Thursday, 20 April 2017

SENARAI KEPERLUAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI ANDA

Persediaan Menyambut Baby : Senarai Lengkap Keperluan Ibu dan Bayi Baru Lahir (New Mommy WAJIB Baca!)

Assalamualaikum w.b.t

Buat ibu2 hamil terutama ibu yang mengandungkan anak sulung tentu anda tertanyakan apakah persediaan perlu dlakukan untuk persedian bersalin dan menyambut kehadiran bayi dalam keluarga.
Jom kita tengok satu apa keperluan ibu dan bayi.Semoga senarai ini membantu anda membuat persediaan rapi menyambut kelahiran zuriat dari syurga;) tidak lupa juga ibu2 yang melahirkan anak kedua , ketiga dan eterusnya..boleh jadi, dah lupa dah persediaan yang dibuat seperti saya ni..dah 5 tahun anak yang 3.. :)


KEPERLUAN IBU BERSALIN


Saya suggest Set Berpantang Shaklee untuk penyembuhan luka bersalin yang cepat, pulihkan tenaga dan menjamin kesihatan bayi serta membantu banyakkan susu ibu.

2.Tungku
Seeloknya jenis batu sungai tu..kalau yang ringan2 macma kebanyakkan tungku moden sekarang tak best.

3.Kain Batik
Perlu banyak..dalam 5 helai ke atas. bet juga pakai kain batik ni sebab jenis cotton kan. nk ke toilet pon senang :)

4.Stoking Tebal
( at least 3 pasang)

5.Minyak Urut
( minyak panas)

6. Tukang Urut/Confinement Lady
(book siap2 tukang urut. biasa ibu elepsa bersalin normal, hari ke 3 dan ke atas dah boleh berurut..jangan lama2 nanti badan sakit sebab dah masuk angin)

7. Bengkung 
Anda boleh memilih bengkung moden..banyak yang berada di pasaran sekarang.
kalau bengkung yang lama sebelum ni pakai yang lilit 2, 8 tahun baru siap pakai.susah nak pakai..last2 tak terpakai pulak.

8.Maternity Disposable Pad

9.Baju Sejuk (sweater)



KEPERLUAN BAYI YANG BARU LAHIR
PAKAIAN

1.Bedung
(10 helai)

2.Barut perut Baby
(beli la 10 helai..sebab baby kadang berak akan kena pada barut perut ni.so kene la tukar skali.

3.Sapu tangan (berguna untuk lap mulut baby jika baby termuntah atau selepas menyusu.)

Romper/Jumpsuit
(saya memang suka baju jenis romper ni..cute kalau baby pakai)

Baju lengan panjang dan Seluar panjang
(3 pasang)

Baju lengan pendek dan Seluar pendek
(3 pasang)

Baju dan seluar yang lubang2
(3 pasang)

Selimut
(2 helai)

Topi
(1-2 sahaja)

Mitten and booties
(3 pasang)

Tuala Kecil
(untuk lap muka/pipi baby selepas menyusu)

**pastikan baju n seluar baby dari jenis kain kapas!
**tak payah beli banyak2 pakaian baby, sebab nanti akan dapat hadiah banyak dari kawan dan saudara mara yang datang ziarah baby;)


DIAPERING

Lampin pakai buang /Diapers
( saiz newborn ye, beli satu or dua pack je dulu, jangan banyak2 sebab baby cepat besar...kalau rajin boleh la beli cloth diapers yang washable tu..

Wet Tisssues
(yang ni boleh borong banyak2..sebab biasa kitaakan guna walaupun bayi dah umur setahun / 2 tahun pun.)

