Bila anak kecil demam, ibu dan ayah mesti rasa susah hati. Menangani bayi demam tak sama caranya dengan orang dewasa. Mungkin ada cara rawatan yang dilakukan oleh ibu bapa ketika anak demam selama ini tidak betul.
Menyedari hal tersebut, sebagai pengamal perubatan Dr.Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai DrRich DrRahim menerangkan perkara yang betul tentang isu anak demam.
Menurutnya ketika demam ramai ibu bapa akan bertindak memandikan anak dengan harapan dapat menurunkan suhu badan anak yang panas. Sebenarnya tindakan tersebut adalah satu kesilapan. Baca penjelasan Dr.Abdul Rahim.
ILMU KESIHATAN. Artikel 374.
Doktor Boleh Tak Anak Saya Mandi ketika Demam?
Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit di klinik. Doc rasa tanggungjawab memberi penjelasan di bawah supaya InsyAllah anak bangsa doc pandai jaga anak ketika mereka demam. Harap jangan pengaruh org keliling tapi doc harap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. OK!
Apa itu demam?
Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 3-37.5 Celcius iaitu lebih 37.5 C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sbb si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sbg emak bapa relax je jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu beri ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
Cara Turunkan Panas Badan Anak
Doc senaraikan cara2 menurunkan suhu tubuh bila demam.Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut,leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori2 & mudah mengeluarkan panas dr dlm tubuh.
Adalah satu KESILAPAN jika anda:
1. Menggunakan air sejuk, air ais, atau ketul sbb hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi meningkatkan lagi suhu badan, krn air yg dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.
2. Apatah lagi bila demam ada yg surh mandikan anak dgn sejuk. Kesian si anak lagi menggigil serta lagi naik demamnya. Jika emak ayah demam, cuba terus mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar apatah lagi mandi air sejuk.
3. Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yg tebal spt jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar, yg dpt menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke mormal.
4. Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak spt peluh dan kencing. Maka rajin2lah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi anda untuk elak dehidrasi. lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!
5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak yg panas dibolehkan tapi air yg digunakan harus air yg hangat suam, jangan air sejuk. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutp badan dgn pakaian.
6. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, mkn minum spt biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 C. Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit, ini tanda infeksi kuman/virus tak dapat dilawan. Segeralah bawa ke doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.
*Nasihat doc. Segera rawat DEMAN ANAK ANDA. ELAKNYA daripada SAWAN PANAS TARIK "Febrile Fit"
Sumber: Facebook DrRich DrRahim
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
Anda boleh memberikan Set Kesihatan Kanak -Kanak kepada Anak Anda.
lebih info klik :
SET KANAK-KANAK SHAKLEE
Setiap pembelian akan di berikan FREE GIFT
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
Anda boleh memberikan Set Kesihatan Kanak -Kanak kepada Anak Anda.
lebih info klik :
SET KANAK-KANAK SHAKLEE
SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)
Setiap pembelian akan di berikan FREE GIFT
Hubungi Mommy Afnan sekarang kerana Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
No comments:
Post a Comment