Thursday, 23 October 2014

TIPS MEMASTIKAN ANAK BERKEMBANG MAJU


Assalamualaikum buat ibu-ibu di luar sana. hari ini saya ingin berkongsi tips berguna untuk ibu-ibu memastikan anak membesar dengan sihat dan cerdik. Setiap ibu memang inginkan anaknya berkembang dengan sihat dan secara yang mengujakan kalau boleh lebih maju daripada bayi yang sebaya dengannya. Sebenarnya anda tidak perlu menjadi pakar dalam perkembangan bayi untuk memberikan bayi anda satu permulaan hidup yang terbaik baginya. Kasih sayang, perhatian dan penjagaan asas adalah perkara-perkara utama yang perlu dan diinginkan oleh bayi anda. Untuk membantu bayi anda mencapai potensinya secara penuh, ikutilah langkah-langkah yang mudah ini.

1. Tunjukkan kasih sayang anda

Semua kanak-kanak perlukan kasih sayang, begitulah anak-anak kita. Penjagaan dan sokongan ibubapa membuatkan anak rasa selamat dan memberi dorongan yang baik untuk anak menerokai dunia.  Kasih sayang, perhatian dan kemanjaan semasa tahun-tahun pertama kehidupan boleh mendatangkan impak atas pertumbuhan fizikal, mental dan emosi bayi anda secara langsung dan boleh diukur.

Tentu ramai yang tahu macamana nak tunjukkan kasih sayang pada anak-anak kan...selalulah peluk, sentuh, senyum padanya, dan juga beri galakan serta  perhatian kepada apa yang dia perkatakan dan mainlah dengan si kecil anda seberapa kerap yang mungkin. Anda tidak akan memanjakannya jika anda terus memberi perhatian apabila dia menangis, terutama sekali di sekitar usia enam bulan pertama. Sebenarnya,Menurut pakar kanak-kanak memberi respon kepada bayi anda apabila dia terganggu atau pun masa dia gembira banyak membantu anak-anak membina kepercayaan dan ikatan emosi yang kuat. Satu kajian berpendapat bahawa jika anda memberi respon yang cepat kepada tangisan bayi anda dalam bulan-bulan pertama dia tidak akan menangis sangat apabila dia lebih besar. betulkan, semasa saya tinggal di taman perumahan, saya selalu mendengar anak jiran saya menangis, asyik menangis, boleh dikatakan tiap2 hari dan jangka masa agak lama..mungkin sebab si ibu dan bapa selalu tidak mengendahkan tangisan anaknya itulah menyebabkan dia sering menangis.

2. Menjaga keperluan asas bayi

Bayi kita memerlukan kesihatan dan tenaga untuk belajar dan membesar, dan anda boleh membantu dengan menyediakan keperluan asasnya. Bawa dia ke klinik bayi untuk memeriksa berat badannya secara kerap dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda jika anda mempunyai sebarang keraguan atau masalah. Jangan lupa menyimpan rekod imunisasi atau pemvaksinan dalam keadaan kemaskini.

✔Tidur

Tidur amat penting untuk tumbesaran anak, jadi bantulah dia untuk mendapat tidur yang banyak. Semasa tidur REM (gerak mata cepat) sel-sel otak bayi anda giat membuat hubungan-hubungan penting. Sinaps-sinaps, namanya, ini adalah laluan-laluan yang membolehkan semua pembelajaran, pergerakan dan pemikiran. Ianya adalah kunci kepada pemahaman bayi anda tentang segala yang dia nampak, dengar, rasa, sentuh, dan bau semasa dia menerokai dunia. bayi anda memerlukan masa tidur dalam 10 hingga 12 jam sehari.

✔Pemakanan
Susu ibu  akan menyediakan semua nutrien yang diperlukan bayi anda bagi enam bulan pertama, dan akan menjadi bahagian penting dietnya sehingga usia satu tahun. Menyusu badan adalah paling baik untuk bayi antara faedahnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai kadar rendah bagi: alergi-alergi seperti asma and ekzema;cirit-birit;
masalah respiratori, infeksi telinga.
Jika anda tidak dapat memenuhi penyusuan untuk bayi anda cubalah dapatkan supplement yang bersesuaian umpama supplement Shaklee yang boleh membekalkan nutrisi yang sesuai untuk ibu seterusnya dapat memperbanyakan susu ibu serta boleh dapatkan nasihat mereka yang arif tentang kaedah penyusuan secara ekslusif.