Tikar Kecil getah
( yang ni khusus untuk tukar lampin baby..biasa kalau beli totebeg baby tu mmg dah ada changing mat ni kat dalam)

Botol Sembur Air
(ni penting sebab selalu tukar diaper baby kat katil je)

Detergent khas untuk cuci pakaian dan botol2 susu baby
(ingat, kulit baby SENSITIF sangat..detergent biasa mungkin akan menyebabkan ruam2 pada kulit bayi. ena guna set pencuci shaklee sebab ia terbukti selamat untuk bayi)
Shaklee Detergent yang terbukti selamat untuk baby
klik lebih info : DISH WASH SHAKLEE



BABY CARE & GROOMING

Bakul Pakaian
(untuk simpan pakaian baby ,ena suka yang ada penutup, nampak kemas..container tu beli kat tesco je)

Bakul kecil
(untuk letak barangan grooming anda baby care

Besen Mandi

Tungku Baby
Masa pantang mak selalu buahkan.isi pasir je dalam uncang kecil, panaskan dan tuam perut dan badan baby lepas mandi.Sekarang ada dijual dipasaran.

Mandian Baby- shower gel/syampoo

Bedak
(yang ni aeisya tak pakai..tak elok tau untuk paru2 baby..tak payah beli lah.nti dapat juga hadiah dari orang yang datang ziarah..hihi)

Minyak Telon

Krim Pelembap
Kalau kes ada ruam2 saya sukakan Herbal Blend Shaklee kerana ia selamat, tanpa bahan kimia.

Klik lebih info : Herbal Blend


Gunting Kecil

Pemotong Kuku

Methylated Spirit - Alcohol 70%
(biasa dibekalkan oleh pihak hospital-untuk cuci tali pusat baby yang belom tanggal..kalau tak cukup boleh beli di farmasi atau kedai barangan baby)

Sikat Rambut

Cotton Ball
(untuk apply alcohol ketika cuci tali pusat..tapi kalau dapat alcohol yang jenis sekali dengan kapas tu, tak perlu beli cotton ball ni)

Cotton Bud
(untuk cuci telinga atau hidung baby)

Termometer
(untuk monitor suhu in case baby/mommy demam)

Nasal Aspirator
(guna ketika baby selsema atau hidung tersumbat)


NURSERING/KEPERLUAN TIDUR BABY

Tilam
(beli dari jenis kain kapas ye, sebab baby cepat panas/berpeluh)

Kelambu
(yang ni kami memang beli sebab kat kampug banyak nyamuk..tapi nyamuk kampung tak  bahaya macam nyamuk bandar;)

Ubat Nyamuk
(jenis cecair tu, memang berkesan sangat..dan mudah di bawa ke mana2 juga)

Baby Cot

Comforter


BARANG KEPERLUAN BREASTFEEDING

InsyaALLAH, niat untuk full breastfeed akan diteruskan juga untuk baby baru ni..Kalau dulu Afnan memang berjaya breastfeed sepenuhnya sehingga 3 tahun. Alhamdulillah. Set Menyusu Shaklee banyak membantu. 

1.Botol Susu

2.Puting

3.Berus Pembersih Botol

4.Sterilising Tablet

5. Cecair Pencuci Botol
Saya suka guna  Jenama Shaklee-Dish Wash Concentrate

6.Breast Pump Set
7.Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
Sangat2 penting bagi ibu yang bekerja ofis hour..ibu bekerja dari rumah maybe tak perlukan sangat.

8.Warmer

9.Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh

10.Bottle Sterilizer

11.Storage Bottle

12.Nursing Cover

13.Nursing Bra

14.Nursing Pad Washable 

15.Nursing Pad Disposale

16.Thermos

17.Nipple Cream
*****
Okey harap senarai ni dah lengkap. Apa pun, ia bergantung kepada keperluan masing2..
tulis balik barangan yang benar2 anda perlukan sahaja
kalau boleh berjimat, berjimat lah selagi boleh...
mommie yang dah sarat tu jangan lupa siapakan 'HOPITAL BAG' tau

UNTUK ORDER PRODUK SHAKLEE
BOLEH CONTACT SAYA :

SMS/WhatsApp:  www.wasap.my/60139737229 (Wanie) 

Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.



LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)
ID Shaklee : 883691

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...