Wednesday 22 October 2014

KENAPA KEGUGURAN TERJADI??

 Keguguran adalah satu pengalaman yang menyedihkan. Selain daripada kejutan emosi bagi anda dan orang yang tersayang, Saya juga pernah mengalami keguguran dulu..ketika kandungan berusia 4 minggu, memang menyedihkan lebih2 lagi kandungan pertama dan saya mengambil masa yang lama utnuk hamil semula..namun Alhamdulillah Allah telah berikan penganti dengan 3 orang cahayamata sekarang.

Disini saya ingin berkongsi serba sedikit info tentang keguguran.

Apa itu keguguran?

Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.
Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Adakah keguguran kerap berlaku?

Ini bergantung kepada bila ianya berlaku. Malangnya, keguguran awal sangat kerap berlaku. Sering kali, seorang wanita itu mengalami keguguran sebelum dia menyedari bahawa dia sedang hamil. Mungkin sebanyak tiga perempat telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Selepas mendapat ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan keguguran awal berlaku. Waktu inilah keguguran paling banyak berlaku.

Keguguran lewat pula tidak kerap berlaku. Ia berlaku dalam kira-kira satu dalam 100 kehamilan. Kehilangan yang berlaku pada lewat kehamilan ini boleh jadi sangat sukar untuk dihadapi. Dalam peringkat ini, bagi kebanyakan ibu bapa, istilah “keguguran” tidak menepati kesedihan yang mereka rasakan akibat kehilangan bayi mereka.

Sesetengah wanita mengalami keguguran berulang. Ini bermakna mereka telah mengalami tiga atau lebih keguguran berturut-turut. Ini berlaku kepada kira-kira satu dalam 100 wanita.

Apa yang menyebabkan keguguran?

 Ada banyak punca masalah keguguran berlaku. Antaranya ialah ;

1) Embrio tidak berkembang seperti sepatutnya.
Biasanya punca berlaku kerana masalah pada kromosom. Wanita yang lebih lanjut umurnya berisiko lebih tinggi bagi bayinya mempunyai kecacatan kromosom.  Jika janin tidak cukup kromosom iaitu 23 kromosom dari ibu dan 23 kromoson dari bapa, keabnormalan kromosom ni akan menghalang bayi dari berkembang, maka ia akan gugur.  Menurut kajian, wanita berusia umur 30 tahun, risiko mengalami keguguran ialah satu dalam lima, manakala pada usia 42 tahun, risikonya ialah satu dalam dua.
2) Rahim yang bermasalah. 
Antara masalah rahim yang boleh menyebabkan keguguran adalah Bicornuate Uterus atau Uterine Septum. Pangkal rahim terbuka juga menyebabkan janin boleh gugur dengan senang. ia terjadi disebabkan oleh pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence”, biasanya keguguran kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh tekanan dalam rahim kerana janin yang semakin membesar. Ketumbuhan dalam rahim juga boleh menjadi penyebab keguguran.

3) Hormon yang tidak seimbang. 
Ovulasi tidak teratur biasanya dikaitkan dengan masalah PCOS. Pengidap PCOS akan menjadi kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Kehamilan akan terganggu kerana gangguan pada hormon progesteron dan hormon LH pada pengidap PCOS.

4) Darah beku.
 Perjalanan darah yang tidak normal di dalam rahim boleh menyebabkan janin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya untuk berkembang, akibatnya janin mungkin akan mati dan gugur. Kejadian darah beku ini selalunya disebabkan oleh antibodi phospholipid yang banyak di dalam darah.
Sindrom darah pekat atau sindrom antifosfolipid (antiphospholipid syndrome - APS) yang menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah, juga diketahui sebagai penyebab keguguran berulang. APS juga dikenali sebagai sindrom Hughes, dan ia boleh hadir sebagai satu masalah tersendiri atau sebagai masalah yang seiring dengan penyakit lupus. APS boleh dirawat.
5) Tahap Kesihatan 
Jika anda mempunyai masalah kesihatan, penting bagi anda mendapatkan penjagaan yang betul. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai penyakit seperti diabetes atau bermasalah tiroid, mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.
Jangkitan juga boleh menyebabkan keguguran jika anda menerimanya semasa hamil. Ini termasuk listeriosis dan toxoplasmosis. Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries juga dikaitkan dengan keguguran lewat kehamilan.

6) Gaya hidup 
Fakta menunjukkan bahawa mereka yang merokok, banyak meminum minuman keras dan mengambil kokain mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. Terlalu banyak mengambil kafein juga boleh meningkatkan risiko keguguran. Jumlah pengambilan kafein yang selamat ialah 200mcg (dua cawan besar kopi) sehari. 
Pastikan anda elakkan sebarang bentuk sukan berimpak tinggi yang boleh menyebabkan anda terjatuh atau perut anda terhentak.

Bagaimanakah mengenalpasti seseorang itu mengalami keguguran?

