu, bayi tersebut meragam waktu malam dan baru hendak tidur, tiba-tiba kita yang datang mengganggu pula tidurnya.

7. Bawa buah tangan

Adab melawat orang sakit atau baru bersalin, sebaiknya bawalah sedikit buah tangan untuk mereka. Memanglah ibu bersalin tersebut tak meminta tapi apa salahnya bersedekah. Kalau tak sempat beli hadiah untuk bayi, boleh juga sedekahkan duit sahaja.

8. Jangan cium bayi

Siapa yang tak geram tengok bayi yang comel dan kecil. Tentu sahaja automatik rasa nak menggomol dan cium bayi puas-puas. Awas, tahan perasaan geram anda itu! Ingat, yang kita mungkin boleh menyebarkan bakteria kepada si kecil. Kalau tak tahan juga nak cium, sekali dan sekejap sahaja cukuplah.

9. Cuci tangan

Sebelum menyentuh atau mencuit pipi bayi yang gebu, elok anda bersihkan dahulu tangan dengan sabun antiseptik. Kadang kala tanpa kita sedar, tangan menjadi agen penyebar kuman. Tak pasal-pasal bayi yang bersih dan suci itu terkena kuman tanpa sengaja.

10. Tak payah memandai-mandai

Mungkin anda sudah berpengalaman mempunyai beberapa orang anak. Jadi, kalau datang melawat kawan yang baru pertama kali bergelar ibu, tak perlulah memberikan bermacam pantang-larang atau tip kecuali diminta. Mungkin setiap orang ada cara masing-masing yang tidak sama. Jadi jangan banding-bandingkan cara berpantang anda dengan kawan yang baru bersalin.

11. Jangan lama sangat

Dalam seronok bersembang dan melihat bayi baru lahir, jangan lupa yang ibu berpantang perlu rehat kerana mereka masih lemah dan belum sihat sepenuhnya. Tak perlulah anda duduk terlalu lama sehingga ibu berpantang sukar untuk berehat dan bayi pula sampai terbangun tidur kerana terdengar suara anda.

Sumber : Pa & Ma

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Set Bersalin/ Set Vitamin Shaklee  atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee



Saturday 29 October 2016

KHASIAT MULTIVITAMIN VITALEA SHAKLEE

Vitalea Shaklee merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. 

Berada 100 tahun dipasaran pasti bukan laluan mudah untuk Shaklee, tapi tempoh masa yang lama cukup membuktikan mutu produk begitu berkualiti yang menjamin kedudukannya hingga ke hari ini . Vitalea bukan sahaja mampu bertahan malah masih diperlukan oleh jutaan manusia didunia.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. 

Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Tablet Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. 

Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. 

Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Atau anda boleh menonton Video ini 

Vitamin Yang Terkandung dalam Vita-Lea Shaklee : 

  • Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak 
  • Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat 
  • Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi 
  • Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi 
  • Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot 
  • Boron – Membantu dalam metabolisma 
  • Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang 
  • Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung   


Manfaat Utama VitaLea Shaklee: 

  1. Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
  2. Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia. 
  3. Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
  4. Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. 
  5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod. 
  6. Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. Jika anda teliti betul-betul .

Jom saksikan video perbezaan Vitalea Shaklee dengan Multivitamin produk lain.




Apakah rekomendasi yang disarankan untuk anda?

 Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan) Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan) Untuk ibu mengandung/berpantang/menyusukan bayi : sebiji sehari (selepas sarapan)

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Vitalea/ Set Vitamin Shaklee  atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Jom lihat testimoni Vitalea Shaklee :



TIPS KEKAL SIHAT TUN DR MAHATHIR

Shaklee juga pilihan Tun Dr. Mahathir?

Sejauh manakah kebenaran yang mengatakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad,  juga mengamalkan MultiVitamin Shaklee sebagai salah satu cara mengekalkan gaya hidup sihat?



Jom kita baca artikel di bawah ini yang saya petik dari  Susu Sejat!

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.

Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?


5 Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok

Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak

Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.


3 – Makan secara bersederhana

Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.


4 – Makan Multivitamin

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.


