Friday, 2 September 2016

Tips Mencegah Jerawat Pada Wajah

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini Mommy Afnan nak kongsi tips menangani jerawat.. Mesti ramai di antara kita yang pernah dan masih ada jerawat kan.. Semua orang merasai jerawat ni, Saya sendiri walaupun muka dah x ada jerawat tapi jerawat akan mudah tumbuh bila saya stress.! dan bila jerawat tumbuh lagi stress..! hehe

 Kalau naik jerawat Boleh picit tak?
Setengah daripada kita tak boleh tengok jerawat ni tumbuh mula nak picit nak suruh ia cepat hilang..tapi sebenarnya  jerawat ni kalau diusik atau dipicit ia boleh membawa kepada keradangan yang akan menyebabkan jerawat lebih teruk.
Kemungkinan jerawat itu makin besar tumbuhnya kerana keradangan dan akan meninggalkan bekas atau parut dimuka. Jadi seeloknya x digalakkan picit jerawat pada wajah kita untuk mengelakkan tinggal parut yang xmenyenangkan pada wajah. Disini saya akan kongsikan beberapa tips atau cara  mencegah jerawat daripada terus tumbuh berleluasa. Bagi sesiapa yang nak kulit cantik jom amalkan tips ini.

10 Tips Tangani Masalah Jerawat

1.  Jangan Terlalu Kerap Mencuci Muka

Jika kita terlalu kerap mencuci muka dengan kaedah yang kasar atau bahan yang keras ia akan menyebabkan jerawat bertambah teruk. Scrub pun perlu dielakkan jika jerawat anda dalam keadaan teruk. Scrub muka adalah bagus untuk menghilangkan kotoran degil tetapi jika kita terlalu bertenaga masa scrub tu ia akan menyebabkan keadaan jerawat menjadi merah akibat keradangan.
Seeloknya, basuh muka dan kawasan yang berjerawat 2 kali sehari menggunakan pembersih yang lembut. Dan kaedah urutan yang lembut dan halus.

2.  Guna Pencuci Muka Bebas Minyak

Untuk anda yang mengalami masalah jerawat, elakkan membeli dan menggunakan pembersih muka yang berminyak. Kerana ia tidak sesuai dengan keadaan kulit. Keadaan kulit yang berminyak akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Bila pori-pori tersumbat jerawat pun akan terbentuk. Oleh itu, guna pencuci yang bebas minyak (oil-free) agar dapat merawat dan melegakan radang jerawat secara perlahan.

Pakar Dermatologi menyarankan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat boleh pilih pencuci muka yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid. Boleh rujuk di bahagian kandungan belakang produk.
Saya sarankan andai menggunakan produk diperbuat drp bahan semulajadi seperti Set Nutriwhite (boleh klik untuk lebih info)

3.  Jaga Kesihatan dan Pemakanan

Terdapat beberapa mitos mengatakan bahawa makanan kegemaran seperti coklat dan pizza adalah punca tumbuhnya jerawat. Jerawat terjadi apabila liang pori tersumbat disebabkan kulit yang berminyak, sel kulit rosak dan bakteria yang menyebabkan keradangan. Tetapi jika setengah makanan yang anda perhati kalau lepas makan akan tumbuh jerawat cuba elakkan. Biasa makanan yang meyebabkan tumbuh jerawat ialah makanan seafood seperti udang, sotong, kerang terutama bagi orang yang mempunyai masalah resdung. Tapi anda akan dapat menikmati kelazatan makanan kegemaran anda walaupun seafood sekiranya anda jaga kesihatan dengan Set Resdung Shaklee. Saya sendiri dah mengalaminya, saya bebas makan makanan kegemaran bila tiada lagi gangguan resdung.
Set Skincare Shaklee juga mampu menjadikan kulit bebas daripada masalah jerawat.Klik disini.untuk lebih info. Kalau nak cantik memang kena cantik dari dalam. Jadi apa kata anda mengamalkan supplement  untuk sihat dalam masa yang sama kulit anda akan menjadi cantik tanpa jerawat.cuba lihat testimoni Vitamin C disini.

