Tuesday 27 May 2014

Petua Bagi Ibubapa Yang Sering Marah Anak

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.
( nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat! :)

Monday 19 May 2014

BADAN LETIH, LESU DAN TIDAK BERMAYA?


Mengapa badan sering menjadi letih walaupun anda merasakan tidur anda mencukupi? Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja. Sebenarnya itu adalah tindakan yang salah.


Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat? Antara punca-punca menyumbang kepada kelesuan, letih dan tidak dapat fokus adalah :
  •     Pemakanan yang tidak sihat
  •     Tekanan dan stress
  •     Kegemukan
  •     Pekerjaan yang memenatkan
  •     Insomnia
  •     Darah rendah/anemia
  •     Perokok tegar
  •     Mengambil kafein secara berlebihan
  •     Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  •     Tidak melakukan senaman
  •     Kekurangan air
  •     Kehamilan
  •     Pengambilan ubat-ubatan
Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

~Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu ~

Vitamin A

Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.
Vitamin A juga berguna untuk imuniti.

Vitamin B Complex

Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

Vitamin C

Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.

Vitamin D

Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).

Vitamin E

Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.

Bagi mengatasi masalah ini kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang setiap hari dan bersenam, namun gaya hidup yg sibuk menyukarkan perkara ini dilakukan secara konsisten setiap hari.
Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh di ambil untuk mengatasi badan yang lesu dan keletihan..?
Kami menawarkan Euphoria Set A (Basic) di mana anda boleh mencuba ketiga-tiga supplements asas Shaklee untuk kesihatan optimum.

Kandungan Set A (Optimum health Set) :
  •     B Complex
  •     Vitamin C
  •     Vita-Lea Iron Formula

Set ini sesuai untuk :
  • individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • individu yang stress dan mudah mengantuk
  • pelajar bagi meningkatkan fokus dan menggelakkan mengantuk dan mudah letih
  • individu yang sangat sibuk dan mengamalkan makanan yang tidak seimbang

Cara pengambilan ialah :
    1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C & Multivitamin.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Testimoni pengguna Vitamin Shaklee


Sekiranya anda berminat untuk mencuba vitamin shaklee / sebarang pertanyaan
boleh hubungi saya melalui fb wanie shaklee / email elinfayyadh@gmail.com

Saturday 17 May 2014

37 Tabiat Ibu Bapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak


1. Tidak Pernah Bersalah
"Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul.
Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita.
Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "
2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,
"Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang." Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita,
"Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan"

Friday 16 May 2014

ATASI MASALAH GOUT

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh (protein dikenali sebagai purin). Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing. Tapi, apabila ia berlebihan, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah penyebab gout.
Tubuh menjadi kurang efisyen untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pinggang tidak berada di tahap optimum. Ya, buah pinggang adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan tidak perlu daripada tubuh kita. Namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik akibat daripada:
 
•pengambilan ubat yang mengandungi unsur 'dadah'

•stress dan tekanan perasaan

•pengambilan protein berlebihan

•kekurangan vitamin yang diperlukan untuk proses perkumuhan


Apa diet yang perlu dielakkan/dikurangkan oleh pesakit gout?

•organ dalaman (hati, paru-paru, ginjal dan otak)

•ikan bilis, kembung dan sardin

•daging cincang, ekstrak daging, ragi (spt Marmite) dan kiub rebusan daging

•makanan bercengkerang (ketam, udang, kerang)

•asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam

•peanuts, lentil, beans dan peas'

•poultry

•roti jagung dan bijiran


Apa Shaklee ada untuk bantu pesakit gout?


Alfalfa Complex - detox semulajadi yang menyingkirkan toksik dalam badan secara lembut. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
Setiap 25kg berat badan = 1 liter pengambilan air kosong setiap hari.


Harga runcit bagi Alfalfa Complex 330 tablet ialah RM53.
Harga runcit bagi Alfalfa Complex 700 tablet ialah RM97.
Hubungi saya untuk harga istimewa.

Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupo dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik.


Harga runcit bagi Performance Drink ialah RM82. Hubungi saya untuk harga istimewa.


OmegaGuard - mengelakkan keradangan sendi.

Harga runcit bagi OmegaGuard ialah RM136. Hubungi saya untuk harga istimewa.

Untuk dapatkan produk ini dan konsultasi scara percuma..jom hubungi saya :

Add fb ini untuk berhubung terus dengan saya: http://www.facebook.com/wanie.shaklee

SMS/WhatsApp: 0139737229

LIKE fpage saya untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan http://www.facebook.com/MommyAfnan

Sunday 4 May 2014

KENAPA MEALSHAKES YANG TERBAIK?

Mealshake memang best!
 Apa Mealshake ni? Bagi yang baru mengikuti, Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral serta protein 

Dan semasa bancuh Mealshake, ibunya baca lah apa2 ayat seperti ayat 1000 dinar ke, ayat surah Toha ke, etc :) maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan barokah.



Mealshake multivitamin utk kanak kanak


 
Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..

Klik untuk info Supplement untuk Anak


Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Supplement untuk anak / mana2 Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan


Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)


Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...