Monday 3 November 2014

CARA ATASI ANAK MERAGAM


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog Mommy Afnan. Hari ni nak berkongsi tips menangani anak meragam, Kita sebagai ibu bapa tentu biasa menghadapi situasi sebegini..anak meragam memang membuatkan kita stress terutama kalau di pusat Membeli Belah atau di khalayak ramai. Syukurlah anak-anak saya jarang meragam kalau di luar rumah tapi kalau di rumah adalah juga terutama Afnan.

Anak-anak yang mula meragam ini kebiasaannya anak yang sudah ada kemahuan. Mereka mahukan permainan,makanan atau apa-apa barang lain. Jika mereka mengamuk perlukan makanan mestilah a saat mereka lapar, dan kita sebagai ibubapa janganlah pula bertindak tidak memberikan mereka apa yang mereka perlukan. Tetapi kaedah itu pastilah tidak sama ketika mereka mengamuk mahukan barang mainan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara bagi menangani kanak-kanak yang meragam :

1) Jika berlaku di tempat awam, bawa anak anda keluar dari khalayak ramai sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tahap meragamnya reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika situasi ini berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.

2) Bersabarlah sementara dengan amukan mereka itu.Tarik nafas dan beristigfar. Sebenarnya anak-anak perlu mengambil masa untuk memahami apa yang mereka mahu itu tidak bagus untuk mereka. Saya pernah baca sesuatu arahan atau larangan selalunya terpaksa diulang 200 kali sebelum nasihat kita itu lekat dalam kepala mereka. 200 itu barangkali memakan masa setahun lamanya memandangkan setahun pun memakan masa 365 hari :).

3) Jika anda membawa anak ke mana-mana, dinasihatkan jangan mengambil masa terlalu lama sehingga membuatkan anak-anak terasa penat. Paling efektif jika ada ruang untuk bermain atau berehat bagi mereka. Rancang perjalanan atau aktiviti dengan betul dengan mengambil kira keadaan anak-anak yang masih kecil. Kadang kala walaupun aktiviti itu menarik , apabila mereka sudah penat dan mengantuk, mereka akan mula meragam. Ibu bapa akan merasa tidak selesa apabila anak-anak meragam di khalayak ramai. Kita bukan sahaja malu malah menjadi marah kerana semakin dimarahi semakin kuat anak meragam.

2) Berehat untuk makan. Kanak-kanak jika sudah lapar walaupun di hadapan orang ramai mereka akan meragam,terutama anak yang memang suka meragam. Oleh itu kita perlu kreatif merancang percutian dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan supaya anak-anak tidak rasa bosan dan meragam.Jika mahu melancong atau ke mana-mana, pastikan kesihatan anak-anak anda dalam keadaan yang baik.

4) Jangan bawa kanak-kanak ke tempat barang permainan atau yang menarik perhatiannya. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mahukan sesuatu.

5) Elakkan memanjakan anak dengan memberi kebebasan memilih apa yang dikehendaki terutama barang yang bukan keperluan atau tidak penting. Pada perkara yang kita katakan tidak, tunjukkan kepada mereka yang TIDAK ADALAH TIDAK. Jangan cepat mengalah dengan kemahuan mereka kerana masa akan datang mereka akan lebih kuat memberontak kerana mereka akan menggunakan saluran meragam itu supaya mereka dapat sesuatu yang mereka mahukan. Tips inilah yang suami saya amalkan dan alhamdulillah anak saya tidak merengek minta membelikan mainan walaupun berada di tempat barang permainan.

4) Sebaik-baiknya, anda disiplinkan anak-anak sejak dari kecil. Setiap kali menegur mereka,  tegurlah secara berhemah dan lembut tetapi tegas agar anak-anak faham dengan rentak kita.

Moga perkongsian saya kali ini dapat memberi manafaat buat ibubapa diluar sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...