Klik untuk Info SET MENYUSU SHAKLEE

Klik untuk SET BERSALIN SHAKLEE

Namun sekiranya,masih tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi anda, memberi anak dengan susu formula pun anak anda akan dapat berkembang maju walaupun susu formula tidak boleh menyamai kesemua ciri-ciri unik susu ibu, Anda juga disarankan memberikan nutrisi yang lengkap pada si bayi anda seperti Mealshakes, Omegaguard dan Chewable Vitamin C.
dan sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang pola tidur atau pemakanan bayi anda, bercakaplah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.

✔Penjagaan harian
Menguruskan tugas-tugas harian bayi ini yang menguji kesabaran kan terutama jika kita ibu yang bekerjaya tapi sebagai ibu anda perlu memberi perhatian kepada keselesaan fizikal bayi anda contohnya segera menukar lampin jika basah. Jika dia terlalu panas atau lampinnya basah, bertindaklah dengan menanggalkan satu lapis bajunya atau menukar lampinnya. Perkara-perkara asas  begini amat penting supaya anak boleh menjalani cabaran hariannya dengan baik.

3. Bercakap dengan bayi anda

Cara paling baik untuk merangsang otak bayi anda ialah dengan berbual dengannya. Anda boleh mulakan ini semasa anda hami - ianya cara yang baik bagi memulakan proses pengikatan, hubungan anak dan ibu. Sebaik saja anak anda dilahirkan, bercakaplah dengan dia semasa anda menukar lampinnya, memberi dia makan dan menukarkan bajunya. Dia akan memberi reaksi jika dia tahu yang kata-kata anda itu ditujukan kepadanya, jadi lihatlah mukanya semasa anda bercakap.

Bercakap dengan kanak-kanak akan membuatkan mereka komunikator yang baik, dan ini akan membantu mereka belajar dengan baik di sekolah dan mempunyai hidup yang bahagia dan memuaskan.

Jangan bimbang, anda boleh bercakap dengan percakapan yang biasa dan tidak semestinya sesuatu yang bernas. Memadailah bagi anda menceritakan apa yang anda sedang lakukan dan apa bayi anda sedang lakukan. Sebagai contoh, "Ibu sedang menuangkan air suam ke dalam besen mandi supaya kamu menjadi cantik dan bersih." Jangan cuba mengelakkan daripada mengguna tutur bayi semasa bayi anda masih muda. "Pertuturan bayi",  digunakan di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa bayi muda sebenarnya lebih suka percakapan ini yang bernada tinggi dan perlahan digunakan oleh ibubapa apabila berkomunikasi dengan bayi mereka.

4. Membaca kepada bayi anda


Membaca secara kuat adalah antara perkara penting yang anda boleh lakukan untuk membina himpunan perkataan yang dimilikinya, merangsang imaginasi dan meningkatkan kemahiran bahasanya. Ia juga memberi kesempatan bagi anda memeluknya dan berinteraksi sosial. Cerita sebelum tidur adalah cara baik bagi memulakan rutin waktu tidur bagi bayi anda, dan sememangnya kanak-kanak sudah dapat menikmati cerita mudah dari buku diperbuat kertas keras seawal usia enam bulan.

5. Merangsang derianya

Untuk bayi anda belajar tentang manusia, tempat-tempat dan perkara-perkara tertentu, dia perlu didedahkan kepadanya. Setiap interaksi baru memberi dia informasi tentang dunia ini dan tempatnya di dalamnya.

