Sunday 30 December 2012

Alfalfa Memang Power..!!

Salam buat pengunjung..hari ni jom kita tengok testimoni pengguna Alfalfa.. Terima kasih buat fatin kerana sudi berkongsi kesan yg dirasai daripada pengambilan Alfalfa Shaklee..

Menarik dan mendebarkan bunyinya...hihihi..itulah khasiat alfalfa kalau anda dah cuba pasti andapun sukakan hasilnya.

dan ada lagi testimoni :

Sunday 9 December 2012

BERITA GEMBIRA....DISAHKAN HAMIL.!!

Assalamualikum..dan Selamat pagi..

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman manis Farah Diyana yg hampir 2 tahun menunggu dan kini berjaya hamil dengan pengambilan konsisten selama 2 bulan Set Kesuburan Shaklee!


Alhamdulillah & tahniah buat rakan kita ni dan mari kita lihat produk supplement dalam Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada :


Vitamin C

Membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesterone






B Complex

Memberi tenaga, perasaan tenang & menghilangkan stress












Vitamin E


Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembetukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka supplement Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki
Sebagai tambahan, boleh ambil zinc untuk kesuburan serta kesihatan telur & sperma suami isteri.














Lagi testimoni....
Testimoni drp yg berkongsi berita gembira customernya :

Supplement hanyalah sebahagian daripada usaha kita sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan. Rezeki pastinya dari Allah yang Maha Esa.


Jika andai berminat hendak mencuba supplement ini  dengan harga DISKAUN dan konsultasi secara percuma bolehlah hubungi saya :

* Tel/Sms/Wsap : 013-9737229 (wanie)


Hubungi saya Mommy Afnan untuk harga Terbaik untuk anda..!


SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan


Saturday 8 December 2012

BENARKAH SOYA BERBAHAYA??

Info Terkejut Mengenai Kacang Soya!
=================================
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll.
Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia
yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:-
1.Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2.Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

3.Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual/sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


4.FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

5.Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna
dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tidak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien.

Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (diperingkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

6.Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa.
Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: 
Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam  phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan,boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.Oleh itu kembalilah kepada pemakanan  sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

SELAMATKAH ESP SHAKLEE??

Kenapa ESP SELAMAT DIAMBIL?

Sebab ESP kacang soyanya NON-GMO.

Soya di pasaran kebanyakkannya GMO. GMO bermaksud, soya ini dipanaskan pada suhu yang tinggi dan molekulnya telah berubah. Dan kebanyakkan soya di pasaran dicuci dengan alkohol kerana alkohol murah menyebabkan isoflavin yg bermanfaat hilang, sekaligus menyebabkan pencemaran berlaku akibat bhn kimia yg digunakan semasa pemprosesan. Di sinilah punca bahaya soya yg dikatakan di atas.
Berbeza denga ESP, ESP merupakan NON-GMO, di mana ia dicuci dengan air utk membekalkan isoflavin dalam soya tersebut, dan ia diproses pada suhu yang rendah, tanpa memusnahkan isoflavin dan tiada pencemaran berlaku. Selamat diambil pada sukatan yang diberikan iaitu 3 sudu besar sehari.

Apapun yang diambil secara berlebihan mendatangkan mudarat, hatta ubat akan jadi racun jika diambil dengan berlebihan. ESP pada sukatan 3 sudu besar sehari adalah selamat, dan sebab itu ia berbeza berbanding soya lain di pasaran sana.

Jadi sebagai pengguna kita kena  alert/ teliti dan pastikan sesuatu itu betul/ tidak sebelum 'melabelkan" sesuatu perkara / produk itu berbahaya/ tidak..terutama bg produk yang berada di pasaran. Jangan CEPAT MELATAH.


