Thursday 6 October 2016

KENALI KANSER PAYUDARA

Assalamualaikum w.b.t buat pengunjung blog Mommy Afnan. Hari ini saya nak berkongsi info tentang jenis kanser yang paling banyak di hidapi oleh wanita iaitu Kanser Payudara.

Kenali Kanser Payudara

Kanser/barah payudara atau barah payudara boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, tapi kebiasaanya paling banyak terjadi kepada kaun wanita.
Kanser payudara bermula daripada sel payudara sendiri yang mengalami mutasi dan merebak.

Tanda Tanda Kanser Payudara

Benjolan pada payudara
Keluar cairan darah daripada puting
Perubahan pada saiz, bentuk dan fizikal payudara
Puting payudara berubah kedudukan seakan akan terbalik
Kulit pada sekeliling puting dan payudara menjadi bersisik, mengelupas dan berpigmen
Kulit payudara kemerahan

Bagaimana Kanser Payudara Berlaku?

Tiada punca yang jelas mengapa canser payudara ini boleh berlaku. Pakar kesihatan percaya ia mungkin bermula dari sel payudara yang mengalami mutasi akibat faktor luaran seperti radiasi dan juga jangkitan dari organ lain dalam badan yang diserang kanser. Sel mutasi ini mula membelah dan menjagkiti sel sel sihat yang lain, kemudian memjadi ketulan tumor.

Faktor Keturunan - berasal dari keluarga yang pernah mengalamai barah payudara menjadikan anda lebih berisiko terdedah kepada penyakit ini.

Golongan  Berisiko Mendapat Kanser Payuduara

Golongan wanita - berdasarkan statistik wanita paling ramai mengalami kanser payudara

Umur meningkat - semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko kanser.

Warisan Keturunan - jika salah ada dikalangan ahli keluarga rapat yang menghidap kanser ini, risiko anda mengalami kanser ini adalah leih tinggi.

Radiasi - jika pernah terdedah kepada sinar radiasi pada bahagian dada semasa kecil, kemungkinan terkena kanser ini meningkat.

Obesiti - berat badan berlebihan, risiko kanser turut meningkat.

Datang haid pada usia awal sebelum 12 tahun - sesetengah pendapat mengatakan golongan ini berisiko

Menopaus pada lewat usia - begitu juga jika menopaus berlaku pada usia yang lebih lewat daripada biasa

Tidak pernah mengandung - tidak pernah mengandung anak adalah faktor lain kemungkinan berlaku kanser payudara

Terapi hormon - wanita yang mengamalkan terapi hormon estrogen dan progesteron untuk mengatasi menopuas dilihat berisiko mendapat penyakit ini.

Cara Mengesan Kanser Payudara

Antara ujian dan prsedur untuk mengesan tanda kanser payudara adalah:

Pemeriksaan payudara - doktor atau anda sendiri boleh memeriksa kedua dua payudara dan nod limfa anda di bawah ketiak. Ujian ini bertujuan untuk mengesan kehadiran benjolan luarbiasa pada payudara
Mammogram - mamogram adalah x-ray yang dijalankan kepada payudara untuk mengesan tumor atau benjolan sel kanser.
Ultrasound - menggunakan gelombang bunyi untuk membentuk imej dalaman payudara. cara ini dapat mengesan antara sel kenyal atau gumpalan sel kanser.
Biopsy - mengambil sedikit sampel sel pada payudara untuk diuji sama ada sel tersebut sihat atau mengandungi sel kanser.
Pemeriksaan MRI - menggunakan magnet dan gelombang radio untuk membentuk stuktur dalaman payudara dan mengesan kelainan yang mungkin berlaku akibat kanser.
Prosedur Rawatan Kanser Payudara
Doktor akan mememntukan apakah rawatan yang bakal dilakukan berdasarkan tahap kanser yang dialami.

Pembedahan Pada Payudara

Lumpectomy 
Pembedahan buang tumor dan sel kanser dari payudara akan dilakukan kepada pesakit kanser tahap permulaan dimana saiz tumor kecil.

Mastectomy 
Pembedahan ini dilakukan untuk membuang semua sel payudara termasuklah locul, saluran, tisu lemak, kulit dan juga puting payudara.

Contralateral Prophylactic Mastectomy 
Pembuangan kedua dua payudara dilakukan jika risiko kanser tersebut berulang sangat tinggi.

Terapi Radiasi
Terapi ini dilakukan dengan menggunakan gelombang tenaga yang kuat seperti Xray untuk membunuh sel kanser.
Kesan sampingan dari rawatan ini adalah kesan terbakar (sun-burn), keletihan dan kemerahan. Tisu payudara mungkin kelihatan bengkak. Risiko lain termasuk berlaku kanser pada organ dan tisu badan yang lain disekitar kawasan terdedah pancaran radiasi.

Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan cecair dadah yang dirumus untuk membunuh sel kanser. Biasanya digunakan jika pesakit disyaki mengidap masalah payudara yang teruk dan berpotensi merebak ke bahagian badan lain.
Kesan sampingan kimoterapi termasuklah keguguran rambut, loya, muntah, keletihan dan mudah diserang penyakit. Kesan sampingan lain yang jarang berlaku tapi berpotensi terjadi adalah menopus awal, mandul, kerosakan jantung dan hati, kerosakan saraf.

Kalau produk Shaklee untuk rawatan kanser yang popular iaial Vivix yang dikenali sebagai Tonic ajaib

Klik untuk lebih info Vivix
Klik untuk lihat Testimoni Pulih Drp Kanser

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Vivix atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...