Wednesday 5 June 2013

✿ KETAHUI PERGERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN ✿



Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

~ Dari minggu ke-20 hingga ke-24 ~

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

~ Dari minggu ke-24 hingga ke-28 ~

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

~ Pada minggu ke-29 ~



Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

~ Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

~ Mulai kira-kira minggu ke-36 ~

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

~ Dari minggu ke-36 hingga ke-40 ~

Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Jom Order Set Hamil, Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan drp saya..


Hubungi saya Mommy Afnan untuk harga Terbaik untuk anda..!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...