Sebenarnya kita dah consume kacang soya lama dah.. kacang soya berasal dari negara asia timur (jepun, korea, china) dan Jepun mula mengeksport ke Eropah seawal sebelum perang lagi.
Antara makanan orang asia yang berasas kan soya spt kicap,tempe, tauchu dll. Apa artikel di atas cuba wujudkan adalah sentimen anti kacang soya. Satu pergerakan yang sama juga dengan anti minyak kelapa sawit. Masing-masing memburukkan satu sama lain dan senjata paling ampuh adalah dengan meletakkan nilai2 keagamaan.

Kacang soya bukanlah sesuatu yang haram, ia suatu yang baik. Dan yang baik semua datang dari Allah.


Sekiranya berminat dapatkan ESP Shaklee @  mana2 produk  shaklee bolehlah hubungi saya : 

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday 7 December 2012

PANDUAN PEMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
¦Berat bayi : 2.5 – 3 kg
¦Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
¦Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
¦Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
¦Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
¦Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
¦Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
¦Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Thursday 29 November 2012

15 CARA MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum...lama sudah rasanya saya tidak menambahbaikkan blog saya ni.. maklumla kesibukan tu sentiasa ada lbh2 lg Afnan yg baru 10 bulan ni emm..banyak ragamnya :)) ...hari ni saya ingin berkongsi dgn anda artikel cara2 mendidik anak...moga kita dapat manfaatkannya..

Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti Rasa Hormat


Saturday 17 November 2012

KHASIAT ALFALFA


Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.

2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).

3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.

4) Membantu membuang angin dalam badan.

5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.

6)
Melegakan sakit sendi dan belakang

7)
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.


8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint

9)
Memberi kelegaan semasa haid


10)Merawat arthitis


11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema

12)
Mencuci usus bagi membuang toksik


13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang


14)Meneutralkan asid dalam badan

15)
Merawat masalah keputihan pada wanita

16)
Membesar dan menegangkan payudara

17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri


18)Memulihkan urat selepas bersalin


19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan


20)Meningkatkan stamina seorang suami


21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!!


AMARAN
: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE




Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. Lebih banyak alfalfa kita makan, lebih banyak air yang perlu kita minum. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cuba lihat testimoni ini : Normala yang merupakan pengemar makanan laut menghadapi masalah kulit kerana alergi dan dengan mengamalkan Set Skin Care (Vitamin C, Vitamin E  dan B complex) serta Alfalfa. beliau bukan sahaja telah berjaya memulihkan masalah kulit beliau bahkan menjadikan kulit beliau halus , berseri dan awet muda
Lagi testimoni Alfalfa :

Sesiapa berminat nak mencuba Alfalfa...boleh order dan dapatkan harga diskaun...! hubungi saya di fb / sms 013-9737229

Saturday 22 September 2012

JAUHI KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah (bukan kacip pinang kepunyaan cik Fatimah ye..) atau nama saintifiknya Labisia Pumila telah digunakan secara turun temurun untuk membantu mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual. Sama seperti Tongkat Ali untuk lelaki.

Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin.

Antara 9 fungsi utama kacip fatimah
(1) Menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi peranakan wanita lepas bersalin
(2) Sekiranya diambil ketika menstruasi, boleh membantu mengurangkan kesakitan (period pain) kerana ia mempunyai fungsi anti-dysmenorrhoea yang dapat membantu melancarkan pengaliran menstruasi
(3) Digunakan untuk memulihkan gangguan kepada sistem peranakan wanita seperti dysentery dan gonorrhoea
(4) Membantu menyeimbangkan hormon wanita dan mengatasi masalah lepas bersalin seperti kurang keinginan untuk bersama suami. Selain dari itu, ia juga dikatakan dapat menambah tenaga kewanitaan
(5) Membantu melangsingkan badan terutamanya dibahagian abdomen
(6) Sejenis herba anti-gas yang dapat membantu mengurangkan angin dari dalam badan
(7) Menguatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya melegakan selesema
(8) Memperbaiki perjalanan darah serta membantu mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot
(9) Kacip Fatimah juga dapat membantu mengurangkan masalahh sembelit serta mengembalikan rambut rosak

Selain dari itu masih terdapat banyak lagi fungsi serta kebaikan kacip fatimah ini. Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak.

Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan. Oleh itu, bahan-bahan toksin di dalam tubuh badan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan ( liang peluh, air kencing, najis dan juga susu ibu). Dengan demikian, ditakuti bayi yang disusukan akan minum susu yang mengandungi toksin yang dikumuhkan dari badan ibunya. Sekiranya ibu mengandung minum atau consume air kacip fatimah atau serbuk atau pil yang mengandungi kacip fatimah, kadang-kadang sistem badan ibu tak fully recognize janin yg membesar dalam perut tuh adalah bayi (kira macam sistem badan confuse. ingat ni benda asing yg patut dibuang/dikumuhkan) Kesannya akan menyebabkan keguguran.

Dipetik dari buku Mother Food for Breastfeeding Mother ditulis oleh Hilary Jacobson (page 82)

Try to avoid doing what is called a major detox while breastfeeding or pregnant. This includes fasting, taking more than one or two cups of freshly juice or green-drinks per day, losing weight too quickly, (one pound per week is considered safe for breastfeeding mother), or using strong, detoxifying herbs, including chilantro (see below) or high dosages of chlorella (see page 269).

When a mother detoxes, toxins flood out into the bloodstream where they can crossover the placenta during pregnancy, or enter a breastfeeding mother’s milk. In pregnancy, this can impede the baby’s development. In breastfeeding, this may result in the baby becoming fussy, or coming down with a stuffy nose. Normal-terms babies are usually robust and can deal with a temporary increase in toxins, but there is no reason to put a baby to the test!

Ramai ibu-ibu yang mengamalkan penggunaan kacip fatimah mengatakan bahawa antara fungsi kacip fatimah adalah untuk menambah dan melancarkan pengaliran susu ibu. Bagaimana pun, dikhuatiri sebab tindakan detox oleh kacip fatimah menyebabkan badan membuang toxin melalui susu ibu.

sumber : Iffah Anuar

Thursday 13 September 2012

KEKAL CANTIK & SIHAT

Antara kelebihan Vitamin E Shaklee...
  • Vitamin E terkenal sebagai agen anti-oksida yang baik. Oleh itu, pengambilan vitamin E secara konsisten membantu pengamalnya kelihatan awet muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu mehilangkan parut dan jeragat serta membantu menaikan seri wajah agar tidak lagi kelihatan kusam.

  • Vitamin E mampu mencegah pertumbuhan sel-sel abnormal badan terutama kanser.

  • Masalah kedinginan atau low sex drive yang sering dialami oleh ibu-ibu menyusu berikutan  kehadiran hormon prolaktin yang tinggi dapat diatasi dengan pengambilan Vitamin E. Selain itu, Vitamin E juga dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat. Sebab itulah Vitamin E turut dikenali sebagai Vitamin Cinta.

Monday 10 September 2012

KEISTIMEWAAN VIT C SHAKLEE

Assalamualaikum semua...
Hari ini saya nk berkongsi ttg ke istemewaan Vitamin C Shaklee..
Sebenarnya Vitamin C adalah supplement kesukaan saya...kerana terus terang saya katakan sebelum saya mengenali shaklee...saya selalu mengalami masalah selsema...terutama pada waktu pagi pasti selepas bangun tidur saya akan tidak selesa kerana hidup berair/ selesema mungkin kerana saya alah pada ubat nyamuk...
tapi setelah saya megamalkan Vitamin C Shaklee sebiji setiap pagi masalah itu tidak lagi menganggu saya alhamdulillah...saya rasa selesa sekarang..


