Friday 17 February 2017

WAHAI SUAMI..SILA LAKUKAN 12 PERKARA INI BILA ISTERI HAMIL


Wahai Suami, Sila Buat 12 Perkara Ini Bila Isteri Hamil

Kadang-kadang, para suami sukar hendak faham keadaan isteri bila sedang berbadan dua. Macam-macam kerenah dan perubahan yang berlaku kepada isteri. Ketika isteri mengandung, suami janganlah membiarkan isteri keseorangan melayan emosinya yang tidak stabil itu.
Suami kena bertanggungjawab dan beri perhatian kepada isteri kerana ketika itu perasaan isteri sangat sensitif. Dia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang dicintainya. Ada beberapa perkara ini yang mesti dibuat oleh suami sepanjang si isteri mengandung.

1. Tunjukkan kasih sayang dengan ikhlas
Layanlah segala kehendak isteri selagi ia tidak bertentangan dengan agama dan mengikut kemampuan suami. Maklumlah isteri tersayang anda sedang mengandungkan zuriat anda juga.

2. Jujur dan setia terhadap isteri
Jangan pula disebabkan isteri sedang 'mabuk' mengandung, anda mengambil kesempatan berlaku curang kepadanya. Awas para suami jika berkelakuan sedemikian.

3. Kawal marah
Suami hendaklah menjauhkan diri daripada cepat marah dan naik angin dengan isteri. Bersabarlah menghadapi kerenah orang mengandung.

4. Mudah memaafkan isteri
Kalau isteri ada berbuat silap, segera maafkan dia. Dia kini sedang mengandungkan anak anda, jadi fahamilah emosi wanita hamil yang mudah berubah. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.
Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri.

5. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT
Sebagai salah satu cara menzahirkan kesyukuran dan memohon keampunan daripada Allah agar Dia memudahkan isteri anda melalui fasa kehamilan tanpa sebarang masalah.

6. Rajin membaca al-Quran
Amalan membaca al-Quran sememangnya bagus untuk memohon kepada Allah agar anak dalam kandungan memahami keinginan baik yang terkandung dalam al-Quran.

7. Hendaklah banyak berpuasa sunat
Suami digalakkan banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis.

8. Elak pergi ke tempat maksiat
Sebaiknya elakkan diri anda daripada menjejaki tempat-tempat maksiat dan hiburan melalaikan. Sebagai ketua keluarga, sudah tentu suami perlu menunjukkan contoh terbaik kepada isteri dan anak yang dikandung.

9. Hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah
Kunci kejayaan dan kehebatan seorang lelaki adalah apabila dia istiqamah mengerjakan solat berjemaah di masjid setiap waktu solat.

10. Dilarang makan benda yang haram
Jangan sekali-kali makan benda yang haram atau dari sumber yang haram apatah lagi memberi rezeki yang tidak halal kepada isteri dan anak dalam kandungan.

11. Banyakkan berdoa dan bersolat sunat
Suami mesti banyak mengerjakan solat sunat dan membaca doa keselamatan untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan anak dalam kandungan.

12. Jaga aurat
Suami dilarang membuka aurat kerana dikhuatiri mempengaruhi akhlak anak yang baru lahir nanti

Hasnita PaMa.
January 1, 2016


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...