Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah
"Alamak, risaunya nak kena minum air gula minggu depan. Hish...kenapalah sekarang semua ibu mengandung kena minum air gula," Kalau saya mengandung 5 tahun dulu hanya sekali minum air gula sepanjang kehamilan...kali ni tahun 2017 ni kena 2 kali la plk..semasa usia kandungan 4 bulan dan 7 bulan lebih kan...dan kalau anda ada rekod diabetes smasa hamil..lepas bersalin kena minum air gula untuk kali ke3 kan..huhu
Bukan saya sorang rupanya..bila saya sembang2 gn kawan dan ibu hamil yang datang kat klinik rupanya kebanyakan ibu hamil akan rasa tak selesa dan bimbang apabila perlu melalui ujian minum air gula. Mereka membayangkan rasa air gula pekat yang terlalu manis perlu melalui kerongkong tekak mereka.
Tentu sahaja meloyakan dan boleh muntahkan...Tetapi kenapa agaknya semua ibu hamil mesti minum air gula?
Air gula atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan bagi memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.
Rata-rata ibu hamil yang melalui ujian ini menyatakan air gula itu tidak sedap dan meloyakan.
Kalau anda sedang hamil dan bakal melalui ujian ini, lakukan tip berikut bagi membantu diri anda minum air gula tanpa masalah. Selamat minum air gula!
1. Jaga pemakanan
Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.
2. Berpuasa
Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Walaupun diminta berpuasa, anda hanya tidak boleh makan tetapi, masih dibenarkan untuk minum. Walau bagaimanapun, hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.
3. Minum dengan cepat
Anda perlu minum dalam masa yang pantas. Minum 200ml air gula itu sekali gus dan bukannya sedikit demi sedikit. Jika perlu tutup hidung, asalkan anda dapat menghabiskan air gula yang diberi secepat mungkin.
4. Kumur mulut selepas minum
Rasa gula yang manis mudah membuatkan anda berasa loya dan mahu muntah. Bagi mengelakkan hal itu, segera kumur mulut dengan air paip yang bersih. Secara tak langsung ini dapat membantu anda menghilangkan kemanisan air gula yang ada di dalam mulut.
5. Berehat di tempat yang selesa
Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.
6. Jangan terus makan berat
Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa
Sekiranya berminat dapatkan Ostematrik Promosi /Set Hamil Shaklee / Set Bersalin Shaklee bolehla hubungi saya :
Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)
No comments:
Post a Comment