Thursday 13 July 2017

KELENGKAPAN MENYUSU BAYI YANG IBU MENYUSU PERLU ADA


Assalamualaikum W.B,T
Harini Mommy Afnan nak kongsikan Kelengkapan untuk menyusukan bayi.

Semestinya susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi baru lahir. Kalau anda sedang mengandung sekarang, pasang niat untuk menyusukan bayi bila dia lahir kelak. 
Sebelum melahirkan bayi seeloknya kita perlu mencari ilmu penyusuan sebelum kelahitran bayi anda. 

Di.samping kita membeli set bersalin untuk kesihatan kita semasa berpantang..seeloknya kita juga menyediakan kelengkapan menyusu bayi.
 Sebenarnya kedua-duanya penting. Susu ibu pula untuk melindungi bayi kerana mengandungi antibodi yang membantu melawan penyakit seperti selesema, batuk, jangkitan telinga dan kuman di dalam perut.

Jom tengok kelengkapan menyusu bayi

Kelengkapan Menyusu Bayi.

  1. Pam payudara
  2. Botol
  3. Bekas penyimpanan susu ibu
  4. Pek ais
  5. Beg pendingin
  6. Peti sejuk
  7. Steril botol
  8. Pemanas susu ibu
  9. Ponco
  10. Nursing bra
  11. Baju menyusu
  12. Nursing pad
  13. Milkbooster
  14. Berus botol
  15. Cecair pencuci botol ( Anda boleh gunakan Dish Wash Shaklee memang menyucikan dan botol amat bersih. Bahan yang digunakan pun adalah bahan organik dan selamat untuk bayi.)
  16. Bantal menyusu
  17. Breastfeeding Nursing cover ( digunakan semasa menyusu kat public)

Saya dah cuba beberapa jenama pam sejak anak pertama daripada yang manual ke auto. Untuk anak ke4 kali ini saya membeli Pam auto/elektrik jenama Spectra M1.. memang saya sukakan pam.ni sebab sedutan lebih kuat.
Memang best, banyak susu dapat diperah. 

Saya cadangkan kalau anda ada budget lebih, dapatkan pam yang handfree dan guna rechargeable batteri kerana lebih mudah dan senang mengepam di tempat kerja.

Daripada senarai dia atas bantal menyusu yang saya baru beli semasa pantang anak ke4..rupanya memang best guna sebab dapat menyokong bayi supaya lebih tinggi kedudukan agar sama dengan dada, 

Jadi kita tak akan sakit belakang kerana membongkok semasa menyusu dan tubuh jadi lebih relax dan tenang semasa menyusukan.bayi. Kalau stress susu pun susah nak keluar nanti. Bantal menyusu ni amat disarankan beli terutamanya ibu yang bersalin secara c-zer. Ia boleh mengelakkan kesakitan dan tekanan di tempat jahitan. 



SELAMAT MENYUSU UNTUK KESIHATAN BAYI ANDA DARIPADA MOMMY AFNAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...