Wednesday, 14 June 2017

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU:

Assalamualaikum w.b.t
Di bulan Ramadhan yg mulia ini Mommy Afnan ingin berkongsi tips bg ibu menyusu berpuasa :

1. Waktu sahur,
ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yg lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.

2. Selepas sahur (sebelum masuk subuh),
boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam (seperti susu atau milo) selepas mengepam.

3. Sesi mengepam lakukan macam biasa waktu bekerja boleh dilakukan 3-4 jam sekali di tempat kerja.

4. Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.

5. Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan bendalir dalam badan yg telah digunakan. Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.

6. Dan mommies boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.
berakhir Ramadhan nanti boleh sambung puasa 6 di bulan syawal

SELAMAT BERPUASA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...