Wednesday 29 October 2014

Teringin Nak Anak Perempuan?

Alhamdulilah.. sempena hari lahir saya hari ni 29 Oktober yang ke ...tut, nak rahsia pulak..hehe terasa teruja lak nak kongsi info terbaik!!.. teringin lak nak berkongsi berkenaan petua untuk mendapat anak perempuan. 😍sebab ramai pulak kawan-kawan yang bertanya camna ye nak rancang anak perempuan? anak lelaki pun ada jugak bertanya..

Bagi ibubapa yang dianugerah Allah anak yang jantina sama jumlah tu sukalah kan..macam adik beradik saya..6 orang selang bunga..perempuan lelaki berselang seli seramai 6 orang...alhamdulillah. Mungkin ramai yang tidak kisah jika dapat anak lelaki atau perempuan, namun ada juga sesetengah ibu bapa yang masih tercari-cari tip untuk dapatkan anak perempuan.terutama bagi ibubapa yang  jumlah anak tak balace jantina atau anak semua lelaki teringin jugak nak anak perempuan kan..maklumlah anak perempuan ni seri dalam keluarga..sejuk mata memandang.


Walaubagaimanapun, itu semua ketentuan Allah, Dia sahaja yang menentukan segala apa yang dikehendakiNya, kita manusia hanya perlu berusaha dan berdoa untuk mendapat apa yang tebaik untuk diri kita.

Kalau ada petua apasalah kita berusahakan disamping berdoa dan bertawakal.

Menurut pakar motivasi terkenal Dr Fadzilah Kamsah . Ada beberapa petua yang diberikan oleh beliau, petua yang menarik dan saya pernah juga terbaca petua sebegini dalam artikel Doktor pakar sakitpuan Dr.Hamid Arsyad.

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, kajian menyatakan bahawa lelaki membawa kromosom X & Y manakala wanita hanya mempunyai kromosom X.

XX - akan hasilkan anak perempuan

XY - akan hasilkan anak lelaki

Kromosom X mempunyai jangkahayat yang lebih lama, bergerak lambat, tahan dalam keadaan berasid

Kromosom Y mempunyai jangkahayat yang singkat, bergerak lebih pantas dan lebih kepada keadaan berakali.

S0 dari sini kita faham bahawa jika nak perolehi bayi perempuan.. waktu persetubuhan yang paling baik ialah sebelum penetasan telur isteri. kerana kromosom X akan bertahan lama dan akan bercantum dengan telur sekiranya Y kromosom Y tidak memasukki telur/ovum.

Juga dinasihatkan anda kena makan makanan yang berasid seperti limau, nenas, mangga, cuka. Jangan makan makanan laut.

Jadi sebaliknya untuk dapatkan anak lelaki, jauhkan dari makanan berasid, tetapi lebihkan makanan laut.  dan waktu sesuai untuk persetubuhan ialah sewaktu hari penetasan telur isteri. (boleh diukur dengan mengambil jangkasuhu badan, jika suhu badan tinggi pada pagi itu maknanya anda sedang dalam keadaan subur)
Selain itu, untuk memperolehi zuriat perempuan, mungkin anda boleh guna beberapa petua yang melibatkan menjaga dari segi pemakanan dan tingkah laku sewaktu hamil. Boleh cuba amalkan..

1. Niat dan doa terlebih dahulu untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada sebelum sehari waktu subur isteri iaitu antara hari ke 12 hinggalah hari  19 dari kiraan pertama datangnya haid.
3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.
4. Selepas berasmara isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan olehNya.

Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan

1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan.
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.

Amalan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan

1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggilah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aisyah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.
 
Petua orang-orang tua lak, Bila bersama dengan suami, selepas sahaja waktu ejakulasi, beralihlah badan kita ke kanan (untuk mendapat anak lelaki) atau ke kiri (untuk mendapat anak perempuan). Kenapa begitu sebab atas alasan  Atas alasan  kromosom Y suami lebih terarah bergerak ke kanan ovari isteri dan koromosom X suami lebih terarah ke arah kiri ovari isteri. Wallahuallam..tak tahulah betul ke tak..yang pasti semuanya ketentuan Allah kita hanya perlu hanya berusaha dan berdoa padaNya. Namun petua ini menarik sebab ada isteri yang mengamalkan petua ini  telah berjaya mendapat  anak perempuan dengan kaedah ini. so boleh cuba ye..!


Menurut pembacaan saya ada kisah pengakuan seorang ibu yang telah dibuang ovari sebelah kirinya. Sebelum itu beliau mempunyai 2 orang anak perempuan. Beliau masih boleh mengandung lagi dengan hanya satu ovari iaitu sebelah kanan dan ternyata anak-anak beliau 3 orang selepas itu semuanya lelaki. Betapa Allah nak tunjukkan kuasaNya kan! SubhanAllah!

Ini adalah perkongsian bersama..kita hanya perlu berusaha..semuanya serah pada Allah. Kalau petua ini tidak menjadi jangan salahkan saya lak ye..hehe  Kita bertawakal sahaja yang lain kita serah pada Allah.Walaupun  anak itu lelaki atau perempuan kita terima seadanya dan didiklah anak-anak dengan rasa tanggungjawab pada Allah swt.

Justeru untuk peringatan kita bahawa semuanya adalah  kekuasaan Allah semata-mata.

 Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa  yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul  siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Sekian..Waallahualam..

8 comments:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan

    ReplyDelete
  2. InshaAllah dengan izinNya..tengah berusaha juga nak dapatkan anak girl..tq info :)

    ReplyDelete
  3. tq utk tips..tgh usaha nk dpt baby girl juga :-)

    ReplyDelete
  4. compius.. ada baca kata mgiring sebelah kanan ada kata kiri.. mana satu ye.. nk plan jgk ni..

    ReplyDelete
  5. mmg seronok seorang ibu dptkan baby gegurl.. begitulah yg turut berlaku pada isteri sy mmg gembira, cuma nk kongsi juga apa apa yg paling penting niat dan doa.. doa yg x putus putus sentiasa mohon pdNya ..yakin..

    ReplyDelete
  6. mmg seronok seorang ibu dptkan baby gegurl.. begitulah yg turut berlaku pada isteri sy mmg gembira, cuma nk kongsi juga apa apa yg paling penting niat dan doa.. doa yg x putus putus sentiasa mohon pdNya ..yakin..

    ReplyDelete
  7. Tak mungkin akan ditunaikan HÄJat Nada walau berapa Siang Malam kerna hanya mereka yang bertukar putih sahaja doa mereka dilayan

    ReplyDelete
  8. Jangan percaya pada murid Juno hanya mereka yang berkulit putih sahaja doa dilayan oleh nya Bukan Manuela yang berkulit hitam aeperti saya. Saya berapa Siang Malam sampai beritahu tahun Di muaahkan doa saya aeperti sampai olehNya.Seolah kami ini bangsa yang hina...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...