5 – Tidur secara mencukupi

Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

Sumber drp :  Susu Sejat

Klik :
Kenali Keistimewaan Vitalea Shaklee
Lebih Info Vitalea Shaklee


Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Vitalea / mana2 Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)


Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee

Thursday 27 October 2016

DEMO VITAMIN C BERFUNGSI SEBAGAI ANTIOKSIDA




DEMO VITAMIN C BERFUNGSI SEBAGAI ANTIOKSIDA

Apa Fungsi Vitamin C Sebagai Antioksida?

Fungsi Vitamin C sebagai antioksida memang dah dikenali ramai, tapi tak ramai yang tahu apa pentingnya antioksida kepada badan.

Setiap hari sel badan kita terdedah dengan radikal bebas. Melalui pencemaran dan makanan yang kita makan juga boleh kena radikal bebas.

Radikal bebas lemahkan sel badan. Ini menyebabkan kita mudah terkena penyakit bila tidak ada perlindungan dari antioksida.

Dengan makan Vitamin C secara konsisten, kita boleh bantu sel badan dari dirosakkan dan kurangkan risiko jangkitan seterusnya risiko terkena sel barah.


Satu-satunya Vitamin C dengan Ciri Hebat - Sustained Release




Apa-apa vitamin yang larut air akan mudah disingkir ke dalam air kencing sejurus selepas kita makan. Jadi badan kita akan mendapat khasiatnya secara sementara dan sekejap sahaja.

Tetapi, dengan ciri hebat Pelepasan Berperingkat oleh Vitamin C Shaklee mampu mengekalkan khasiat vitamin C lebih lama dalam perut.

Maka, kesan perlindungan dari serangan radikal bebas akan jadi lebih lama dan boleh bantu kita kekal lebih sihat dan cergas sepanjang masa.

Hebat kan?

Lebih Info Vitamin C Shaklee
Lebih banyak Testimoni Vitamin C Shaklee

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Vitamin C / mana2 Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee

Jom lihat Testimoni Vitamin C Shaklee :



















Lebih banyak Testimoni Vitamin C Shaklee






Monday 24 October 2016

OMEGAGUARD SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK ANAK

Omega Guard Shaklee adalah supplemen yang mesti ada untuk setiap keluarga. Kenapa?


★★Sebab Omega Guard Shaklee ini sangat baik samada untuk bayi, kanak-kanak, ibu bapa, remaja dan warga tua. Kanak-kanak pun boleh makan Omega Guard, minyak ikan terbaik ini.

Omega Guard berbentuk kapsul jernih yang mengandungi minyak ikan.

★★Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

 ~ Mengandungi minyak ikan.
~ Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak. omega 3 termasuk DHA dan EPA.
~ DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
~ Imuniti badan.
~ Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran.
~ Sistem peredaran darah yang teratur.

Bagus ke Omega Guard Untuk kanak-kanak?


Omega Guard ada asid lemak Omega 3 yang bagus untuk kanak-kanak. Antara kebaikannya adalah:

  • Meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak.
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak.
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD.
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak.
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak.


Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-Kanak.

Cara Makan 1: Kapsul Omega Guard boleh dipicit dengan jarum dan dimasukkan dalam susu anak.
Cara Makan 2: Boleh dikunyah begitu sahaja. Kapsul adalah lembut dan selamat di makan oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.

Cara Makan 3: Dipicit dengan jarum, minyak ikan dicampur dalam makanan dan minuman kegemaran.
Cara Makan 4: Ditelan begitu sahaja, untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas.

Omegagurad Shaklee Mempunyai banyak kebaikan :
JOM DAPATKAN OMEGAGUARD DENGAN HARGA PROMOSI DI BULAN OKTOBER INI

Klik PROMOSI OKTOBER OMEGAGUARD

Klik untuk info Supplement untuk Anak


Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Mealshakes atau Supplement untuk anak / mana2 Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)


Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee


Testimoni Omegaguard untuk anak


Sunday 23 October 2016

AMALKAN 11 TIPS AJAR ANAK RAJIN SOLAT

Mendidik kanak-kanak  melakukan ibadat solat hukumnya adalah wajib. Kewajipan mendidik kanak-kanak melakukan ibadat solat ketika mereka mencapai usia tujuh tahun dan dibolehkan memukul dengan pukulan yang tidak mencederakan mereka jika enggan mengerjakan solat apabila mencapai usia sepuluh tahun.


