Thursday 20 October 2016

7 PENGALAMAN INDAH BILA BERGELAR IBU MENYUSU.


Assalamualaikum w.b.t.. Tahniah bagi anda yang telah melahirkan bayi atau dalam proses kehamilan. Hari ini Admin nak kongsikan pengalaman indah bila kita menyusukan bayi kita. Nikmat yang terhingga Allah bagi buat ibu menyusu..

Perkara paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan wanita yang melahirkan anak adalah pengalaman menyusukan bayi. Momen kali pertama menyusukan bayi iaitu sebaik sahaja selamat melahirkan si kecil memang satu kenangan paling indah dan membahagiakan.

Kagum seketika apabila bayi kecil anda begitu bijak mencari makanan awalnya iaitu susu ibu. Maha Suci Allah yang menjadikan susu ibu sebagai makanan awal untuk bayi comel membesar sihat dan pintar.
Sepanjang bergelar ibu menyusu ada banyak pengalaman seronok dan lucu yang dialami. Mesti ramai ibu setuju antara perkara berikut kan?

1. Tak rasa bersalah untuk makan banyak
Ibu menyusu memang sentiasa rasa lapar. Maklumlah makan banyak pun akhirnya ia  bertukar menjadi susu. Bila sudah menyusukan bayi, terasa lapar semula dan akan makan  lagi. Jadi, ibu-ibu menyusu tak rasa bersalah pun untuk makan banyak sebab biasanya makanan tersebut tak sempat jadi lemak terkumpul di badan. Memang seronok!

2. Pengalaman berharga mengepam susu
Rugi kalau yang bergelar ibu tidak melalui pengalaman ini. Hanya ibu menyusu sahaja tahu bagaimana indahnya kenangan mengepam susu. Melihat susu penuh sebotol, hati rasa berbunga-bunga.
Bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan nikmat rezeki susu yang banyak untuk anak tersayang. Perasaan letih dan terkejar-kejar antara kerja di pejabat dengan waktu mengepam susu, amat berbaloi bila lihat stok susu tersimpan dalam peti sejuk 'menggunung' banyaknya.

3. Dapat layanan istimewa
Kalau beratur mengambil makanan dalam mana-mana majlis ataupun kedai makan, kawan-kawan yang tahu anda menyusukan anak cepat sahaja memberi laluan untuk anda mengambil makanan terlebih dahulu.
"Eh, ibu menyusu kena makan cepat. Tak payah berbaris, terus je ambik makanan!" Oh, memang seronok didengar! Terima kasih kepada kawan-kawan yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada ibu menyusu.

4. Sentiasa cukup minum air
Waktu menyusukan anak, kebanyakan ibu akan sentiasa cukup minum air 2 atau 3 liter sehari. Semuanya demi memastikan kuantiti susu tetap konsisten terhasil. Kalau waktu lain, memang susahlah hendak pastikan anda minum air sebanyak itu sehari. Betul kan?

5. 'Maintain' kurus
Tak semua tetapi kebanyakan ibu menyusu mempunyai berat badan ideal dan 'maintain' kurus. Orang kata menyusukan anak adalah cara terbaik untuk ibu-ibu berdiet! Jadi janganlah lepaskan peluang ini.

6. Senang tidur
Kalau orang lain mungkin mempunyai masalah susah hendak tidur tetapi ia tidak akan berlaku dalam kalangan ibu menyusu. Menyusukan anak boleh menjadi cara terbaik untuk ibu tidur. Waktu menyusukan bayi, bukan si comel sahaja yang akan terlena tetapi ibu sekali boleh tidur sampai ke pagi.

7. Bawa banyak beg
Bagi ibu bekerja yang menyusukan bayi, tentu akan tersenyum seorang diri apabila mengimbas kembali kenangan mengangkut banyak beg ke pejabat setiap hari.
Bayangkan selain beg tangan dan beg komputer riba, ibu menyusu dengan selamba akan mengheret sama beg pam susu, cooler bag dan beg stok air minuman. Kegigihan tersebut hanya boleh dilakukan oleh ibu menyusu tegar sahaja. Semuanya demi memastikan stok susu untuk si manja tetap terlaksana walaupun sibuk di pejabat.

Apabila bayi sudah berpisah susu ibu, imbaslah semula kenangan manis yang sangat indah untuk dikenang. Jadi, sementara anda masih bergelar ibu menyusu bayi, nikmati momen istimewa dengan bayi tanpa sebarang rungutan.

Klik untuk lebih info TIPS PENYUSUAN
Klik disini untuk SET PENYUSUAN SHAKLEE
Klik disini untuk TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE
Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Set Hamil/ Set Bersalin/ Set Penyusuan Produk Shaklee /mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)


Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...