Monday 17 October 2016

JAGA AIR MUKA ANAK AGAR MEREKA MENGHORMATI KITA


Assalamualaikum w.b.t buat pengunjung Blog Mommy Afnan..Moga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat ye..Hari ini saya nak kongsikan TIPS MENJAGA AIR MUKA ANAK...Sekiranya kita menjaga air muka anak pasti nanti anak kita akan menghormati kita sebagai ibubapa.


Jagalah Air Muka Anak Kalau Mahu Anak Hormati Ibubapa

Sebenarnya bukan senang ye kita hendak mendisiplinkan anak-anak yang sedang membesar, yang dahagakan kasih sayang dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Nak dibiar akan melarat dan andai salah cara tegur pun kesannya buruk. Tetapi apabila keletihan menguasai diri setelah seharian di tempat kerja, keluarga dan anak-anak yang sepatutnya diutamakan terpaksa dilayan dengan saki-baki tenaga yang ada.
Jadi dalam banyak hal kita tidak boleh berkompromi dengan kesilapan kecil yang dilakukan oleh anak-anak sehingga dalam sesetengah situasi kita memarahi mereka di hadapan orang. Memang kita tidak berniat pun untuk memalukan, apatah lagi melukakan hati mereka. Namun tanpa kita sedari tindakan kita itu membawa kesan buruk untuk masa depannya.

Jadi sebagai ibu ayah, cubalah sehabis daya jangan bertindak seperti ini…

1. Merendah-rendahkan kebolehan anak sama ada di rumah atau di depan orang lain.

2. Membandingkan pencapaian anak dengan adik- beradik yang lain atau dengan anak-anak kawan anda.

3. Melabel anak dengan perkara-perkara negatif seperti pemalas, pengotor, penipu dan sebagainya.

4. Sering pertikai setiap perkara yang dilakukannya dan lebih nampak buruk berbanding yang baik.

5. Suka ungkit kesilapan yang pernah dia lakukan.

6. Memarahi anak di depan orang lain.


7. Lokek atau susah hendak puji anak.

8. Berat hati untuk sentuh, peluk dan usap anak walaupun mereka sudah remaja.

9. Selalu ‘menolak’ permintaan anak walaupun ia sekadar permintaan kecil.

10. Terlalu sibuk hingga tidak ada masa untuk bersantai bersama anak-anak.

Ya, tak salah menegur tapi ingat, jangan sampai memalukan anak. Jika kita menegur anak-anak remaja kita itu dengan baik dan secara bersendirian, itu merupakan cara yang terbaik.
Besar manapun anak kita, mereka tetap memerlukan belaian dan kasih sayang daripada kita. Namun tidak dinafikan dalam tuntutan hidup kala ini yang amat mencabar, mungkin tidak mampu kita lakukan. Akibatnya kita tewas dengan rasa amarah dan cepat menjatuhkan hukuman.
Jika kita pernah menegur anak remaja kita di hadapan orang ramai, maka puji jugalah mereka di hadapan banyak orang agar dia boleh memperoleh semula keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Juga berdiri sendiri sebagai insan hebat ciptaan Allah SWT.

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Supplement untuk anak atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...