Ini ada disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka itu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud)
Semoga panduan berikut boleh dipraktiskan oleh semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang kewajipan mengerjakan solat.

1.Biasakan anak mendengar laungan azan
Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.

2.Ajar anak doa selepas azan
Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.

3.Didik solat sejak bayi
Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya.
Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.

4.Ajar anak mengambil wuduk
Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

5.Dengarkan anak bacaan dalam solat
Biasakan anak mendengar bacaaan dalam solat anda dengan membacanya kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.

6.Solat berjemaah
Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu ajak anak solat bersama  jika boleh pada setiap waktu solat. Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.

7.Ajar anak berwirid
Biasakan anak anda mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.
8.Berdoa untuk anak
Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh/solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Tentu sahaja mereka akan berasa gembira kerana ayah menyebut namanya dalam doa tersebut.
Baca juga: Didik Anak Tentang Rasa Yakin Diri

9.Berikan anak pujian
Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ia dapat menyuntik semangat mereka untuk terus bersolat dengan tertib.

10.Tegur kesilapan solat anak
Sekiranya anak melakukan kesilapan ketika bersolat, tegur kesilapan tersebut selepas selesai berdoa. Teguran biarlah secara berhemah iaitu meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil diiringi dengan sedikit pujian.

11.Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40
Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.  Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat.
Maksud ayat 40 surah Ibrahim:  Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Solat itu tiang agama. Ia amalan pertama yang akan dihisab semasa hari akhirat nanti. Oleh itu utamakan mengajar anak bersolat terlebih dahulu sebelum pembelajaran yang lain.


Sumber : Pa&ma

Klik untuk info Supplement untuk Anak

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Supplement untuk anak / mana2 Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee

Friday 21 October 2016

5 TIPS BAKAR LEMAK DI PAHA


5 Tip Bakar Lemak Betis & Paha

Wanita selalu mengeluh jika melihat bahagian kaki yang semakin tebal dengan lemak selepas bersalin. Dan tengok bahagian paha lagi buat wanita kecewa, sebab bukan senang nak turun bahagian itu tanpa usaha yang lebih keras.

Jangan risau jika anda mahu selesaikan masalah ini, cuba amalkan beberapa tip ini...

1. Kontrol makanan

Tolak tepi awal-awal jenis makanan berlemak dan bersantan. Nak cepat kesannya, diet dengan elak sajian yang mempunyai kalori tinggi, makanan berminyak, junk food, soda dan segala makanan bergula atau terlalu manis.

2. Lari
Sekurang-kurangnya berlari untuk kesihatan jantung dan pengaliran darah. Tak buat senaman langsung pun tak boleh juga, ya. Hasilnya kaki anda lebih padat dan tubuh badan yang sihat.

3. Lompat tali/ skipping
Jika tiada masa untuk keluar rumah anda boleh lompat guna tali atau skipping. Buat depan tv pun ok, janji badan keluar peluh. Cara ini membantu membakar kalori di kaki dan melatih otot kaki sehingga betis jadi bentuk yang cantik.

4. Zumba
Biasakan diri dengan berzumba,  bahagian tubuh yang paling banyak diguna adalah kaki. Ini boleh bakar lemak di paha dan betis dengan lebih cepat.

5. Aerobik
Senam aerobik juga cara membakar kalori yang paling bagus. Bukan hanya kaki cepat kurus, tetapi juga bentuk tubuh lebih cantik sebab lemak di seluruh tubuh dibakar dengan rata.

6. Berbasikal

Mungkin dah jarang dan kurang orang guna basikal, tetapi sebenarnya ini adalah cara paling berkesan kalau mahu paha kecil dan bentuk betis kecil comel.

Masih berat badan untuk lakukan senaman? Jangan pandang remeh, kita bukan buat untuk nampak cantik dan ramping saja tetapi bagi jaga kesihatan yang semakin tercabar dengan pelbagai sajian harian. Sekurang-kurangnya kalau rajin bersenam, toksin dalam badan akan keluar melalui peluh. Yang penting jika yakin dengan bentuk tubuh anda akan sentiasa kelihatan anggun dan sihat.

