Friday 3 February 2017

KECERDASAN BAYI BERMULA DALAM KANDUNGAN


Adakah anda tahu kesihatan mental dan kecerdasan bayi boleh dibentuk sejak sebelum bayi dilahirkan? Penyelidikan menunjukkan semakin baik ibu merawat diri selama hamil, semakin baik pula perkembangan otak janin.

Agar bayi bijak, ada beberapa perkara yang anda harus memperhatikan selama kehamilan.

Agar bayi bijak, ibu harus cermat

Kesihatan mental dan kecerdasan bayi boleh dibentuk sejak sebelum dia lahir. Penyelidikan menunjukkan semakin baik ibu merawat diri selama hamil, semakin baik pula perkembangan otak janin.


Faktanya, dari seluruh organ janin, bahagian otaknya lah yang paling berpengaruh pada kesan tindakan ibu, terutama dari apa yang ibu menggunakan dan memakan.

Tujuh puluh persen dari total sel saraf manusia selama hidupnya dibentuk sebelum lahir. Otak janin berkembang sebanyak 250,000 sel saraf tiap minit. Tiap sel otak ini membentuk ribuan cabang-cabang kecil lagi untuk dapat menghubungkan antara sel saraf.

Jadi singkatnya, agar bayi cerdas sejak dalam kandungan ertinya membantu otak janin membentuk sel-sel saraf yang terhubung dengan baik. Bagaimana caranya?

1. Elakkan persekitaran yang berbahaya

Jika ibu bekerja, perhatikan persekitaran kerja anda. Elakkan diri anda daripada pendedahan bahan kimia, radiasi, hingga peluang terkena penyakit yang senang dijangkit.

Jika memungkinkan, elakkan juga lalulintas yang tersekat dan penuh dengan pencemaran. Sudah terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa zat-zat kimia berbahaya dapat mencemari plasenta.

2. Bersukan dan makan sihat

Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti sukan yang ringan, seperti berenang dan jalan kaki, memberi manfaat pada perkembangan otak janin. Jadi agar bayi cerdas, rajin-rajinlah berolah raga.

Mengambil diet seimbang juga akan membantu anda mencapai berat badan optimal selama hamil. Ini salah satu faktor penting bagi perkembangan otak janin.

Perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat. Klik untuk lihat Set Ibu Hamil

3. Jangan mengambil perubatan yang tidak perlu

Kesan dari kebanyakan ubat di pasaran pada bayi yang belum lahir, masih banyak yang belum diketahui.

Beberapa ubat umum seperti parasetamol dan ibuprofen cukup selamat untuk diambil. Tetapi lebih baik hindarilah perubatan selama hamil, kecuali jika ibu benar-benar memerlukannya.

4. Jangan minum alkohol

Meminum alkohol dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan kerosakkan serius pada otak janin, yang disebut ‘foetal alcohol syndrom’, atau sindrom alkohol pada janin.

Meskipun tidak ada bukti yang menunjukkan risiko minum alkohol dalam jumlah sedikit (satu-dua kali dalam seminggu), sebaiknya ibu tetap menghindari alkohol sama sekali selama hamil. Alkohol terbukti dapat menembus plasenta, yang kemudian terdedah pada janin.

5. Jangan merokok atau mendedahkan diri pada asap rokok

Tentunya anda sudah tahu, tapi sekedar mengingatkan, merokok berbahaya bagi janin. Merokok dapat benar-benar membatasi aliran darah ke otak janin yang sedang berkembang. Jadi agar bayi cerdas cemerlang, minta juga suami jangan merokok bila sedang bersama anda.

6. Dalam Islam wanita mengandung di galakkan membaca surah2 tertentu supaya bayi atau anak nanti akan mempunyai kecerdasan otak dan berakhlak baik.
Antara surah yang dicadangkan di amal ialah :

  • Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Lukmam - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak ke maksiat.
  • Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisplin
  • Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Sekiranya berminat dapatkan Set Hamil Shaklee / Set Bersalin Shaklee bolehla hubungi saya : 

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!


SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...