4.  Jangan Guna Kosmetik/Make up yang berat

Tinggalkan kosmetik yang berat dan yang berasaskan minyak. Macam mana nak tahu? Boleh tengok pada jenis dan pada kandungan kosmetik sebelum anda nak beli ya. Kebiasaanya, creamy foundation dan blushy akan menyebabkan pori-pori tersumbat jika tidak sesuai dengan kulit kita. Jadi, kalau nak beli kosmetik beli yang berasaskan mineral dan dalam posisi serbuk kerana ia lebih sesuai dan ringan untuk sesiapa yang mengalami kulit berjerawat. Seeloknya guna produk yang diperbuat drp bahan semulajadi seperti Set Nutriwhite 


5.  Guna Foundation yang Bebas Minyak (Oil-Free)

Sebelum bersolek atau make-up pastikan anda menggunakan foundation yang bebas minyak. Dan pastikan selepas mengenakan solekan pada wajah cuci dengan bersih walaupun masa itu anda penat atau letih.
Saya sarankan andai menggunakan produk diperbuat drp bahan semulajadi seperti Set Nutriwhite (boleh klik untuk lebih info)

6.  Elakkan Guna Produk Rambut yang Berminyak

Dengan menggunakan produk minyak rambut yang banyak seperti gel boleh menyumbatkan liang pori wajah anda. Ia terjadi apabila rambut anda yang berminyak itu tadi menyentuh bahagian wajah anda, seperti pipi atau dahi. Dan jika anda mempunyai jenis rambut yang berminyak cuba cuci atau syampoo setiap hari untuk mengelakkan liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.

7.  Jangan Sentuh Muka Anda

Kalau jerawat mula tumbuh, kecik atau besar jangan sentuh atau usik jerawat anda kerana ia akan menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk. Tangan kita ni berbisa, kalau ada jerawat tumbuh kita usik ia akan menyebabkan jangkitan bakteria dan menjadikan jerawat semakin teruk. Bila dah teruk nak rawat jerawat makin susah dan mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih.

8.  Jangan Picit Jerawat Anda

Memicit atau menekan jerawat anda akan menyebabkan keadaan lebih teruk. Malah ia akan melambatkan penyembuhan dan akan meninggalkan parut berlubang pada wajah anda. Jadi jangan amalkan untuk memicit jerawat ye.

9.  Jangan Guna Ubat Jerawat Secara Terus

Maksudnya disini, kita tak digalakkan untuk menggunakan ubat secara terus menerus tanpa dibantu dengan rawatan pembersihan lain. Penyembuhan Jerawat mengambil masa, mungkin 2-4 bulan untuk sembuhkan sepenuhnya. Jadi jangan anggap dengan guna 1 ubat jerawat akan hilang sekelip mata. Bukan magik ok  Penjagaan yang khusus juga diperlukan untuk merawat jerawat yang serius.
Saya nasihatkan, kalau jerawat anda berada ditahap yang teruk sebaiknya bawa jumpa doktor atau pakar penjagaan kulit bagi membantu merawat dan meredakan kerosakkannya.

10. Ikat Rambut Dengan Kemas

Apa kena mengena rambut dengan jerawat? Ada kaitan.. bila rambut berminyak kemungkinan besar akan menyebabkan liang pori tersumbat. Jadi kalau anda ada masalah jerawat pastikan anda ikat rambut anda dengan kemas dan elakkan daripada ia terkena wajah.

Beberapa tips yang  kongsikan ni, ada satu atau dua yang selalu kita ambil mudahkan. Bila jerawat dah teruk baru sedar. Jadi mulakan penjagaan daripada hari ini. Jangan ambil ringan dengan tips-tips yang mudah . Kita semua nak kulit yang cantik halus gebu kan. Moga 10 tips mudah ini dapat membantu anda semua. 

Berminat dengan Produk Shaklee? boleh hubungi saya :

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook saya Vitashop Wanie dan

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...