Thursday 25 April 2013

Pembedahan? Bolehkah ibu berurut?



  1. Aturcara urutan untuk ibu bersalin secara pembedahan.
    ----------------------------------------------------------------------
    Urutan perlu dimulakan selepas 120jam. Ada ibu2 yang khuatir sepanjang tempoh 7 hari tidak berurut ini, badan merek...a akan masuk angin.

    Sebab itu digalakkan ibu2 menjaga diri dari kemasukan angin dengan melakukan aktiviti tuaman seluruh badan...setiap pagi sebelum mandi dan sebelum masuk waktu maghrib. Mereka perlu memakai param yang berfungsi memanaskan badan. Pakailah stokin dan baju yang menutupi seluruh badan.Tidak terlalu terdedah kepada kipas dan aircond.

    Dalam ertikata lain,ibu-ibu perlu sentiasa berpeluh dan mengamalkan pemakanan yang sihat sementara menunggu tukang urut datang.

    Sebab utama mengapa tidak digalakkan ibu-ibu bersalin secara pembedahan diurut terlalu awal ialah:


    1. Luka pembedahan masih mentah dan sakit. Maka mengurangkan keberkesanan urutan nanti apabila urutan tidak boleh dilakukan secara teliti dan menyeluruh.

    2. Urat2 badan masih tenat. Dikhuatiri apabila diurut terlalu awal,ibu2 mengalami bisa urat dan mengakibatkan bentan (ibu demam dan seram sejuk badan) selepas mengurut

    3. Dalam tempoh 7 hari itu, tukang urut dapat mengawasi kelawasan darah nifas ibu. Jika darah mereka sudah kering,dikhuatiri darah telah tersangkut. Oleh itu mak bidan boleh melakukan rawatan susulan untuk membantu melancarkan pengeluaran darah kotor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...