Kanak-kanak boleh menjadi terlalu terangsang; Apabila dia berminat untuk bermain, sediakan beberapa mainan dan objek-objek lain. Pilihlah benda-benda yang mempunyai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat yang berlainan. Belajarlah tentang kesan muzik atas perkembangan anak anda pada usia-usia tertentu, dan nyanyikan lirik dodoi-dodoi yang digemari. Main mainan interaktif seperti mainan tepuk tangan.. tepuk amai-amai, cubit-cubit semut. Boleh bawa anak anda pergi berjalan-jalan dan membeli-belah bersama-sama, dan beri peluang untuk bayi anda menemui orang-orang baru. Aktiviti-aktiviti harian yang paling mudahpun akan merangsang perkembangan otak bayi anda. 

6. Berilah anak anda ruang untuk bebas bergerak.

Untuk membina otot-otot kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, dia memerlukan banyak rang untuk merangkak, menjelajah, dan akhirnya berjalan. Dia juga akan mendapat faedah jika disediakan tempat-tempat selamat di mana dia boleh meneroka persekitarannya dengan tidak ditegur "Jangan" atau "Jangan sentuh". Cara paling senang untuk melakukan ini ialah dengan membuatkan rumah anda selamat untuk bayi seberapa yang boleh. Jauhilah objek bahaya daripada capaian bayi anda dan pastikan yang selamat itu boleh dicapai olehnya. Contohnya, di dapur, pasangkan kunci selamat bayi pada semua kabinet kecuali satu. Penuhkan yang itu dengan mangkuk-mangkuk plastik, cawan sukat, sudu kayu dan periuk belanga yang bayi anda boleh bermain dengan selamat.

7. Dedahkan kepada cabaran-cabaran baru

Elakkan daripada mengecewakan anak anda dengan mainan dan aktiviti yang terlalu sukar bagi dia memahami. Walau bagaimanapun, sedikit cabaran adalah baik untuk kemajuan diri. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak difahami oleh bayi dengan senang, dia akan terpaksa mencari jalan baru untuk menyelesaikannya. Menyelesaikan masalah cara ini adalah caranya untuk meningkatkan kepintaran otak. Jika dia cuba membuka kotak, misalnya, bersabarlah dan jangan cuba menolong dia. Biar dia mencubanya dahulu. Jika dia masih bergelut-gelut, tunjukkan dia bagaimana ia dilakukan, kemudian, berikan kembali kotak tertutup kepadanya supaya dia boleh mencuba dengan sendiri.

8. Jagalah diri anda

Sekiranya anda dalam situasi murung atau terganggu, anda akan mendapati sukar untuk bertindak secara pantas dan sensitif terhadap keperluan bayi anda. Kemurungan akan memberi kesan terhadap kebolehan anda untuk berinteraksi dengan bayi anda dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang atas perlakuan dan pembelajaran bayi anda, Jika anda bergelut dengan kemurungan posnatum, dapatkan pertolongan. Beritahu doktor anda bila-bila masa anda merasakan yang anda mungkin mengalami kemurungan.

Jika anda merasa tersangat letih, carilah jalan untuk membahagikan tanggungjawab rumahtangga dan keibubapaan dengan suami anda. Jika anda ibu tunggal, kelilingilah diri anda dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan dan sokongan. Dan jangan lupa untuk melayan diri anda secara istimewa sekali sekala. Menjadi ibubapa - terutama sekali ibubapa yang betul-betul terlibat dan aktif - amat meletihkan, dan anda perlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda.

9. Carilah pengasuh bayi yang baik

Cara asuhan bayi yang berkualiti tinggi amat penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Sudah tentu kita inginkan seorang yang boleh melakukan kesemua yang disebut di atas apabila anda tiada bersama bayi anda terutama semasa kita bekerja. 
Samada orang yang menjaga anak anda itu seorang pengasuh bayi, saudara atau pengasuh di taman asuhan, anda perlu pastikan dia adalah orang berpengalaman, penyayang, mempunyai reputasi yang baik, dan betul-betul sukakan kanak-kanak dan mempunyai cukup tenaga untuk membantu anak anda berkembang.

Sekiranya anda berminat nak dapatkan supplement untuk penyusuan bayi, boleh hubungi saya :



Saya Pengedar Shaklee yang Sah :

SMS/WhatsApp/Call : 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh Add  Facebook ini (klik)  Vitashop Wanie  untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan


sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...