Jom kita tengok apa yang best sangat tentang Vit C Shaklee ni berbanding dengan Vit C jenama lain.
1. Sustained Release
Tidak seperti kebanyakkan Vit C lain yang terdapat di pasaran, Vit C Shaklee adalah dalam bentuk Sustained Release. Dalam erti kata lain, zat Vit C tersebut akan dilepaskan secara perlahan-lahan bagi memenuhi keperluan semasa badan. Ini adalah kerana Vit C mudah terhapus jadi melalui teknologi Sustained Release ini, badan kita akan sentiasa mendapat bekalan Vit C yang mencukupi.
2. 1 tablet = 7 biji setengah oren
Istimewanya Vit C Shaklee ini adalah kerana 1 biji adalah bersamaan dengan 7 biji setengah oren. Cuba bayangkan, adakah anda mampu memakan 7 biji setengah oren setiap hari bagi menikmati keperluan Vit C harian anda? Saya kurang pasti dengan anda semua tapi bagi diri saya sendiri, agak mustahil untuk memastikan saya mampu memakan 7 biji setengah oren setiap hari.
3. Mengandungi bioflavonoid
Vit C Shaklee mengandungi bioflavonoid bagi membantu penyerapan nutrien Vit C dengan lebih baik. Jadi badan kita mendapat khasiat Vit C pada kadar yang lebih optimum.


 
ANTARA KEBAIKAN VITAMIN C

1. Meningkatkan tahap imuniti badan

Vit C adalah penting kepada badan kita kerana ianya dapat mempertingkatkan tahap imuniti badan agar kita tidak mudah jatuh sakit. Selain itu, Vit C juga dapat mengelakkan masalah gusi berdarah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Kerana itu jugalah ibu-ibu yang baru melahirkan sangat digalakkan untuk memakan oren semasa di dalam pantang bagi memastikan luka bersalin cepat sembuh.
2. Antioksidan
Vit C turut memainkan peranan penting sebagai agen anti-oksidan bagi menghalang radikal-radikal bebas yang banyak terdapat di sekeliling kita sekaligus mencegah kerosakan sel-sel badan.

3. Untuk kecantikan kulit
Salah satu fungsi Vit C yang terkenal adalah sebagai rumusan penggalak penghasilan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel badan kita. Kekurangan kolagen akan menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus. Selain itu, pengambilan Vit C secara konsisten akan membuatkan kulit anda menjadi lebih muda, cerah dan berseri. 

4. Mencegah masalah hypertensi dan kardiovaskular
Vitamin C penting untuk mengawal tahap nitrik osida iaitu bahan kimia semulajadi yang membantu dalam mencegah pengerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar (stroke) dan sebagainya.

Jom kita baca apa pula kata pengguna tentang kehebatan Vit C Shaklee ini:



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di FB/ page saya Mommy Afnan

Thursday 9 August 2012

PERFORMANCE DRINK -ORANGE

KENAPA PD MENJADI HOT PRODUK DIBULAN RAMADHAN?

KEISTIMEWAAN PERFORMANCE DRINK (PD)
Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?

  • Anda yang berkerja di bawah matahari terik
  • Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
  • Ibu mengandung atau menyusu
  • Anda yang demam dan selesema
  • Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
Mari kita lihat apakata pengguna :

Sunday 15 July 2012

Tips Penyimpanan Susu Ibu

Sebagai seorang ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif..pasti kita ingin mengetahui cara penyimpanan dan penggunaan susu perahan dengan betul.Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara penyimpanan susu ibu yang sesuai berdasarkan tempoh mengikut suhu.




 Cara Menggunakan Susu Ibu Yang Disimpan




Berminat nak beli produk shaklee ?
Hubungi saya Mommy Afnan untuk harga Terbaik untuk anda..!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Sunday 1 July 2012

PUASA MENYEBABKAN SUSU MERUNDUM..??

Begitu cepat masa berlalu...tanpa disedari kini masuk bulan Syaaban. Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul. Moga kita mempunyai jodoh dengan Ramadhan yang penuh barakah.

Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.