SELAMAT MENCUBA..!!

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee




Thursday 20 October 2016

7 PENGALAMAN INDAH BILA BERGELAR IBU MENYUSU.


Assalamualaikum w.b.t.. Tahniah bagi anda yang telah melahirkan bayi atau dalam proses kehamilan. Hari ini Admin nak kongsikan pengalaman indah bila kita menyusukan bayi kita. Nikmat yang terhingga Allah bagi buat ibu menyusu..

Perkara paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan wanita yang melahirkan anak adalah pengalaman menyusukan bayi. Momen kali pertama menyusukan bayi iaitu sebaik sahaja selamat melahirkan si kecil memang satu kenangan paling indah dan membahagiakan.

Kagum seketika apabila bayi kecil anda begitu bijak mencari makanan awalnya iaitu susu ibu. Maha Suci Allah yang menjadikan susu ibu sebagai makanan awal untuk bayi comel membesar sihat dan pintar.
Sepanjang bergelar ibu menyusu ada banyak pengalaman seronok dan lucu yang dialami. Mesti ramai ibu setuju antara perkara berikut kan?

1. Tak rasa bersalah untuk makan banyak
Ibu menyusu memang sentiasa rasa lapar. Maklumlah makan banyak pun akhirnya ia  bertukar menjadi susu. Bila sudah menyusukan bayi, terasa lapar semula dan akan makan  lagi. Jadi, ibu-ibu menyusu tak rasa bersalah pun untuk makan banyak sebab biasanya makanan tersebut tak sempat jadi lemak terkumpul di badan. Memang seronok!

2. Pengalaman berharga mengepam susu
Rugi kalau yang bergelar ibu tidak melalui pengalaman ini. Hanya ibu menyusu sahaja tahu bagaimana indahnya kenangan mengepam susu. Melihat susu penuh sebotol, hati rasa berbunga-bunga.
Bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan nikmat rezeki susu yang banyak untuk anak tersayang. Perasaan letih dan terkejar-kejar antara kerja di pejabat dengan waktu mengepam susu, amat berbaloi bila lihat stok susu tersimpan dalam peti sejuk 'menggunung' banyaknya.

3. Dapat layanan istimewa
Kalau beratur mengambil makanan dalam mana-mana majlis ataupun kedai makan, kawan-kawan yang tahu anda menyusukan anak cepat sahaja memberi laluan untuk anda mengambil makanan terlebih dahulu.
"Eh, ibu menyusu kena makan cepat. Tak payah berbaris, terus je ambik makanan!" Oh, memang seronok didengar! Terima kasih kepada kawan-kawan yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada ibu menyusu.

4. Sentiasa cukup minum air
Waktu menyusukan anak, kebanyakan ibu akan sentiasa cukup minum air 2 atau 3 liter sehari. Semuanya demi memastikan kuantiti susu tetap konsisten terhasil. Kalau waktu lain, memang susahlah hendak pastikan anda minum air sebanyak itu sehari. Betul kan?

5. 'Maintain' kurus
Tak semua tetapi kebanyakan ibu menyusu mempunyai berat badan ideal dan 'maintain' kurus. Orang kata menyusukan anak adalah cara terbaik untuk ibu-ibu berdiet! Jadi janganlah lepaskan peluang ini.

6. Senang tidur
Kalau orang lain mungkin mempunyai masalah susah hendak tidur tetapi ia tidak akan berlaku dalam kalangan ibu menyusu. Menyusukan anak boleh menjadi cara terbaik untuk ibu tidur. Waktu menyusukan bayi, bukan si comel sahaja yang akan terlena tetapi ibu sekali boleh tidur sampai ke pagi.

7. Bawa banyak beg
Bagi ibu bekerja yang menyusukan bayi, tentu akan tersenyum seorang diri apabila mengimbas kembali kenangan mengangkut banyak beg ke pejabat setiap hari.
Bayangkan selain beg tangan dan beg komputer riba, ibu menyusu dengan selamba akan mengheret sama beg pam susu, cooler bag dan beg stok air minuman. Kegigihan tersebut hanya boleh dilakukan oleh ibu menyusu tegar sahaja. Semuanya demi memastikan stok susu untuk si manja tetap terlaksana walaupun sibuk di pejabat.

