Assalamualaikum semua pengunjung blog Mommy Afnan..Hari ini saya ingin berkongsi apa yang kebanyakkan orang yang nak turunkan berat badan alami termasukla saya sendiri suatu ketika dulu. :) berkenaan dengan niat dan usaha nak turunkan berat badan tapi tak berjaya walaupun ada setengahnya berpantang nasi. Ada pula mula-mula memang semangat but at the end diet entah kemana, badan pulak makin naik huhu...sedih!
10 Sebab Mengapa Diet Anda Gagal
Peratus mereka yang berjaya sampai kegarisan penamat dengan hasil yang diidamkan dalam perjalanan untuk menguruskan badan ni kecik je. Jika anda salah seorang yang ingin menurunkan berat badan, elok anda kenalpasti sebab-sebab yang mungkin menjadi punca diet anda gagal.
Masuklah dalam golongan yang sedikit tu iaitu yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat tanpa sebarang kesan sampingan yang negatif. Ok kita jangan buang masa dah let's check it out
1. Tekanan atau Pengaruh Kawan-Kawan
Tekanan atau pengaruh daripada kawan-kawan kita merupakan salah satu halangan yang besar untuk mencapai misi kite menyelimkan badan.Yela bila kite mula makan sikit atau tolak pelawaan kawan-kawan makan difastfood, ha mula diorang perli macam-macam, seolah-olah pelik sangat cara kita ni.
Ada jugak kawan-kawan kita yang memahami, support kita tapi yang banyaknya lebih pada condem dan perli usaha kita. Kalau kawan-kawan kita tak selesa dengan cara kita, biar jelah. Kita tak perlu nak jelaskan dari A to Z pada mereka.
Jika kita nak kurus secara sihat, kita mesti berada dalam lingkungan orang-orang yang ada objektif yang sama macam kita. Secara tidak langsung kita akan selalu termotivasi dan dapat bercerita tentang topik yang kita sama-sama suka. So takdela kita rasa terlalu janggal.
2. Kite Ber'Diet' Dan Tidak Merubah Cara Hidup
Cara hidup apa yang nak diubah ni? Orang yang berjaya kurus mereka tidak berdiet sebaliknya mereka mengubah cara hidup mereka. Jika anda salah mempraktiskan diet yang 'strict', susah apa yang anda akan buat bila diet anda dah tamat?
Anda perlu plan dan lakukan aktiviti yang sampai bila-bila anda akan lakukan, bukan terhad ketika diet je. Fokus kepada praktis diet yang mampan dan menjadi sebahagian dari cara hidup kita.
Contohnya kita latih diri kita kurangkan atau berhenti terus dari makan fastfood, banyakkan makan sayur, jadi aktif selalu, bergerak dengan pantas, baca label makanan supaya kita tak tertibu dengan hidden fat yang ada, banyakkan makan buah-buahan dan macam-macam lagi.
3. Mengunyah aka Mengudap
Masalah ini lebih menimpa kaum Hawa la ye? Atau ada kaum Adam juga yang suke mengunyah. Biasanya ketika bekerja time tak berapa sibukla, atau ketika layan drama bersiri ke Maharaja Lawak Mega ke, atau ketika bersembang dengan member atau famili atau bila-bila la dan dimana jua.
Makanan yang kita ambil pula selalu makanan proses contohnya air gas, snack kentang macam Mr. Potato, kacang, kerepek apa-apa jajanla... Sedap memangla sedap tapi kita tidak sedar yang dah masuk dalam perut kita tu berapa ribu kalori huhu..
Proses food ini memang akan buat kita addicted pada diorang. Habis diet kita selama ini memang kacau bila kita asyik kalah dengan keinginan nak mengudap ni. Dan biasanya semua yang kita makan tu akhirnya akan disimpan menjadi lemak. Dahla lemak memang terlebih simpanan..
Orang yang badan besar-besar ni kalau kita selalu sebut terlebih zat, sebenarnya mereka ini mungkin kekurangan zat penting untuk pelbagai proses penting dalam badan.
Bila tubuh kita kekurangan nutrien, Otak akan menghantar mesej 'lapar' bila ia memerlukan kalori dan nutrien. Ia akan sentiasa menghantar mesej supaya kita makan agar tubuh kita mendapat zat penting yang diperlukan.
Tapi jika kita hanya isi dengan perut kita dengan makanan - makanan 'empty nutrients' macam makanan segera, asyik makan nasik dengan lauk je sayur buah tak makan.
Hasilnya memang akan naik berat badan kita hanya kerana kita tidak berjaya memenuhi badan kita dengan kuota vitamin dan mineral penting tubuh.
Isilah badan kita dengan makanan yang kaya dengan khasiat supaya kita tidak membazir kalori yang kita ambil, finally kalori yang tidak digunakan akan menjadi lemak.
5. Makanan Ketika Diet Tak Sedap Langsung.
Emm bolehla yela ikan kukus mana boleh lawan ikan goreng sambal atau masak lemak. Lidah kita pula dah biasa dengan makanan-makanan yang tinggi kalori seperti nasi oreng, ayam goreng, gulai lemak, dessert manis-manis, kueh mueh, air teh tarik, air gas dan macam-macam lagila. Tulis je dah rasa kecur air liur huhu...
