Sunday 23 October 2016

AMALKAN 11 TIPS AJAR ANAK RAJIN SOLAT

Mendidik kanak-kanak  melakukan ibadat solat hukumnya adalah wajib. Kewajipan mendidik kanak-kanak melakukan ibadat solat ketika mereka mencapai usia tujuh tahun dan dibolehkan memukul dengan pukulan yang tidak mencederakan mereka jika enggan mengerjakan solat apabila mencapai usia sepuluh tahun.


Ini ada disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka itu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud)
Semoga panduan berikut boleh dipraktiskan oleh semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang kewajipan mengerjakan solat.

1.Biasakan anak mendengar laungan azan
Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.

2.Ajar anak doa selepas azan
Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.

3.Didik solat sejak bayi
Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya.
Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.

4.Ajar anak mengambil wuduk
Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

5.Dengarkan anak bacaan dalam solat
Biasakan anak mendengar bacaaan dalam solat anda dengan membacanya kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.

6.Solat berjemaah
Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu ajak anak solat bersama  jika boleh pada setiap waktu solat. Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.

7.Ajar anak berwirid
Biasakan anak anda mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.
8.Berdoa untuk anak
Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh/solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Tentu sahaja mereka akan berasa gembira kerana ayah menyebut namanya dalam doa tersebut.
Baca juga: Didik Anak Tentang Rasa Yakin Diri

9.Berikan anak pujian
Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ia dapat menyuntik semangat mereka untuk terus bersolat dengan tertib.

10.Tegur kesilapan solat anak
Sekiranya anak melakukan kesilapan ketika bersolat, tegur kesilapan tersebut selepas selesai berdoa. Teguran biarlah secara berhemah iaitu meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil diiringi dengan sedikit pujian.

11.Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40
Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.  Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat.
Maksud ayat 40 surah Ibrahim:  Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Solat itu tiang agama. Ia amalan pertama yang akan dihisab semasa hari akhirat nanti. Oleh itu utamakan mengajar anak bersolat terlebih dahulu sebelum pembelajaran yang lain.


Sumber : Pa&ma

Klik untuk info Supplement untuk Anak

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Supplement untuk anak / mana2 Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...