Friday 21 October 2016

5 TIPS BAKAR LEMAK DI PAHA


5 Tip Bakar Lemak Betis & Paha

Wanita selalu mengeluh jika melihat bahagian kaki yang semakin tebal dengan lemak selepas bersalin. Dan tengok bahagian paha lagi buat wanita kecewa, sebab bukan senang nak turun bahagian itu tanpa usaha yang lebih keras.

Jangan risau jika anda mahu selesaikan masalah ini, cuba amalkan beberapa tip ini...

1. Kontrol makanan

Tolak tepi awal-awal jenis makanan berlemak dan bersantan. Nak cepat kesannya, diet dengan elak sajian yang mempunyai kalori tinggi, makanan berminyak, junk food, soda dan segala makanan bergula atau terlalu manis.

2. Lari
Sekurang-kurangnya berlari untuk kesihatan jantung dan pengaliran darah. Tak buat senaman langsung pun tak boleh juga, ya. Hasilnya kaki anda lebih padat dan tubuh badan yang sihat.

3. Lompat tali/ skipping
Jika tiada masa untuk keluar rumah anda boleh lompat guna tali atau skipping. Buat depan tv pun ok, janji badan keluar peluh. Cara ini membantu membakar kalori di kaki dan melatih otot kaki sehingga betis jadi bentuk yang cantik.

4. Zumba
Biasakan diri dengan berzumba,  bahagian tubuh yang paling banyak diguna adalah kaki. Ini boleh bakar lemak di paha dan betis dengan lebih cepat.

5. Aerobik
Senam aerobik juga cara membakar kalori yang paling bagus. Bukan hanya kaki cepat kurus, tetapi juga bentuk tubuh lebih cantik sebab lemak di seluruh tubuh dibakar dengan rata.

6. Berbasikal

Mungkin dah jarang dan kurang orang guna basikal, tetapi sebenarnya ini adalah cara paling berkesan kalau mahu paha kecil dan bentuk betis kecil comel.

Masih berat badan untuk lakukan senaman? Jangan pandang remeh, kita bukan buat untuk nampak cantik dan ramping saja tetapi bagi jaga kesihatan yang semakin tercabar dengan pelbagai sajian harian. Sekurang-kurangnya kalau rajin bersenam, toksin dalam badan akan keluar melalui peluh. Yang penting jika yakin dengan bentuk tubuh anda akan sentiasa kelihatan anggun dan sihat.

SELAMAT MENCUBA..!!

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Produk Shaklee bolehlah hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...