Saturday, 12 January 2013

TIPS MINUM AIR MASAK DENGAN BANYAK


Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas. Antara fungsinya ialah:
1.Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
2.Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
3.Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
4.Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
5.Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
6.Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.

TANDA-TANDA BADAN TERHIDRAT
Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus.

Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, kekeringan di dalam mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit, sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit otot, ketidakstabilan emosi dan keletihan. Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang lebih iaitu tiga hingga lima gelas lebih dari biasa adalah disarankan.

CARA PENGAMBILAN AIR YANG BETUL
Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari, maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.
Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak. Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan. Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka  perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak.
Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang dikeluarkan menerusi perpeluhan.
Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500 meter dari aras laut, anda akan mengalami kencing yang lebih kerap daripada biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu minum lebih banyak air untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh anda boleh berfungsi dengan baik walau pun berada di aras yang tinggi
Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya  air kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah air masih belum mencukupi dan perlu ditambah.

KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
•Mengalakkan penghasilan air susu yg banyak bg ibu menyusu
•Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
•Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
•Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
•Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
•Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
•Minda yang ceria dan emosi stabil.
TIP MINUM AIR BANYAK
Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang perlu diamalkan. Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan halangan. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:

1.Jangan gelojoh ketika minum sebaliknya minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan-lahan. Ini akan mengelakkan kita merasa kembung berbanding jika kita minum dengan banyak sekali gus.
2.Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana  Hal ini memotivasikan dan menyenangkan  anda meminum air dalam sukatan yang dijadualkan.

3.Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja lapangan di luar pejabat. Jika di rumah amalkan untuk meletakkan bekas air di seluruh pelusuk rumah. Jadi apabila anda melalui bahagian rumah tersebut contoh ruang tamu, anda boleh berhenti seketika untuk minum air tersebut tanpa perlu ke dapur

4.Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali untuk memastikan badan terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.1. Minum air pada kadar yang sedikit tetapi kerap
5. Letakkan satu bekas air di sebelah katil anda bagi memudahkan anda untuk minum jika terjaga di tengah malam atau ketika bangun untuk mengepam

6. Bagi ibu menyusu, amalkan untuk minum segelas air suam sebelum dan selepas mengepam bagi mengelakkan dehidrasi

7. Amalkan juga untuk meminum air selepas selesai ke tandas

8. Bagi memastikan pengambilan air dalam sehari adalah mencukupi, ukur amaun air yang telah diambil. Cara mudah adalah dengan menggunakan botol air mineral 500ml sebagai sukatan

9. Letakkan sasaran sebagai contoh jika anda bekerja, usaha untuk habiskan 1 liter air di antara waktu mula bekerja sehingga tengahari dan 1 liter lagi di antara selepas rehat tengahari sehingga ke petang. Anda boleh bahagikan pengambilan air iaitu anda iaitu minum 250ml bagi setiap jam. Dalam tempoh masa 4 jam dari 8.00 pagi sehingga 12 tengahari, anda sudah berjaya menghabiskan 1 liter air.

INFO:
Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.

(Sumber: Majalah Pa&Ma Januari 2013)

 Semoga melalui pengambilan air yang betul ini, anda akan menjadi lebih sihat dan awet muda. Selamat mencuba!

Berminat untuk mendapatkan milkbooster Shaklee?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, add Fb saya Wanie Yusoff bagi memudahkan kita berinteraksi secara langsung di FB. Atau  anda juga boleh SMS/WhatsApp saya di talian 013-9737229.
Jom KLIK LIKE pada fanpage saya Mommy Afnan untuk mendapat info dan update terkini tentang penyusuan, kecantikan, kehamilan dan banyak lagi! Pembelian mana-mana produk Shaklee dari saya akan melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA, HARGA ISTIMEWA dan JADUAL PEMAKANAN YANG BETUL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...