Friday 12 May 2017

TIPS UNTUK IBU HAMIL ELAKKAN KERAP KE TANDAS PADA WAKTU MALAM


Mata mengantuk sangat tetapi tidak boleh tidur. Asyik ke tandas, pedih ulu hati dan rasa tidak selesa apabila perut makin membesar terutamanya apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Apa yang perlu mama lakukan?

  • Elakkan tidur siang supaya anda senang untuk melelapkan mata pada waktu malam.
  • Cuba masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan.
  • Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot.
  • Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan             ketika waktu tidur.
  • Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.
  • Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.
  • Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.
  • Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen terbaik.
  • Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. Pastikan bilik tidur         mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.
  • Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...