Sunday 29 January 2017

11SEBAB WANITA LEPAS BERSALIN PERLU BERBEKUNG



Ramai wanita akan mengeluh tentang masalah perut menggeleber dan buncit yang dialami selepas bersalin. Ia memang masalah normal yang akan dilalui oleh wanita yang sudah bergelar ibu.
Tetapi ia bukan masalah yang tiada penyelesaian. Asalkan anda rajin dan konsisten, mudah sahaja 'melenyapkan' segala buncit yang muncul itu.

Antara kaedah tradisional popular yang menjadi amalan turun-temurun adalah amalan berbengkung. Bengkung adalah amalan tradisi yang menggunakan sekeping kain panjang yang dililit dan diikat dengan kemas pada sekeliling bahagian perut sebaik sahaja selepas bersalin.

Bengkung dipakai selepas semua rawatan urut, tungku, tangas, param, pilis dan tapel. Selain memakainya pada waktu siang, sebaiknya bengkung mesti dipakai pada waktu malam juga terutama sebelum makan malam bagi membentuk semula bentuk badan.

Untuk mendapat kesan baik anda digalakkan berbengkung selama 44 hari berpantang. Bagi memudahkan kerja, anda boleh menggunakan bengkung moden yang mempunyai tali ataupun yang berpelekat. Jadi, anda boleh memakainya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan kerana ia membantuk semula bahagian badan yang berlemak.

Antara kebaikan berbengkung adalah berikut
1. Amalan ini dipercayai boleh membantu mengempiskan perut, memejal dan merampingkan pinggang selepas mengembang akibat proses kehamilan.
2. Selain untuk faktor kecantikan, amalan berbengkung juga membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami semasa mengandung.
3. Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin.
4. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.
5. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan.
6. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.
7. Mengelakkan badan daripada 'masuk angin'.
8. Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang.
9. Menyokong rahim supaya tidak 'jatuh' dari kedudukan asal.
10.Memudahkan pergerakan ketika berpantang kerana perut terasa kemas diikat selepas bayi sudah keluar. Jika tidak berbengkung ibu akan berasa perut seperti bergerak-gerak.

Untuk mendapatkan kebaikan tersebut,amalan berbengkung mesti dilakukan dengan tekun tanpa culas sepanjang tempoh berpantang.

Cara penyediaan berbengkung

Jika berbengkung dengan sapuan herba, perut perlu disapu dengan ramuan herba. Kain kecil digunakan untuk menutup ramuan herba yang disapu pada perut. Kemudian barulah memakai bengkung.

Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari. Bengkung haruslah diikat ketat, panjang dan kemas dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.

Jika pendek ia akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.

Untuk ibu bersalin secara caesarean dinasihatkan perlu menunggu sehingga dua minggu hingga sebulan sebelum memakai bengkung. Cara pemakaian bengkung tradisional dengan meletakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Selepas bengkung dibuka pastikan kawasan jahitan dilap kering.

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Set Bersalin/ Set Penyusuan  Shaklee  atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...