Thursday 15 March 2018

PETUA ATASI ULSER


Kalau dah terkena ulser ni, nak makan pun susah. Memang menyakitkan , ya tak? Kata orang, kalau nak cepat baik kena minum banyak air kosong. Kebiasaan, individu akan terkena ulser di bahagian bibir.
Punca ulser ni ada banyak, mungkin korang kekurangan vitamin B12, Vitamin C atau kurang zat besi. Selain itu, kerap kali makan makanan pedas dan masam juga menjadi punca bibir korang tumbuh ulser. Jadi, kami ada sediakan beberapa cara yang berkesan untuk hilangkan ulser ini.

Jom kita tengok :


1)Air kelapa
Ya, minum air kelapa hijau dan kumur. Cara ini boleh menghilangkan ulser korang


2) Serbuk kopi
Ambil sedikit serbuk kopi dan letak di bahagian ulser. Selepas itu, korang kumur dengan air kosong.

3) Air Garam
Ramai orang guna cara ni kan? Kumur dengan air garam sebanyak 3 kali sehari dan ulser akan hilang dengan cepat.

4) Yoghurt
Yoghurt mengandungi acidopjilus. Kandungan itu menjaga keseimbangan bakteria dalam mulut dan badan. Yoghurt dapat menghilangkan ulser dengan cepat.

5) Ubat tradisional
Lidah buaya, jus plum, ekstrak biji anggur boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat ulser dengan guna bahan-bahan tersebut untuk basuh mulut korang

6) Bawang merah
Bawang merah, betik dan juga sachet teh  digunakan untuk basuh luka ulser. Cara ini juga berkesan untuk menyembuhkan luka ulser.

Jika anda nak cepat sembuh dan nak mengelakkan terkena ulser lagi, .cubalah set ulser Shaklee..
Pengalaman saya sendiri je..sejak daripada zaman persekolahan lagi saya selalu terkena ulser. . Tapi alhamdulillah sejak saya amalkan vitamin C dan B complex setiap hari.. ulser tiada lagi dalam kamus hidup saya.
cubalah.. InsyaAllah dengan pengambilan Vitamin Shaklee ulser anda akan cepat surut dan sembuh dengan cepat...dan yang paling best..lepas ni memang ulser x nak tumbuh dah kat mulut anda.. :)

SET ULSER SHAKLEE TERDIRI DRP
Vitamin C, B Complex, Alfalfa, ESP
(klik untuk lebih info berkenaan vitamin tersebut)


Selamat mencuba..!

Sekiranya berminat dapatkan SET ULSER / mana2 produk shaklee bolehla hubungi saya : 


SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!


Konsultasi PERCUMA untuk anda dapatkan hasil TERBAIK ! Semestinya juga dengan HARGA TERENDAH

Monday 12 March 2018

10 CARA GALAKKAN ANAK BERCAKAP

Assalamualaikum w.b.t pengunjung blog Mommy Afnan, terima kasih sebab singgah ke blog ni. Hari ni saya ingin nak update tentang info menggalakkan anak bercakap. Diharap tips ini menjadi panduan buat ibubapa semua.

TIPS GALAKKAN ANAK BERCAKAP

1. Anak bercakap , kita boleh stimulate sepanjang masa. Bukan bila dia dah start 1 tahun, 2 tahun, tapi memang sejak dia lahir kita perlu biasakan bercakap dengannya. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sebab anak anak ini perlukan foundation utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah.

2. Kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara kita dan anak. Ini memang perlu berjuang. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat dia. Sebab gadget, mengurangkan interaksi 2 hala.

3. Banyakkan membuat  aktiviti dengan anak-anak. Kalau umur 1 tahun tu, dah boleh buat experimen volcano dah . Haaa, sbb bila kita buat projek, ini akan galakkan semangat ingin tahu mereka dan galakkan mereka rasa nak communicate kerana mahu suarakan pendapat dan lain lain.Atau pun boleh buat kek atau biskut sama2..sambil galakkan mereka berbual dengan kita.

4. Terlibat sama main role play: main masak, jual jual, apa apalah. Tetapi kita ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara n intonasi . Sekali sekala buat kelakar.

5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian. Contoh kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basus, sidai, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa buat semua ni, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka, again, pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan masa buat. Kira cakap tak berhenti dgn mereka lah. Anak anak jadi rasa keperluan dan keseronokan communicate tu.

6. Bina suasana yang ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama, bagi idea, tanya mereka, bukan cakap sepatah dua, tapi wujudkan semangat masa cakap dengan mereka.

7. Ulangan. Perkataan perkataan harian...kita boleh mulakan ulang byk kali. Mama, abah, mandi , makan, tidur, doa, solat. Jadi mereka nampak perbuatan dan sebutan tu serentak dan berulang kali.

8. Ubah habitat ibu ayah dari banyak bergadget dan melayari internet. Demi anak anak kita. Bila kita seronok dengan komunikasi di alam maya, kita tak dapat wujudkan masa dan cinta untuk banyak cakap dgn anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka.


9. Berjuang untuk gunakan bahasa yang baik, bukan marah, herdik, menghina, mencaci. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar.

10. Jadikan semua di atas sebagai rutin.
InsyaAllah kita sama sama doakan ya. Setiap dari kita pasti ada ujiiannya masing masing berkaitan anak ni. Sekiranya  kami mmg orangnya jenis tak banyak cakap? Takpe, demi anak kita, kita banyakkan lah cakap..

Sekiranya anda inginkan supplement shaklee boleh hubungi saya Mommy Afnan :

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Setiap pembelian akan di berikan FREE GIFT


Hubungi Mommy Afnan sekarang kerana Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

Klik : 
INFO SET HAMIL
TESTIMONI SET HAMIL

Info SET BERPANTANG/BERSALIN
TESTIMONI SET BERPANTANG

INFO SET MENYUSU
TESTIMONI SET MENYUSU


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...