Tiba-tiba kita nak tukar kepada menu sihat seperti makan ulam 1 mangkuk besar setiap hari, sayur 2 mangkuk, ikan ayam semua kukus, bakar, rebus seperti masak pindang, singgang ikan, sup ayam, tomyam.
Wajib 'puasa' air gas, air manis, semua lauk-lauk favorite, fastfood lagila simpang malaikat, coklat, biskut-biskut dan pelbagai lagi menu yang tempting...
Tapi fasa ni mungkin tidak lama, insyaAllah lama kelamaan kita dapat adapt dengan perubahan. Mungkin kita sendiri boleh cuba pelbagai resipi yang padat dengan khasiat tapi rendah kalori.
6. Penurunan Berat Badan Lambat
Kenapala penimbang ni rosak ke? Atau sebenarnya berat kita yang tidak turun langsung! Bila kita dah berbuat yang sepatutnya, makan dah jaga betul-betul, setiap petang jogging 2 - 4 round, minum air 3-4 liter sehari, secara konsisten kita kene fokus pada penurunan komposisi lemak dalam badan, bukan hanya berat badan semata-mata.
Kedua-duanya berbeza, dan jangan lupa yang lemak dibadan kita mungkin dah bersemadi dengan kita sedekad atau lebih atau mungkin kurang dari tu. Maka jangan expect kita akan slim dalam tempoh 2 minggu je (come on la bro).
So nak hilangkan lemak-lemak tu memang akan ambil masa. Kehilangan 0.5-1% lemak per minggu pun dah cantik dan bagus. Tambah ianya lebih kekal lama.
7. Tidak Boleh Tahan Lapar
Ini untuk yang 1st time berdiet la, memang susah, tambah-tambah kawan-kawan kita semua makan sedap-sedap. Siap ada sorang member akak tu sampai tidak boleh tidur malam sebab lapar.
Bila kita mula rasa nak makan dan kita tak dapat, hasilnya kita akan rasa nak makan yang lebih kuat lagi. Biasanya kita memang gagal untuk bezakan keinginan untuk makan disebabkan oleh lapar secara fisiologi atau fizikal.
Yang penting kita kena kenalpasti dan faham tubuh kita sendiri kemudian mudahla kita nak kawal.
Jika kita nak slim tapi taknak exercise langsung, mungkin kita kene fikirkan semula. Betul, memang diet kita memainkan peranan terbesar dalam menurunkan berat badan. Tetapi gabungan antara bersenam, kawal pemakanan akan membantu memudahkan kita kehilangan lemak sekarang dan akan datang.
Senaman memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran hormon yang optimum untuk penurunan berat badan. Bersenam membantu membina otot, mengoptimumkan hormon yang menyebabkan kita kehilangan lemak.
Hormon testosteron, hormon pertumbuhan dan tiroid masing-masing akan meningkat dengan bersenam. Tidak lengkap berdiet tanpa bersenam. Jika kita tidak bersenam, menurunkan berat badan akan menjadi lebih mencabar.
9. Tidak Merekod Pencapaian
Tidak merekod apa-apa kejayaan kecil atau perkembangan diet kita merupakan punca utama kita selalu hot-hot chicken shit dan cepat je semangat kita yang meletup-letup ketika mula berdiet menjadi pudar ditengah jalan.
Macammana kita nak katakan yang diet kita semakin mencapai sasaran jika kita tak buat apa-apa rekod. Jangan harapkan penimbang, asyik timbang je boleh buat kita kecewa. Nak lagi tepat kita kene ukur lemak dalam badan kita.
Buat 1 jurnal diet, catat setiap makanan yang kita ambil, ambil gambar diri sendiri (selfie penuh 1 badan) disela-sela masa tertentu (2 minggu atau sebulan sekali). Beri hadiah pada diri sendiri bila ada kemajuan.
Ingat apa yang kita fikirkan boleh buat kita tertipu, hilang semangat sedangkan apa yang kita usahakan baru je ingin menunjukkan hasil. Jangan mudah terpedaya dan pastikan kita rekod setiap perkembangan diet kita.
Walaupun berdiet tetap juga kita perlu makan makanan yang cukup untuk keperluan fisiologi tubuh. Bila kita tak cukup makan atau makan sikit sangat ia akan mengundang pelbagai kesan negatif pada tubuh.
Daripada perubahan hormon sehinggalah pada mood yang tak tentu, makan terlalu sedikit tidak akan membantu kita kurus sebaliknya ia akan melawan objektif kita untuk hilangkan lemak. Inilah yang selalu menjadi punca utama kenapa diet kita gagal.
Macam mana? Ada tak salah satunya yang menjadi punca kegagalan kita jadi lebih ramping, sado, cun dan kacak?
Jika benar adanya, kita boleh belajar dari kesilapan ini dan jangan ulangi dimasa akan datang. Diharap panduan ini akan membantu kita berjaya dalam menyelimkan body.
Hati-hati dan jangan mengulang kesilapan yang sama. Semoga kita semua berjaya mendapatkan bentuk tubuh yang diidamkan aminnn.....
Sekiranya berminat dapatkan Set Kurus Shaklee @ mana2 produk shaklee bolehla hubungi saya :
kerana Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook : Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)