Tuesday 11 November 2014

Set Vitamin Untuk Warga Emas

Salam buat pengunjung blog, hari ini saya berkongsi tentang supplement terbaik untuk warga emas. Set kesihatan ini sesuai di berikan untuk ibubapa kita. maklumlah bila umur meningkat,badan akan terasa lain terutama lenguh-lenguh badan dan masalah sendi seterusnya kesihatan akan terjejas..


Mereka akan mengalami penuaan dan risiko ke arah timbul penyakit seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Selain itu, mereka ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang. Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap individu perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.Jadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan untuk memelihara kesihatan supaya berada di tahap optimum.


Set Untuk Ibu bapa @ Set warga Emas


Ostematrik


Ostematrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
Ostematrix Membekalkan:
•1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
•400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
•400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

 Ostematrix pula adalah sumber kalsium yang sangat diperlukan untuk menjaga kepadatan dan kesihatan tulang. Mengelakkan tulang rapuh dan bengkok. Biasanya golongan wanita yang mudah terkena tulang bengkok sebab kita banyak hilang kalsium kerana adanya kitaran haid dan proses proses lain.


Bagi diri saya sendiri, saya memang mengamalkan Ostematrix 4 biji sebelum tidur banyak sebab antaranya ialah untuk membantu penyusuan,  melegakan sembelit, memberikan tenaga serta hilangkan rasa lenguh lenguh dan kebas. Makanan sekarang pun dah banyak yang hilang khasiat. Tambahan pula makanan kita pun tidak seimbang. Alhamdulillah, setiap kali bangun pagi saya rasa tubuh lebih segar dan bertenaga untuk memulakan hari yang baru.



Advanced Joint Health

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini disebabkan oleh joint discomfort.

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

1.Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
2.Bertindak sebagai ‘kusyen’: Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
3.Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit-sakit sendi..
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

Alhamdulillah,suami saya yang dulu selalu mengadu sakit lutut sudah pulih dan tidak berasa sakit lagi setelah mengamalkan Joint Health Advance.


 Vitalea @ Multivitamin

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

✔ 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah
kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas

✔ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
tulang

✔ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan
rentak jantung, otot, dan fungsi saraf

✔ 2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk
vitamin A yang lebih biopotent

✔ 3 kali lebih selenium untuk melindungi
paru-paru, kolon dan prostat

✔ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
proses pembinaan tulang

✔ 6 kali lebih boron untuk menyokong
kesihatan tulang

✔ 10 kali lebih Biotin yang menyokong
proses pengeluaran tenaga

Lebih lanjut tentang Vitalea (boleh klik)

Dan anda boleh juga bagi supplement tambahan satu lagi ~ Omegaguard


 Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Pengambilan Omega Guard yang konsisten dapat :
•Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
•Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
•Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
•Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
•Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
•Mengurangkan risiko strok
•Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
•Merendahkan tekanan darah
•Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
•Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat.

Jom dapatkan Set ini dengan harga yang Istimewa :

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Jom kita tengok testimoni pengguna yang mengambil supplement tersebut :




2 comments:

  1. Salam sis
    berapa harga set ni ya

    ReplyDelete
  2. Salam puan.saya nak tahu.boleh ke mkn semua supplement Tu sekaligus.xde kesan sampingan ke.bagaimanakah Cara pengambilan yg selamat agar X mengganggu organ2 penting dlm badan Kita?…

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...