Friday, 31 October 2014

KULIT CANTIK DENGAN SET SKINCARE SHAKLEE

Assalamualaikum wbt buat semua pengunjung blog MommyAfnan. Hari ini nak berkongsi info tentnag Set SkinCare Shaklee yang dikenali juga dengan Set D.

Cantik? sapa tak nak cantik kan?  Memang impian setiap wanita ingin memiliki wajah cantik berseri, licin dan gebu gitu.. Kecantikan memang sinonim dengan wanita.Setiap hari wanita didedahkan dengan persekitaran yang berkaitan keindahan dan kecantikan.Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk sahaja untuk diri sendiri malah untuk suami kita juga kan? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun jadi tak berminat dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.


Oleh itu, amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kulit dari dalam kerana setiap apa yang dilihat selalunya bermula dari dalaman. Secara amnya, keadaan persekitaran adalah penyebab utama kepada kerosakan kulit selain daripada faktor umur, pemakanan, dan juga alahan sehingga menyebabkan kulit mempunyai pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan kering, pigmentasi dan banyak lagi. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang merungsingkan dan menjejaskan keyakinan diri.

 Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.





Set Skincare yang dapat membantu penjagaan kecantikan secara semulajadi. Ramai di antara kita yang ingin mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa mahu berbelanja mahalkan?? Set D Shaklee adalah penyelesaiannya.

Keistimewaan Set Skincare Shaklee

Set D Shaklee ini mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Jom kita baca apa peranan utama vitamin-vitamin ini

Vitamin C

✔Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
✔Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).
✔Mencerahkan kulit

Vitamin E

✔Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
✔Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
✔Membantu memudarkan parut
✔Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
✔Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
✔Menjaga kelembapan kulit
✔Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

B Complex

✔membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
✔membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
✔Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku
✔Sebagai pelembap dan mencegah pigmentasi

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

✳Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
✳Mencegah penuaan
✳Menjadikan kulit lebih kenyal
✳Mencerahkan kulit
✳Menjaga kulit dari sinaran UV
✳Mengurangkan parut jerawat
✳Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
✳Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
✳Menjadikan wajah lebih berseri

Jika anda berminat dengan Set Skincare.. boleh hubungi saya :

Harga ISTIMEWA menanti anda dan konsultasi PERCUMA utk setiap pelanggan saya.

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691

Boleh link ke Facebook saya Vitashop Wanie dan

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan


Apa kata mereka setelah mengamalkan Set D Shaklee ini :









































Thursday, 30 October 2014

KENAPA GET CLEAN® WATER PITCHER SHAKLEE ADALAH TERBAIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Tentu ramai yang tidak tahu bahawa Shaklee bukan sahaja menyediakan produk supplement semata-mata malah Penapis Air pun ada iaitu GET CLEAN® WATER PITCHER

Jom kita kenal lebih dekat lagi dengan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.


Cuba kita bayangkan air yang diminum setiap hari mengandungi bendasing halus, berbau dan masih ada klorin masuk ke esofagus setiap kali kita minum. Segala macam bendasing itu akan masuk ke tubuh kita. Siapakah yang akan tapis atau filter benda asing tu? Dah tentulah buah pinggang kita kan? Itu baru sehari. Kalau hari-hari, bertahun, berpuluh tahun mcm mana? Cuba kita bayangkan.  Adakah buah pinggang kita dapat menampung beban ini? Tentulah buah pinggang kita akan jadi rosak. Sebab itu kita perlu menjaga kebersihan air yang kita minum setiap hari.

Sekarang ini, susah nak dapatkan air saluran paip yang bersih, air yang disalurkan ke rumah kita tu mengandungi lumut,klorin dan paling teruk kalau berbau..tak tergamak nak minumkan walaupun telah di masak, kerana suhu air mendidih pun tidak dapat menghapuskan pelbagai bendasing dan kotoran dalam air tersebut. kita boleh lihat buktinya apabila air tersebut terkumpul di dasar botol atau jag air yang kita simpan.

jadi untuk mendapatkan air bersih setiap rumah perlu memiliki penapis air, terdapat pelbagai jenis penapis air di pasaran sekarang tapi kenapa kenapa penapis air Get Clean Water Pitcher ini berbeza?




GET CLEAN® WATER PITCHER SHAKLEE BERBEZA KERANA :
-------------------------------------------
*Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.


• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!

• Disahkan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.

• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama


Andai kita membeli air botol plastik tu memang rugi berbanding dengan memiliki  Water Pitcher, sebab dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan METER BIJAK yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


 Kenapa saya memilih Get Clean Water Pitcher ini?

✳ Mudah digunakan tak perlu pemasangan kat sinki

✳Hanya tuangkan sajer air kedalam jag, dan tak perlu tunggu lama air sudah boleh terus diminum

✳Kualiti air yang jernih dan rasa yang sedap...sama seperti penapis air yang mahal dipasaran.

✳Tak Perlu susah payah mencuci filter...kerana setiap 303 liter (80gelen) air hanya perlu tukar filternya sahaja..senang kan..kalau filter lain kena basuh kalau dah nampak kekuningan...malasnya nak cucikan..?

✳Mudah dibawa kemana-mana...balik kampung, jalan-jalan, berkelah dan sebagainya... dijamin seisi keluarga dapat minum air bersih..

