Tuesday 7 March 2017

MAKANAN YANG PATUT DI ELAKKAN OLEH IBU MENYUSU

Untuk ibu menyusu 7 makanan yang patut dielakkan

Ibu yang menyusukan bayi perlu makan dengan pemakanan seimbang. Diet ibu menyusu yang seimbang yang mengandungi makanan kegemaran anda adalah pilihan terbaik. Namun tak semua makanan kegemaran yang kita suka itu sesuai untuk si manja. Jika ada tanda-tanda seperti ruam, kolik, sesak nafas atau muntah, anda perlu perhatikan semula diet anda.

Berikut adalah antara makanan yang perlu anda elakkan.:

1) Kopi

Kita sedia maklum kopi mengandungi kafein dan ia akan disalurkan ke susu ibu. Oleh sebab sistem penghadaman bayi tidak secekap orang dewasa dalam menyahkan kafein, kafein yang tinggi dalam badan bayi akan menyebabkan dia cepat marah, cerewet dan sukar tidur. Jadi sebaiknya minumlah kopi selepas sesi penyusuan susu ibu untuk mengelakkan situasi tersebut.








2) Coklat

Kesan sampingan coklat lebih kurang sama seperti kopi walaupun kandungan kafein tidak setinggi kopi. Secara am secawan kopi mengandungi 135mg kafein, satu auns dark chocolate pula boleh mengandungi antara 5mg hingga 35 mg kafein. Jika anda teringin juga makan, perhatikan simptom-kafein tidak berlaku kepada bayi anda. Jika ada, elakkan dulu dari memakan coklat.





3)Makanan Pedas

Makanan pedas seperti lada hitam mungkin menyebabkan bayi anda jadi cerewet selama beberapa jam. Tapi kalau tak pedas tak sedaplah kan? Bagaiman cara nak makan makanan pedas tanpa mengganggu bayi anda? Elakkan daripada menggunakan rempah pedas dan guna halia sebagai ganti. Atau boleh cuba gunakan jus lemon dalam hidangan ayam anda dan elakkan hot sauce.

4) Kerang

Dalam kajian pakar, sekiranya dalam sejarah keluarga ada seseorang yang mempunyai alahan maka bayi berisiko tinggi untuk mendapat alahan tersebut. Contoh, jika ayah alah kepada kerang tapi si ibu tidak alah makanan laut, si bayi berisiko mendapat alahan kerang. Jadi elakkan memakan kerang ketika dalam tempoh penyusuan ibu.


  5) Gandum

Jika anda dapati najis bayi anda berdarah dan menangis selepas anda memakan pasta atau sandwich, ada kemungkinan bayi anda alah kepada gandum. Untuk dapat kepastian, cubalah teknik “elimination diet” iaitu berhenti memakan makanan bergandum selama 2 ke 3 minggu. Perhatikan sama ada simptom itu berubah baik atau sebaliknya. Jika tidak, amalkan teknik tersebut utk makanan yang lain secara satu persatu.

6) Produk Tenusu

Seperti kebanyakan kes yang kita tahu, kebanyakan bayi alah kepada formula susu lembu. Jika anda minum susu atau makan produk tenusu seperti keju, yogurt dan sebagainya, ia boleh masuk ke dalam susu ibu. Simptom alahan susu formula adalaha seperti kolik, muntah eczema dan sukar tidur. Anda bole guna teknik elimination diet produk tenusu selama 2 ke 3 minggu untuk pastikan si manja anda tidak ada alahan susu formula.

7) Ikan

Daging ikan tidak memberi masalah kepada bayi tetapi kandungan merkuri yang terkandung dalam ikan boleh memasuki ke dalam susu ibu. Ibu menyusu disarankan cuma mengambil 12 auns (2 hidangan sederhana) ikan setiap minggu. Antara ikan yang tinggi tahap merkuri ialah seperti ikan jerung, ikan paran, king mackerel dan tilefish. Anda boleh mengambil ikan yang rendah tahap merkuri seperti keli, salmon dan tuna dalam tin.set penyusuan shaklee

Semoga perkongsian Mommy Afnan kali ini memberi manfaat kepada para ibu yang menyusu atau yang bakal menyusukan bayi. Untuk memastikan diet anda seimbang, jangan lupa mengamalkan pengambilan suplement seperti SET PENYUSUAN SHAKLEE Insha-Allah segala nutrien penting dalam badan anda dapat dipenuhi dalam set ini.

Sekiranya berminat dapatkan Set Hamil Shaklee @ Set Bersalin, Set Penyusuan Shaklee @mana2 produk shaklee bolehla hubungi saya : 


kerana Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

1 comment:

  1. Gud info mommy afnan,

    Blogwalking http://cikmijah.blogspot.my/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...