Apabila bayi sudah berpisah susu ibu, imbaslah semula kenangan manis yang sangat indah untuk dikenang. Jadi, sementara anda masih bergelar ibu menyusu bayi, nikmati momen istimewa dengan bayi tanpa sebarang rungutan.

Klik untuk lebih info TIPS PENYUSUAN
Klik disini untuk SET PENYUSUAN SHAKLEE
Klik disini untuk TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE
Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Set Hamil/ Set Bersalin/ Set Penyusuan Produk Shaklee /mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)


Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Wednesday 19 October 2016

TESTIMONI PESAKIT PATAH TULANG BERPUASHATI DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Assalaimualaikum wbt. Hari ini saya nak kongsi tentang kisah benar testimoni seorang lelaki yang mengalami kecederaan tulang belakang dan patah tulang kaki akibat terlibat daalam kemalangan.
Setelah mendengar nasihat kakaknya yang mencadangkan agar mengamalkan supplement Shaklee., Alhamdulillah belaiu sudah kembali sihat seperti sedia kala.

Jom saksikan video ini :



CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK MASALAH TULANG SEPERTI YANG DI AMALKAN OLEH CUSTOMER TERSEBUT

1. OSTEMATRIX

Ostematrix merupakan suplemen Kalsium Shaklee yang membantu menguatkan tulang, membantu fungsi saraf dan mengelakkan kekejangan otot akibat kemalangan. Ostematrix Shaklee ini dirumus dengan kandungan :





 2. ESP

ESP merupakan sumber protein terbaik yang dihasilkan tanpa perasa tiruan, pewarna dan pengawet. Protein amat penting diperlukan bagi membina semula tulang yang patah atau retak. Protein juga diperlukan bagi pertumbuhan sel-sel baru yang tercedera atau mungkin sudah mati.











4. ZINC COMPLEX


Satu lagi vitamin yang disarankan ialah Zinc Complex sebagai tambahan. Ini kerana Zinc Complex mampu membantu dalam mempercepat proses baik luka. Zinc Complex membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zinc penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun - semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka.










JOINT HEALTH TABLET

AJHT berfungsi :
  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu kekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • melancarkan pergerakan harian
  • sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  • menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  • anti radang semulajadi
  • dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  • memberi kekuatan kepada struktur sendi
  • bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, 
  • juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Jika anda mengalami masalah seperti adik  di atas, anda boleh berikhtiar dengan Suplemen Shaklee yang disarankan ini. Tak salah kita mencuba sesuatu yang baik untuk kesihatan kita.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Set Vitamin Shaklee untuk Tulang Patah atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Monday 17 October 2016

PETUA AWET MUDA DALAM ISLAM


Tips Sentiasa Muda Cara Islam
Awet muda..tak ada orang yang xnak awet muda kan terutama wanita..Semua ingin tampil muda, berseri dan menawan terutama di mata orang yang tersayang. Di sini saya ingin berkomgsi Tips Awet Muda Cara Islam.
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Cara 1
Dilakukan selepas Solat Isyak
Ambil air segelas
Baca al-Fatihah 1 x
Baca Ayatul Qursi 1 x
Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 x
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Cara 2
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1 x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3 x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Amalan lain yang boleh dipraktikkan agar sentiasa awet  muda  :

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca Ayat 35 hingga 38 Surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Selamat mencubanya..moga perkongsian bermanfaat untuk semua.

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan GLA Complex Shaklee atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

GLA COMPLEX MEMBANTU WANITA MENOPAUSE


Kenapa GLA Complex dikatakan membantu wanita menopause?

Kerana kebaikan GLA Complex :

Kenali vitamin Shaklee untuk Wanita Menopause

"GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause"
Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah:
▪️mengawal selia hormon estrogen dan testosteron
-Semasa menopause, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana ▪️GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. ▪️GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.*

5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. 
▪️GLA membantu menurunkan kadar kolesteroljahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.

TESTIMONI GLA BAGI WANITA MENOPAUSE




Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan GLA Complex Shaklee atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...