Assalamualaikum..hari ni tiba2 rasa teringin nak kongsi resepi Gulai Siput Sedut Kelantan.. hihi..maybe sebab baru je masak gulai ni semalam..so masih teringat2 lgi kesedapannya tu,, :)
Sebelum tu nak terangkan dulu ye...siput kat kelantan/ siput kampung x sama ye dengan siput bandar..siput ni lebih pendek. (seperti dalam gambar di atas)
Manakala siput bandar lebih panjang dan berwarna coklat..seperti gambar di bawah :
Ok, saya kongsikan resepinya :
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih (dikisar)
4 ulas bawang merah (di kisar)
3 biji cili padi @ cili burung (dikisar)
3 inci kunyit hidup (dikisar)
3 batang serai (di ketuk)
Santan pekat 250 ml
1 keping asam keping @ asam gelugor
Gula dan garam secukup rasa..
1 kg siput sedut (potong ekor/bontot dan basuh bersih)
beberapa helai daun kadok @ daun kesum
Rupa siput sedut yang telah dipotong hujungnya.
Cara-cara menyediakannya:
Telebih dahulu rendam siput yg dah dipotong tu dgn air garam@ hampas kelapa..nak bagi siput tu muntahkan kotoran/lumpur.
Kemudian masukkan siput yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk bersama santan.
Blend bahan-bahan seperti bawang, kunyit dan cilipadi bersama sedikit air.
Masukkan ke dalam periuk bersama siput sedut, serai dan sedikit air (agak-agak separuh dari siput sedut).. Apabila mendidih, masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula..agak-agak da pekat dan dah masak, Nak lg sedap dan wangi, masukkan daun kadok atau pun daun kesom..

Selamat Mencuba drp Mommy Afnan
Sekiranya berminat dapatkan Set Hamil Shaklee / Set Bersalin Shaklee / mana2 produk shaklee bolehla hubungi saya :
SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)
Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
Konsultasi PERCUMA untuk anda dapatkan hasil TERBAIK ! Semestinya juga dengan HARGA TERENDAH
No comments:
Post a Comment