Wednesday, 12 November 2014

Jaundis Atau Penyakit Kuning Pada Bayi

Assalamualaikum warahmatullahiwabarahatuh...Alhamdulillah hari ke 29 Cabaran Penulisan Blog saya..pengisian kali ini tentang Penyakit Kuning @ Jaundis pada bayi.

Kebanyakkan ibu yang baru melahirkan anak pasti risau apabila bayi mereka mengalami demam kuning atau jaundis. Lebih-lebih lagi jika terpaksa berulang-alik ke hospital atau klinik untuk menjalani ujian darah ke atas bayi. Apa yang lebih teruk lagi apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi. Alhamdulillah saya tidak mengalami situasi sebegini kerana ketiga2 anak saya tidak menghadapi masalah Jaundis semasa bayi.Tapi melihat dan mendengar cerita kawan2 yang mengalaminya memang kasihan kan…


Apa Itu Jaundis?

Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Nor, jaundis atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara normal. “Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan,” katanya.

Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning. Kuantiti bilirubin yang sedikit didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.

Ibu-ibu tidak perlu risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi. Namun penyakit demam kuning ini perlu di beri perhatian/ rawatan kerana komplikasinya akan menimbulkan kesan yang buruk pada bayi anda. Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi.


Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak. Sekiranya jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus), dan boleh memberikan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,

Rawatan Jaundis


Sekiranya bayi anda kelihatan kuning, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai samada rawatan susulan di perlukan.


Rawatan yang biasa di lakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukarkan bilirubin tak berkonjugat kepada lstruktur yang lebih senang dikumuhkan dan disingkirkan melalui najis. Di mana ia senang di kumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis. Bayi akan didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan di tutup dengan penutup mata khas. Rawatan ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat.


Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.


Punca- Punca Jaundis :

✔Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Hati dan Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.

✔Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah. Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat.

✔Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.

✔Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)

✔Berlaku komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum. Kerana akan meninggalkan kesan lebam pada badan bayi dan menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.

✔Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.

 ✔Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu.Dengan kata lain kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.

✔ Darah ibu dan bayi tidak sesuai.

✔ Ibu menghidap kencing manis.

✔Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.


Petua Hilangkan demam kuning

1) Berikan susu ibu dengan kerap.
Kebiasaannya, masalah demam kuning yang tinggi selalu terjadi pada anak pertama. Punca utama adalah kurang penyusuan ibu Apa yang paling penting sekali, jangan berikan bayi minum air lain selain susu ibu kerana susu ibu banyak khasiatnya, bayi tidak dapat menyusu dengan kerap.

Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,

Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Anda boleh mengamalkan pengambilan Set Penyusuan Shaklee untuk memastikan susu mencukupi dan berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot.

Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna. Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,


2) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya.

3) Minum susu kambing: Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus.

3) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

4) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


5) Jemur bayi di bawah matahari: Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari dapat menghilangkan kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja. Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi.


6) Makan jamu dan halia: Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat.Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja.

7) Memberi air glukos pada bayi: Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.


 Walau apa pun cara atau petua untuk hilang demam kuning ini, susu ibu adalah yang terbaik. 

Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat untuk semua. 

Sumber : Facebook, Harian Metro

1 comment:

  1. Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 or 0163404626 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...