“Tak laratnya nak berjalan kalau dah bengkak kaki ketika hamil. Rasa tegang dan sakit betul. Bisa pun ada sampai kadang-kadang naik ke lutut. Apa yang boleh melegakan rasa sakit ni ya?”
Bengkak kaki ketika hamil atau edema adalah salah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita hamil, terutamanya apabila kehamilan mula menginjak ke trimester ketiga. Malah, menurut kajian, 50% hingga 80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.
BAGAIMANA EDEMA BOLEH BERLAKU?
Pembengkakan pada kaki ini terjadi kerana ketika hamil seorang wanita mengalami perubahan kadar hormon. Pelepasan hormon-hormon selama masa kehamilan dapat memicu tubuh menahan lebih banyak cairan dan sodium (garam).
Edema terbentuk jika terjadi kerusakan atau peningkatan tekanan pada saluran darah. Akibatnya, cairan merembes dari kapilari ke dalam jaringan organ di sekitarnya, sehingga terjadi bengkak di bahagian tersebut.
Sepanjang kehamilan, tubuh wanita cenderung menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa dan ia boleh menambahkan lagi kebengkakan tersebut hingga ada masanya turut menjejaskan bahagian muka dan tangan. Keadaan ini adalah sementara dan biasanya boleh diatasi dengan beberapa cara.
6 CARA BERKESAN MENGATASI MASALAH BENGKAK KAKI KETIKA HAMIL
Berikut adalah beberapa tips yang membantu melegakan bengkak kaki ketika hamil.
1. NAIKKAN KAKI
Ketika duduk atau tidur, naikkan kaki sedikit dengan menggunakan bantal. Tujuannya adalah untuk memperbaiki peredaran darah.
2. SENTIASA MEMBUAT REGANGAN
Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama. Buatlah gerakan seperti regangan ringan dan tukar posisi dengan kerap. Seeloknya, jangan menyilang kaki kerana ia boleh menghalang peredaran darah pada bahagian tersebut.
3. BERSENAM
Walaupun anda terasa susah untuk bergerak, jangan abaikan senaman ringan dan teruskan bergerak aktif setiap hari. Senaman seperti berenang adalah digalakkan kerana tubuh akan berasa ringan apabila disokong oleh air.
4. URUTAN
Urutan perlahan boleh membantu melegakan rasa sakit akibat bengkak kaki ketika hamil. Ini kerana, ia boleh menggalakkan peredaran darah di samping membantu mengalihkan cecair dari bahagian kaki.
5. KURANGKAN MAKANAN BERGARAM
Kurangkan penggunaan garam berlebihan pada masakan. Garam berlebihan boleh menyebabkan tubuh menyimpan lebih banyak cecair dan sekaligus menjadikan edema lebih teruk.
bengkak kaki ketika hamil
6. STOKIN SOKONGAN
Jika perlu, anda boleh mendapatkan stokin sokongan di farmasi atau dengan nasihat doktor.
Dengan menggunakan stokin ini, darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali dan anda akan berasa lebih selesa untuk membuat pergerakan.
AWASI TANDA BAHAYA
Lazimnya, bengkak kaki ketika hamil adalah normal dan tidak merbahaya. Namun, jika anda mengalami masalah bengkak kaki yang tegang, merah, panas dan terlalu sakit sila dapatkan rawatan dari doktor dengan segera. Ini kerana bengkak kaki turut dikaitkan dengan penyakit-penyakit berkaitan jantung, ginjal, pre-eklampsia, dan tekanan darah tinggi.
Oleh itu, sentiasalah mematuhi rawatan kesihatan bulanan yang ditetapkan oleh doktor agar mereka dapat memantau keadaan kesihatan anda.
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)
ID Shaklee : 883691
Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
ID Shaklee : 883691
Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!
No comments:
Post a Comment