Apa yang boleh saya sarankan ialah...memandangkan kita mempunyai lebih kurang sebulan lagi untuk menemui bulan Ramadhan, ibu2 yang menyusu boleh melatih berpuasa mulai sekarang sama ada niat ganti atau niat puasa sunat. Contoh yang mudah difahami...cuba berpuasa Isnin , Khamis dan Jumaat terlebih dahulu. Ini untuk melatih tubuh kita bersedia dengan lebih baik khususnya bulan Ramadhan. Latihan ini membantu agar badan kita mudah 'tune' dengan keperluan penghasilan susuibu walau dalam keadaan berpuasa sebenar nanti. Waktu yang sama kita boleh berusaha memantapkan minda dan kekuatan rohani menjelang Ramadhan.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?
Jawapannya TIDAK sekiranya si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.


a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.

Perlukah si ibu mengambil supplement?
Jawapannya,ya atau bergantung pada kesihatan si ibu..
Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka mungkin tidak perlu mengambil supplement.
Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.
Kalau saya... memang memerlukan supplement kerana supplement dapat memberi saya zat dan nutrisi mengikut piramid makanan yang disyorkan bukan setakat utk saya malah utk memastikan saya mampu membekalkan susu buat afnan.
Secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.

Rukhsah ibu mengandung dan menyusu

Rukhsah itu merupakan kelonggaran yang diberikan ke atas beberapa golongan atas alasan yang tertentu.
Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”



Begitu juga bagi ibu yang hamil, jika mendapati puasa itu boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi, diharuskan berbuka dan menggantikan puasa beserta fidyah.
Walau bagaimanapun bagi ibu menyusu, tidak layak mendapat rukhsah tersebut sekiranya si ibu :
1. mencampurkan susu formula kepada si anak selain susuibu
2. mempunyai stok susuibu yang banyak.

Islam itu agama yang indah. Ia tidak menyulitkan malah memudahkan. Maka bagi ibu yang berpuasa, hanya kita yang tahu kekuatan kita.
Dekati ALLAH kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki. Moga kedatangan Ramadhan membawa seribu kenikmatan dalam beribadah.
Jika si ibu mendapati susunya semakin berkurang ditambah tiada stok yang menanti di rumah, maka disarankan menggunakan rukhsah iaitu dengan berbuka namun perlu menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah.

Cubalah Set Penyusuan Shaklee...Insyaallah..anda akan berpuashati..!

Disini saya lampirkan testimoni pengguna set penyusuan shaklee..moga memberi semangat untuk anda mengumpul stok susu untuk anak anda terutama persediaan untuk Ramadhan.







Hubungi saya WANIE di talian 013-9737229 @ Facebook Wanie's Vita-Shop
Page : Mommy Afnan

Add fb ini untuk berhubung terus dengan saya: http://www.facebook.com/wanie.shaklee

SMS/WhatsApp: 0139737229

LIKE fanpage saya untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan http://www.facebook.com/MommyAfnan

.TQ

Monday 25 June 2012

6 PERGERAKKAN WAJIB PADA BAYI


Walau baru lahir, gerakan bayi sudah sangat aktif yang didominasi gerakan refleks.
Anda boleh memerhatikan 6 gerakan refleks yang harus dimiliki bayi baru lahir,iaitu:

1.Refleks melangkah.Bila tubuh bayi dipegang pada bagian bawah ketiaknya dalam posisi tegak
(pastikan kepalanya diampu dengan baik!),kakinya menyentuh lantai , secara automatik bayi akan meluruskan kedua kakinya
seolah-olah hendak berdiri.Apabila tubuhnya dihadapkan ke depan, kakinya akan bergerak seakan-akan ingin melangkah.

2.Refleks mencari puting (rooting).Apabila sudut bibir dan pipi bayi disentuh dengan tangan Anda, bayi akan langsung memalingkan kepalanya ke arah datangnya sentuhan dengan mulut yang terbuka.

