Thursday 15 September 2016

9 LANGKAH BERJAGA BUAT IBU HAMIL CEGAH VIRUS ZIKA


Isu tentang Virus Zika sekarang hangat diperkatakan.Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31 Ogos 2016.

Pesakit adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos 2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016.

Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai “disyaki kes Zika”.

Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit untuk PCR pada 31 Ogos 2016, adalah positif untuk Zika virus. Manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.

Kes pertama Zika yang dilaporkan ini, menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak.

Penyakit zika dikaitkan dengan masalah microcephaly atau kepala kepala kecil jika ia dihidapi oleh wanita mengandung. Dikatakan apabila seseorang ibu mengandung dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin di dala kandunagn.

Bayi dalam kandungan berisiko tinggi menghadapi masalah microcephaly dan kecacatan otak.

Ekoran daripada itu beberapa langkah berikut mesti dilakukan oleh ibu mengandung ketika ini atau jika anda dalam perancangan untuk mengandung lagi, mungkin boleh pertimbangkan menangguh terlebih dahulu rancangan tersebut dengan menggunakan kaedah perancang kehamilan.

1. Sentiasa memakai pakaian labuh dan berlengan panjang.

Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada mudah digigit nyamuk.

2. Elak pakai pakaian berwarna gelap.

Warna gelap akan menarik perhatian nyamuk aedes.

3. Memastikan rumah dilengkapi dengan ubat nyamuk/kelambu.

Sekiranya kawasan rumah anda memang banyak nyamuk, pasanglah ubat nyamuk untuk menghalaunya atau memasang kelambu ketika tidur bagi mengelakkan ia mudah menggigit pada waktu malam.

4. Elakkan keluar dari rumah pada waktu senja.

Waktu senja adalah waktu paling banyak nyamuk keluar. Jadi, elakkan daripada pergi ke pasar malam atau kedai makan pada waktu ini.

5. Pasang skrin tetingkap di rumah

Ia juga satu cara mudah untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.

6. Gunakan repelan badan.

Ia mungkin sesuai untuk digunakan ketika keluar rumah.

7. Buat semburan penghalang serangga.

Sebelum tidur, amalkan menyembur semburan penghalang serangga di kawasan dalam rumah.

8. Jaga kebersihan

Kita sedia maklum nyamuk aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air. Jadi, bersihkan kawasan rumah anda daripada menjadi perhatian nyamuk aedes.

9. Elak melawat kawasan berisiko

Jika sudah tahu tentang kawasan-kawasan/negara yang berisiko denga virus Zika, maka elakkan daripada mengunjunginya. Jika terpaksa juga pergi atas alasan tugas, lakukan langkah pencegahan bagi mengelakkan dijangkiti.

Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Bagaimanapun usaha untuk mengelakkan daripada dijangkiti mesti dilakukan sebaik mungkin terutama para ibu hamil.

kredit : Pama

Sekiranya anda berminat mendapatkan Produk Shaklee dengan HARGA ISTIMEWA bolehla hubungi saya

Mommy Afnan untuk harga Terbaik untuk anda..!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...