Friday 10 March 2017

TIPS MUDAH BERSALIN UNTUK PARA IBU HAMIL



Assalamualaikum.. Perkongsian ini khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan menghadapi saat yang mendebarkan iaitu masa untuk melahirkan bayi..


Saya kumpulkan tips.ni untuk.panduan ibu2 hamil dan saya juga maklumlah pengalaman bersalin anak sulung dan kedua memang penuh kesakitan..bila anak ketiga dan keempat ni memang kena buat persediaan sepenuhnya dan berikhtiar sebaik mungkin untuk minimunkan kesakitan.


Diharap para ibu juga akan boleh mudah bersalin dengan sentiasa berdoa pada Allah dan juga mengamakan Tips Mudah Bersalin ini.

1. Amalkan Doa Mudah Bersalin

"Dan Allah mengeluarkan kamu dai perut ibumu dalam keadaan tidak menegtahui sesuatu pn, dan dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur. "

 (an-Nahlu  : 78)

"Ya Tuhanku, permudahkanlah jangan kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi MU, Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin.."

Dan banyakkan zikir Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Paus, 
Laillah haillah anta subhahanaka inni kuntum minaz zholimin..

2. Amalkan Surah Maryam

Biasakn diri membaca Surah Maryam sekerap mungkin. Sebaik selepas solat Isya, ketika kita tak sibuk lagi dengan aktiviti lain, ambil masa untuk baca Surah Maryam, Insha Allah mudah proses bersalin nanti.


3. Banyakkan Berjalan

Banyakkan berjalan untuk memudahkan proses kelahiran. Dalam erti kata lain, kurangkan berehat dan tidur yang berlebihan. Buat kerja rumah yang ringan-ringan seperti basuh pinggan, kemas barang mainan anak, atau sapu rumah. Petang-petang boleh keluar berjalan di kawasan taman bagi mendapatkan rasa rileks..

4.  Kerap Bersama Suami
Kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran, kerana dari segi perubatan, ada pengamal perubatan yang berpendapat air mani suami mampu merembeskan horman yang menyebabkan kontraksi. Jadi memudahkan pintu rahim terbuka. Tapi ada yang mengingatkan jangan kerap bersama suami ketika usia kandungan masih awal kerana khuatir atas sebab yang sama.
Ehem.. waktu bersama tu jangan lupa baca Bismillah dan Doa ketika bersama ya.. :)

5.Jaga Pemakanan

Ini juga paling penting. Wajib bagi ibu-ibu makan cukup karbo protein zat semua zat-zat lain yang diperlukan badan. Saya sealu ingatkan keluarga dan sahabat saya yang hamil bahawa vitamin adalah satu kemestian bukan lagi keperluan. Kerana dari pemakanan harian kita pun sudah tentu tak lengkap zatnya, sebab ituah perlunya bantuan vitamin dan suppliment. Ibu-ibu harus ingat, anda bukan sahaja makan untuk diri sendiri, tetapi untuk si comel dalam perut anda juga.


6. Makan Kurma


Ini memang amalan dari zaman moyang-moyang kita lagi. Makanan sunnah ini sangat terbukti berkesan dalam memudahkan proses bersalin. Kurma juga memberi tenaga kepada ibu sewaktu proses keluarkan baby nanti. Amalkan juga sebelum masuk wad bersalin tau.

7. Minta Keampunan Suami
Ya restu dan redha suami tu sangat penting supata kita mudah bersalin. Minta maaf segala dosa kita oada mereka, sama ada sengaja atau tidak, dan mintalah mereka juga mendoakan kita selamat dan mudah melahirkan zuriat ini. Redha Allah juga bersama redha suami..

8. Minum air selusuh yang dibuat oleh suami sendiri.

Yang ni berdasarkan kajian saya terharap ahli keluarga dan kawan2 yang mudah bersalin...rata2 menyatakan bahawa mereka minum air selusuh yang dibuat sendiri oleh suami.Suami membacakan  ayat-ayat  yang tertentu dan solat hajat bagi menyediakan air selusuh tertentu. Untuk lebih detail apa yang di baca dan doanya akan saya tulis satu tajuk artikel tentang itu nanti.

9. Gunakan teknik meneran yang disaran oleh doktor: 

     -Berbaring dengan lutut berlipat dan kedua kaki terbuka
     -Angkat kepala dan dagu mestilah cecah di dada
     -Mata pandang ke arah perut dalam keadaan mata tertutup
     -Tangan pegang buku lali kaki
     -Masa teran jangan keluarkan suara
     -Masa teran jangan angkat punggung
     -Baca bismillah dan apa-apa doa yang terlintas
     -Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran. (Jangan curi nafas - sebab tuh kena           tarik nafas dalam-dalam or panjang)

Semoga tips ini membantu ibu-ibu lebih bersedia menghadapi saat-saat bersalin dengan mudah dan tenang. Jika bermanfaat kongsikanlah artikal ini agar orang lain juga dapat mengamalkannya.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...