Friday 11 May 2012

SIJIL HALAL PRODUK SHAKLEE

Sekiranya anda seorang yang peka dan menitikberatkan soal halal/haram sesuatu produk tentu anda sedar bahawa diantara lambakan supplement yang dijual di pasaran sekarang hanya beberapa peratus yang betul-betul telah disahkan halal dan mendapat pengiktirafan JAKIM. Sekiranya diperiksa dengan teliti, rata-rata supplement berbentuk capsule diperbuat daripada sumber "bovine". Bovine di sini merujuk kepada lembu dan persoalannya sekarang adalah ... adakah lembu tersebut disembelih mengikut tatacara Islam?

Sebagai seorang Islam, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk hanya menjual produk yang betul-betul HALAL kepada customer-customer Muslim saya. Dan disebabkan isu halal haram ini jugalah saya telah bertukar dari supplement jenama *** kepada Shaklee kerana saya kurang yakin dengan status halal produk tersebut walaupun daripada research dan pembacaan saya kemudiannya mendapati produk tersebut mendapat pensijilan halal dari IFANCA (Islamic Food & Nutriation Council of America) iaitu sebuah badan pengesahan halal bagi produk dari US. Macam mana nak yakin jika salinan sijil IFANCA tersebut tidak dimuatkan dalam website supplement tersebut.

Berbeza dengan Shaklee. Sijil halal yang diperolehi daripada ISA (Islamic Services of America) dimuatkan dalam laman web Shaklee Malaysia (rujuk http://www.shaklee.com.my/img/content/Image193430287.pdf) bagi memudahkan pengguna-pengguna Islam membuat semakan. Macam ni baru betul. If you really adhere to the halal requirements, there's nothing to hide, betul tak?

Sebagai bukti yang produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah halal, berikut dipertontonkan salinan sijil yang telah saya perolehi dari laman web Shaklee Malaysia untuk tatapan umum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...