Assalamualaikum w.b.t.harini Mommy Afnan kongsikan topik tentang tanda kepala bayi turun semasa akhir kehamilan.
Biasanya bila sudah masuk ke minggu-minggu akhir kehamilan, soalan yang kerap diajukan kepada ibu termasuklah “baby dah ‘turun’ belum?” Kadang kala ibu pun tidak tahu bagaimana keadaannya bila dikatakan bayi sudah ‘turun.’
Biasanya bila sudah masuk ke minggu-minggu akhir kehamilan, soalan yang kerap diajukan kepada ibu termasuklah “baby dah ‘turun’ belum?” Kadang kala ibu pun tidak tahu bagaimana keadaannya bila dikatakan bayi sudah ‘turun.’
Istilah ‘turun’ tersebut merujuk kepada keadaan di mana bila kepala bayi sudah bergerak masuk ke dalam rongga pelvis ibu. Biarpun kepala bayi masuk ke dalam rongga pelvis berlaku di akhir kehamilan iaitu ketika ibu hampir hendak bersalin tetapi ia juga bergantung kepada banyak perkara.
Ada juga situasi dim ana kepala bayi sudah turun awal, tetapi ibu masih belum bersalin lagi.
Ada juga situasi dim ana kepala bayi sudah turun awal, tetapi ibu masih belum bersalin lagi.
Setiap kelahiran bayi itu adalah berbeza maka setiap bayi juga turun pada masa yang berbeza menjelang akhir kehamilan. Apabila saatnya tiba, bayi akan bergerak ke bawah kerana bahagian bawah rahim sudah mengembang. Kepala bayi atau punggungnya (jika bayi berkedudukan songsang), akan berada rendah dalam rongga pelvis ibu.
Bila ibu mengalami keadaan tersebut, tiba-tiba ibu berasa seperti ringan dan mudah bernafas. Namun tekana bayi ke atas pundi kencing di bawah membuatkan anda semakin kerap ke tandas. Ibu yang hamil pertama kali mungkin melalui proses bayi turun pada minggu ke-36, bagaimanapun ada bayi hanya mula turun apabila proses kelahiran bermula.
Berikut adalah lima perkara yang memainkan peranan dalam menentukan bila kepala bayi sudah turun:
1. Bayi berada dalam posisi posterior, iaitu dia membelakangkan belakang anda. Dalam posisi ini, sukar bagi bayi untuk turun dan proses kelahiran juga boleh menjadi sukar.
2. Bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak. Ini boleh berlaku jika terdapat banyak cecair amnion atau anda pernah mempunyai bayi sebelum ini. Bayi anda mungkin berbaring merentasi perut anda (melintang) atau pada satu sudut (serong). Dalam posisi-posisi ini, dia kemungkinan besar tidak turun sebelum proses kelahiran bermula.
3. Bentuk pelvis anda, posisi plasenta, atau kehadiran ketumbuhan tidak berbahaya (fibroid). Kesemua ini boleh memberi kesan sama ada dan bila bayi anda turun.
4. Bayi anda besar. Dalam kes ini, bayi mungkin tidak turun sehingga kontraksi bermula.
5. Ibu hamil kembar dua atau lebih.
Sekiranya berminat dapatkan /Set Hamil Shaklee / Set Bersalin Shaklee @ mana2 produk shaklee bolehla hubungi saya :
kerana Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)
No comments:
Post a Comment