Tuesday, 20 September 2016

PEMAKANAN YANG SESUAI BAGI IBU DI AWAL KEHAMILAN


Bila ibu hamil diserang alahan, makan menjadi perkara paling tidak digemari. Loya, mual, tak selera makan antara simptom biasa yang akan dialami oleh ibu di awal kehamilan. Bila kena simptom ini apatah lagi di bulan Ramadan, memang sangat tidak selesa.

Bagaimana hendak meneruskan ibadah puasa jika perut langsung tidak boleh menerima makanan. Ketika fasa perubahan hormon ini berlaku, ibu hamil yang menghadapinya diberikan pengecualian untuk tidak berpuasa. Ini kerana ibu perlu juga makan walaupun tiada selera kerana ia penting untuk perkembangan janin di peringkat awal.

Untuk ibu hamil yang mengalami rasa mual dan loya di awal kehamilan, pakar pemakanan menyarankan agar ibu tetap makan makanan sihat secara kerap tetapi diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Berikut beberapa jenis makanan yang wajib dimakan oleh ibu hamil dan membantu mengurankan rasa mual ketika memakannya.

1. Brokoli

Sepanjang trimester pertama ibu digalakkan makan banyak sayuran hijau kerana kandungan seratnya membantu mengelakkan masalah sembelit. Brokoli antara sayuran hijau yang tinggi khasiat seperti folat, kalsium, lutein, zeaxantin dan karotenoid yang baik untuk membantu perkembangan penglihatan janin.

Kalium yang terkandung dalam brokoli membantu menormalkan tekanan darah. Gunalah kreativiti anda untuk memasak sayuran brokoli mengikut citarasa masing-masing.

2. Yogurt

Susu antara makanan yang paling disarankan kepada ibu hamil. Bagi ibu hamil yang 'tak lalu' minum susu atau yang langsung tak boleh minum susu sebab mual, cubalah gantikan susu dengan yogurt.


Yogurt dikatakan mengandungi kalsium lebih tinggi berbanding susu. Selain boleh dimakan begitu sahaja, anda boleh gunakan yogurt untuk buat smoothies atau dimakan bersama potongan buah dan kurma. Sesuai juga untuk waktu bersahur dan pastinya menghilangkan mual ibu hamil!

3. Buah beri

Buah-buahan dalam kategori keluarga beri seperti strawberi, blueberi, mulberi dan rasberi memang sukar ditemui dan agak mahal harganya. Tetapi jika sekali sekala beli apa salahnya.

Apatah lagi ibu hamil yang mual. Buah-buahan ini ternyata mampu menghilangkan rasa mual selain daripada kaya dengan kandungan vitamin C, potasium, folat, srat dan antioksidan yang tinggi. Bahkan kandungan phytonutrien dalam beri dipercayai dapat menjaga kerosakan sel badan ibu dan bayi.

4. Daging

Kalau ibu hamil hendak mencegah anemia, lebih baik makan sumber protein daging sejak awal hamil lagi kerana kaya dengan vitamin B12, B6 dan niacin. Ia juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan janin. Kepada yang tidak gemar makan daging, cubalah kreatif menyediakan menu berasaskan daging kerana mengambilnya semasa trimester pertama sangat penting.

5. Kekacang

Makanan dalam kategori kekacang terkenal kaya dengan sumber protein, zat besi dan folat, kalsium da zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan pada bila-bila masa.

Semoga ibu hamil yang mual dapat mengatasi masalah mual dan loya serta hilang selera makan dengan penuh kesabaran. Formulanya, sentiasa makan makanan berkhasiat dalam kuantiti yang kecil secara kerap!

Set Bersalin Shaklee yang mengandungi cukup nutrisi untuk kandungan anda. Cubalah sudah ramai ibu hamil yang puashati dengan keberkesanannya.

Lihat Lebih Info SET HAMIL
Boleh lihat Testimoni SET BERSALIN




Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Set Hamil/ Set Bersalin/ Set Penyusuan Produk Shaklee /mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...