Tanda-tanda yang paling jelas ialah kesakitan seakan-akan senggugut dan pendarahan yang banyak, yang mungkin mengandungi gumpalan darah. Walau bagaimanapun, anda boleh gugur tanpa mengetahuinya, terutamanya semasa awal kehamilan. Ramai wanita menyangka mereka datang haid walaupun sebenarnya mereka keguguran.
Namun bagaimana kalau anda mengalami tompokan darah pada seluar dalam atau ketika anda menggunakan tisu tandas., itu bukan bermakna anda mengalami keguguran kerana tompokan darah atau spotting bermakna anda kehilangan sedikit sahaja darah.  Tompokan darah yang berlaku pada awal kehamilan adalah perkara biasa dan biasanya tidak membimbangkan.
Walau bagaimanapun, sebarang pendarahan yang berlaku perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika pendarahan itu berhenti dan kehamilan anda berjalan lancar, ini kenali sebagai ancaman keguguran.


Sesetengah kes keguguran dikesan hanya melalui rutin imbasan pada awal kehamilan apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan terdapat kantung kehamilan yang kosong, di mana embrio sepatutnya berada. Ini kadang kala dipanggil keguguran terlepas (missed miscarriage). Anda mungkin tidak tahu ianya berlaku, dan anda begitu terkejut mendengarnya. Atau, anda mungkin mengalami beberapa simptom yang membuatkan anda takut bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku.

Kadang-kadang, tahap hormon kehamilan jatuh sehingga cukup bagi anda sedar bahawa anda tidak begitu loya seperti sebelumnya atau payudara anda sudah tidak terlalu sakit. Namun, ingatlah bahawa normal juga bagi simptom-simptom kehamilan ini hilang selepas minggu ke-12 atau ke-13.

Keguguran lewat, terutamanya, adalah pengalaman yang sukar dihadapi. Tanda-tanda keguguran lewat ialah pendarahan yang banyak, dan, kadang-kadang, air ketuban anda pecah. Ini mungkin disertai dengan kesakitan seolah-olah sakit bersalin, dan anda mungkin memerlukan ubat penahan sakit. Namun begitu, dalam sesetengah kes, tiada kesakitan berlaku. Keguguran yang disebabkan oleh serviks yang lemah mungkin tidak menyakitkan.

Jika keguguran terjadi , apa yang penting adalah penjagaan selepas keguguran.!
Dikatakan berpantang selepas gugur perlu diberi lebih perhatian berbanding berpantang selepas bersalin. Pastikan rahim betul-betul pulih sbb anda akan hamil lagi selepas itu. Kalau tak berpantang betul-betul, mungkin masalah keguguran akan berulang, kedinginan untuk bersama, bentan, badan letih dan ada juga yang bisa-bisa badan
Antara yang perlu diberi perhatian adalah pemakanan. Elakkan makan makanan yang berangin, sejuk dan menjalar. Juga elakkan makan ikan yang berbisa dan makanan laut yang gatal.




Jaga pengambilan nutrisi harian. Amalkan vitamin tambahan untuk kuatkan rahim dan menguatkan antibodi serta perjalanan darah yang lancar di dalam tubuh.
Cadangan vitamin tambahan untuk melengkap nutrisi ibu berpantang selepas gugur adalah SET BERPANTANG /SET KEGUGURAN SHAKLEE yang terdiri daripada

Vitalea - Membekalkan 23 vitamin dan mineral untuk menampung kekurangan nutrisi dan membina semula hemoglobin dalam darah.

Bcomplex - dikenali sebagai vitamin saraf kerana bcomplex membantu memeberi kelegaan kepada sistem saraf dan juga antistress. Bcomplex juga mengandungi asid folic yang penting untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga memberi tenaga kerana bcomplex menukarkan makanan kepada tenaga.

Vitamin C - untuk meningkatkan imun sistem badan, merawat luka, baik pulih tisu yang rosak dan melindungi sel dari teroksida

Zink - Bantu mempercepatkan baik luka dalaman

ESP - Sumber protin untuk menguatkan otot rahim, juga menjadikan sel lebih sihat dengan itu menguatkan rahim dan meningkatkan kesuburan wanita. Juga penting untuk persediaan sebelum hamil lagi. 

Sebagai tambahan anda boleh mengambil
 GLA COMPLEX  untuk mengawal atur semula hormon agar stabil dan seimbang. Hormon yang seimbang penting untuk merancang kehamilan yang seterusnya dengan lebih baik. 
GLA Complex juga meningkatkan kesuburan wanita dan mengelakkan dari perasaan dingin untuk bersama.

Set Vitamin keguguran ini insyaaAllah lengkap untuk ibu-ibu berpantang lebih baik di samping amalan bertungku untuk mengeluarkan darah beku di rahim.

Akhir sekali, jangan mengangkat benda-benda berat. Berikan kerehatan pada tubuh, elakkan tekanan pada rahim dan elakkan terlalu aktif walaupun tak rasa sakit.
Untuk mendapatkan SET KEGUGURAN/ SET BERPANTANG,  boleh dihubungi

saya untuk dapatkan dengan Harga Istimewa :
Wanie  SID 883691
*Call/SMS | WhatsApp 013-9737229
*Live chat di http://www.facebook.com/wanie.Shaklee



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...