Sunday 23 April 2017

KEPERLUAN IBU BERSALIN DAN BAYI YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL

BARANG KEPERLUAN IBU BAKAL BERSALIN

1) Buku merah
Senang untuk pihak hospital membuat semakan.

2) Maternity Pad
Jika anda bersalin di hospital kerajaan anda perlu beli pad bertali. Rasanya jenama Kotex ada jual pad bertali. Tetapi kalau anda bersalin di hospital swasta anda boleh guna apa2 jenis pad pun tak kisah. Cumanya saya cadangkan anda beli Maternity Pad jenama Pureen.Untuk memudahkan ke toilet atau mandi. 

3) Kain Batik, Baju Menyusu dan Tudung

Anda boleh bawa 2 helai kain batik dan 2 helai baju menyusu. Sebabnye anda tidak pasti berapa lama anda akan berada di dalam hospital. So lebih baik bawa lebih, lebih mudah betul tak?
Tudung bawalah yang ceria sikit. Nanti nak pakai bila keluar dari hospital 

4) Stokin & Sweater
Lepas bersalin, minta tolong nurse atau sesiapa pakaikan stokin. Takut sejuk dan masuk angin pula nanti. Jika di dalam wad terlalu sejuk anda boleh gunakan sweater.

5) Selipar
Untuk memudahkan ke toilet atau mandi. Jangan bawa selipar yang berkulit. Kalau yang jenis kulit tu, nanti lambat pula nak kering. Sebabnya lepas bersalin 24jam kita akan pakai stokin, nanti basah pula stokin anda. Especially bagi ibu yang melahirkan bayi secara normal. Jahitan belum kering lagi…..
Cari selipar yang memudahkan untuk anda nak bergerak, ibu lepas bersalin kan kena pakai stokin. So kalau guna selipar macam ni, anda boleh main sarung je selipar tersebut. Mudahkan?
6) Tuala Mandi, Sabun Mandi, Berus Gigi, Ubat Gigi & Pencuci Muka
Jika anda di hospital kerajaan anda perlu bawa sendiri. Pihak hospital tidak menyediakan semua ini untuk pesakit. Hospital swasta pula, terpulang pada anda. Nak guna yang sendiri punya atau guna yang hospital bagi.

8) Seluar Dalam & Nursing Bra

Bawa seluar dalam yang selesa dan sedikit besar. Lepas bersalin perut kita belum surut lagi, nanti tak selesa pula nak pakai.
Nursing bra pula untuk memudahkan anda untuk menyusu. Pastikan anda beli cup yang besar sikit. Breast anda akan membengkak selepas 3 hari bersalin 

7) Buah Kurma
Macam saya dulu, saya ambil sebelum masuk ke labour room. At least kita ada tenaga sikit untuk push. Sebelum makan, selawat 3x.

Set bersalin di hospital
Macam saya, memang mengamalkan Shaklee. So saya dah siap2 bawa Set Bersalin ini. Senang boleh diambil sebaik sahaja selepas bersalin. Untuk memberi tenaga dan memudahkan sesi penyusuan.

Anda boleh terus mengambil ESP sebelum bersalin dan selepas masuk ke dalam wad. ESP memang memberi tenaga untuk ibu semasa bersalin dan lepas bersalin.
9) Termos, Roti, Biskut atau Sebarang Minuman Bermalta
At least tengah malam kalau lapar, anda boleh buat milo dan makan dengan roti. Ibu menyusu ni memang lapar saja kerjanya. 

10) Beg Plastik Besar dan Kecil
Beg plastik besar untuk letak baju2 kotor. Beg plastik kecil pula untuk letak kain, seluar dalam yang terkena darah nifas.

11) Minyak Angin
Biasanya anda akan guna selepas mandi di Hospital. Saya dulu guna Minyak Herbanika NR. Lepas mandi saya akan sapu di dahi, lengan, betis dan tapak kaki sebelum pakai stokin. Best sangat bau minyak ni.
Kalau sejuk waktu malam, sapu lebih sikit di paha dan betis.

12) Barangan Tambahan
HP
Charger
Bantal


 BARANG KEPERLUAN BAYI

1) Diaper
Kalau nak beli yang new born jangan beli banyak sangat. Baby ni cepat membesar. Nanti membazir pula. Beli yang paling sikit dulu, sebabnye pihak hospital suka bagi goodies bag. So dalam tu biasanye mesti ada diaper untuk baby.

2) Baju & Seluar
2 pasang – Kalau boleh bawak Baju lengan pendek sepasang dan lengan panjang sepasang. Sebab anda tidak tahu bila anda akan keluar hospital. Seluar yang mana-mana pun boleh. Untuk langkah berjaga2 lebih baik sediakan lebih baju baby.

3) BarutYang Nak Bawa Ke Hospital ?
4 helai – Mana tahu nanti baby buang najis sampai terkena barut..hehee. Ni perkara biasa tau. Comel kan? 

4) Selimut atau Kain Bedung
2 helai – Biasanya akan digunakan bila nak keluar dari hospital. Anda boleh beli yang dah siap tutup kepala atau anda boleh buat sendiri dengan menggunakan kain cotton jenis flannel. Kain ni lebih lembut dan tidak panas. Boleh beli yang dah siap berjahit melalui online atau boleh jahit sendiri.

5) Tuala Mandi
2 helai – Biasanya nurse akan mandikan baby kita. Tapi tak pe, bawa je..manalah tahu kot2 nak guna. Biar lebih, jangan kurang betul tak?

6) Tuala Kecil
2 helai – Senang anda nak lap mulut baby. Lebihan susu atau pun baby muak..hehee. Ni perkara biasa ye bila dah jadi mak2. Bau masam muntah memang sentiasa ada di baju kita 

7) Lampin
2 helai – Kadang2 guna, kadang2 tak guna. Tapi tak pe, bawa je. Biasanya akan digunakan untuk baby yang lambat buang air kecil. So bagi memudahkan anda nak tahu baby sudah membuang atau tidak. Nurse akan suruh anda pakaikan lampin.


8) Tisu Basah
Nasihat saya bawa je yang besar. Yang ada 100 keping tu. Pengalaman saya sendiri..sangat berguna apabila berada di wad..maklumla nk pergi tandas ambik air memang remeh 

9) Stokin & Sarung Tangan
2 pasang – Lepas nurse dah bagi baby dekat anda, anda dah boleh sarungkan tangan baby. Biasanya kuku baby baru lahir ni boleh tahan panjangnya. Nanti habis bercalar muka baby yang comel tu.

10) Minyak telun
Saje bawa, apa2 hal senang. Kot2 baby kembung ke.

11) Topi
1 helai – Nak balik rumah boleh guna topi. Nak balik mestilah kena comel2 sikit, betul tak?


Inilah serba sedikit senarai barang bersalin yang nak dibawa ke hospital yang perlu anda siapkan. Kalau dah contraction baru nak siap, alamatnye memang tak siaplah. So untuk kesenangan anda dan juga suami (suami kadang2 terover darah gemuruh..hehe) baik anda siap2 seawal 36 minggu.

Sharing Is Caring

Jika anda rasa info yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda dan mungkin kepada rakan dan saudara anda. Sila2 lah share artikel ini di media sosial. Mungkin ada diantara kenalan anda memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...