3.Refleks menghisap.Bila bibirnya disentuh dengan hujung jari Anda, secara otomatis bayi akan membuka mulutnya dan mulai menghisap.
Catatan: Ketika puting susu masuk ke dalam mulutnya, ia akan langsung menghisap.

4.Refleks menggenggam (babinski).Kalau jari Anda diletakkan di tengah telapak tangan atau di bawah jari kakinya,
secara otomatis bayi akan menagenggam dan mengerutkan jari-jarinya seolah-olah ingin menggenggam atau menjepit dengan erat.

5.Refleks moro.Bila Anda menarik alas tidurnya serta mengangkat dan menurunkan tubuhnya secara mendadak (terkejut), maka kedua tangan serta kakinya akan terbentang (mendepa) dan kembali semula pada posisi asal,dalam masa yang sama, jemarinya pun menggenggam.

6.Refleks leher asimetrik tonik.Refleks ini memang agak sukar dilihat.
Baringkan bayi Anda, lalu miringkan kepalanya ke kiri.Anda akan dapati, tangan kiri bayi Anda akan segera mendepa lurus ke luar, sedangkan tangan kanannya akan terarah kepalanya.
Catatan: Refleks ini paling jelas terlihat saat bayi sudah berusia 2 bulan, namun akan menghilang saat usianya 5 bulan.

Produk



SET HEALTH OPTIMUM




Men's Vital Health


Penyusuan Susuibu : Apa yang PERLU ibu lakukan untuk menjayakannya?


Bercerita tentang kejayaan penyusuan susu ibu, ia bukan hanya terletak kepada berapa banyak jumlah oz yang si ibu kumpul tetapi dalam banyak konteks yang lebih luas. Ini kerana wanita yang bergelar ibu juga mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada si suami.
Ada beberapa perkara yang si ibu perlu lakukan sepanjang penyusuan jika benar bersungguh mahu melengkapkan penyusuan susuibu selama 2 tahun.

1. Si ibu perlu pastikan pengambilan makanan yang seimbang.Mengapa perlunya makanan seimbang? Supaya segala zat dan keperluan nutrisi untuk si anak untuk membesar dapat dipenuhi. Ini perlulah diamalkan sejak si bayi dalam kandungan lagi. Di dalam perut lagi si anak bergantung sepenuhnya dengan pemakanan si ibu. Dah beberapa kes yang saya temui, si ibu semasa mengandung mengalami kenaikan berat badan yang mendadak tapi bila lahirnya bayi tidak sampai 2 kg berat bayi tersebut. Tidak kurang bagi ibu menyusu, bentuk badan segelintir ibu yang membesar lebih cepat berbanding pembesaran yang sepatutnya dialami oleh si anak tadi. Ini biasanya berlaku berkemungkinan badan ibu mempunyai metabolisme yang rendah.

2. Si ibu perlu kerap minum air.Keperluan air bagi ibu menyusu biasanya antara 2-3 liter sehari. Sehari bermakna dalam kitaran 24 jam. Si ibu perlu pandai membahagikan masa dengan keperluan air yang perlu diambilnya. Air ini diperlukan oleh tubuh untuk melancarkan penyerapan segala vitamin dan zat yang diambil oleh si ibu. Ditambah susuibu itu sendiri dalam bentuk cecair maka keperluan air sangat penting. Janganlah merungut kerana terpaksa kerap ke tandas, kerana ia juga bagus untuk proses penyingkiran toksin dari badan kita.

3. Si ibu perlu selalu tenang.Ceria dan gembira bila kita dapat sesuatu atau apabila menatap wajah si anak. Ianya sangat perlu kerana hormon oksitosin akan banyak dirembeskan apabila si ibu gembira. Ia mempengaruhi penghasilan susuibu. Selain itu perasaan ibu yang tenang mempengaruhi hati dan dan jiwa anak. Terutama semasa menyusukan secara langsung. Jika si ibu itu sedang marah, moody atau mudah merajuk, perasaan itu turut disalurkan pada si anak ketika dia sedang menyusu. Sebab itu pentingnya ibu yang ceria dan tenang. Ia mempengaruhi jiwa dan perasaan anak. Jika tak percaya, cuba lihat anak yang mudah marah dan anak yang mudah merajuk. Ianya adalah kesinambungan si ibu.

4. Si ibu perlu mendekatkan diri dengan Al Khaliq.Susuibu itu keluar dari payudara si ibu dengan izin Allah. Maka pentingnya mempunyai hubungan baik dengan ALLAH. Ada ibu yang memang mempunyai masalah penghasilan susu. Maka apa yang boleh disarankan, cuba solat sunat dua rakaat pada sepertiga malam, selepas memberi salam, sujud sekali lagi dan bacalah selawat nabi sebanyak mungkin dan berdoalah
" Ya ALLAH Tuhan yang menguasai segala pintu rahmat dan rezeki, ampunilah segala dosa2 ku. Ampunkan segala dosa2 yang menghalangi rezekiku. Ampuni aku, kasihanilah aku dan dengan rahmatMu lapangkanlah rezeki susuibu untuk anakku ini."
Amalkan doa ini dikala senang mahupun susah, nescaya jiwa kita juga selalu tenang.
Ibu juga digalakkan membaca zikrullah sepanjang mengepam atau menyusukan bayi agar hati dan jiwa yang terbentuk adalah jiwa yang tenang dan hati yang tawaduk pada Ilahi.

5. Si ibu perlu sihat.Bagi wanita yang bergelar ibu, perlu sihat bukan hanya untuk uruskan susuibu dan anak sahaja, namun sebagai seorang isteri yang mampu menjalankan tanggungjawab pada suaminya. Ramai isteri yang hebat dalam kerjaya, malah yang banyak stok susuibu yang dihasilkan namun sayangnya, keperluan batin si suami tidak dapat dipenuhi atas alasan sering kepenantan dan malam tidak sihat. Maka ini perlu diatasi dengan pengambilan supplement yang boleh membantu.

6. Si ibu perlu peka dengan penampilan diri.
Ibu yang menyusu, hebatnya bukan terletak pada stok susu ya. Hebatnya apabila mampu seimbang dalam banyak faktor yang dinyatakan. Penampilan diri juga perlu turut dipertimbangkan. Ini kerana terdapat segelintir ibu yang menyusu wajahnya nampak kusam dan kelihatan tidak kemas. Selain itu pengamalan memakai baju yang berhemah juga sangat perlu untuk menyusukan anak di tempat awam. Ini agar tidak menimbulkan perasaan tidak senang oleh mereka dari kaum adam yang lain. Ini juga sangat perlu agar si ibu itu dapat menyusukan anak tanpa was2 dan selesa di tempat awam.

7. Si ibu perlu pertimbangkan pengambilan supplement.
Penyataan ini hanya untuk ibu yang tidak mengambil makanan yang seimbang.
Makanan yang tidak seimbang adalah mereka yang kerap makan luar, mereka yang suka makanan segera, mereka yang suka makan bergoreng, mereka yang suka makanan manis, mereka yang tidak suka makan buah dan sayur sayuran.
Selain itu wajar dipertimbangkan oleh ibu yang mempunyai masalah keletihan melampau, kulit wajah yang kusam, masalah kedinginan rumah tangga. Tidak kurang juga bagi ibu yang mempunyai masalah dengan anak yang kerap sakit walau minum susuibu serta anak yang tidak membesar selari dengan umurnya.

Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu diluar sana. Semoga perjalanan anda penuh barakah.

Jika berminat untuk mencuba set penyusuan Shaklee..boleh hubungi saya di facebook/ page (klik sebelah kanan blog) atau hubungi saya di talian 013-9737229

Jemput baca apakata pengguna set penyusuan shaklee...



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...