✳Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik.

 ✳Menjimatkan kos dan tak perlu dimasak

✳Dan yang penting sekali... HARGA MAMPU MILIK!! kini semua orang boleh memiliki penapis air dengan harga yang sangat murah serta tak perlu pergi ke tempat  yang menyediakan tangki penapis air itu...atau menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata nak memiliki air yang bersih..

✳Berkesan dan Selamat.“Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

✳ MesraAlam kerana memelihara alam sekitar so, tak perlu lagi beli air mineral...mencemarkan alam sekitar dgn botol-botol plastik mineral itu.



Apa kata pengguna Get Clean Water Pitcher ini?




Harga ISTIMEWA menanti anda dan konsultasi PERCUMA utk setiap pelanggan saya.
Hubungi saya :
Add fb ini untuk berhubung terus dengan saya: http://www.facebook.com/wanie.shaklee
SMS/WhatsApp: 0139737229
LIKE fpage saya untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan http://www.facebook.com/MommyAfnan

Wednesday, 29 October 2014

Teringin Nak Anak Perempuan?

Alhamdulilah.. sempena hari lahir saya hari ni 29 Oktober yang ke ...tut, nak rahsia pulak..hehe terasa teruja lak nak kongsi info terbaik!!.. teringin lak nak berkongsi berkenaan petua untuk mendapat anak perempuan. 😍sebab ramai pulak kawan-kawan yang bertanya camna ye nak rancang anak perempuan? anak lelaki pun ada jugak bertanya..

Bagi ibubapa yang dianugerah Allah anak yang jantina sama jumlah tu sukalah kan..macam adik beradik saya..6 orang selang bunga..perempuan lelaki berselang seli seramai 6 orang...alhamdulillah. Mungkin ramai yang tidak kisah jika dapat anak lelaki atau perempuan, namun ada juga sesetengah ibu bapa yang masih tercari-cari tip untuk dapatkan anak perempuan.terutama bagi ibubapa yang  jumlah anak tak balace jantina atau anak semua lelaki teringin jugak nak anak perempuan kan..maklumlah anak perempuan ni seri dalam keluarga..sejuk mata memandang.


Walaubagaimanapun, itu semua ketentuan Allah, Dia sahaja yang menentukan segala apa yang dikehendakiNya, kita manusia hanya perlu berusaha dan berdoa untuk mendapat apa yang tebaik untuk diri kita.

Kalau ada petua apasalah kita berusahakan disamping berdoa dan bertawakal.

Menurut pakar motivasi terkenal Dr Fadzilah Kamsah . Ada beberapa petua yang diberikan oleh beliau, petua yang menarik dan saya pernah juga terbaca petua sebegini dalam artikel Doktor pakar sakitpuan Dr.Hamid Arsyad.

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, kajian menyatakan bahawa lelaki membawa kromosom X & Y manakala wanita hanya mempunyai kromosom X.

XX - akan hasilkan anak perempuan

XY - akan hasilkan anak lelaki

Kromosom X mempunyai jangkahayat yang lebih lama, bergerak lambat, tahan dalam keadaan berasid

Kromosom Y mempunyai jangkahayat yang singkat, bergerak lebih pantas dan lebih kepada keadaan berakali.

S0 dari sini kita faham bahawa jika nak perolehi bayi perempuan.. waktu persetubuhan yang paling baik ialah sebelum penetasan telur isteri. kerana kromosom X akan bertahan lama dan akan bercantum dengan telur sekiranya Y kromosom Y tidak memasukki telur/ovum.

Juga dinasihatkan anda kena makan makanan yang berasid seperti limau, nenas, mangga, cuka. Jangan makan makanan laut.

Jadi sebaliknya untuk dapatkan anak lelaki, jauhkan dari makanan berasid, tetapi lebihkan makanan laut.  dan waktu sesuai untuk persetubuhan ialah sewaktu hari penetasan telur isteri. (boleh diukur dengan mengambil jangkasuhu badan, jika suhu badan tinggi pada pagi itu maknanya anda sedang dalam keadaan subur)
Selain itu, untuk memperolehi zuriat perempuan, mungkin anda boleh guna beberapa petua yang melibatkan menjaga dari segi pemakanan dan tingkah laku sewaktu hamil. Boleh cuba amalkan..

1. Niat dan doa terlebih dahulu untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada sebelum sehari waktu subur isteri iaitu antara hari ke 12 hinggalah hari  19 dari kiraan pertama datangnya haid.
3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.
4. Selepas berasmara isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan olehNya.

Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan

1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan.
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.

Amalan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan

1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggilah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aisyah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.
 
Petua orang-orang tua lak, Bila bersama dengan suami, selepas sahaja waktu ejakulasi, beralihlah badan kita ke kanan (untuk mendapat anak lelaki) atau ke kiri (untuk mendapat anak perempuan). Kenapa begitu sebab atas alasan  Atas alasan  kromosom Y suami lebih terarah bergerak ke kanan ovari isteri dan koromosom X suami lebih terarah ke arah kiri ovari isteri. Wallahuallam..tak tahulah betul ke tak..yang pasti semuanya ketentuan Allah kita hanya perlu hanya berusaha dan berdoa padaNya. Namun petua ini menarik sebab ada isteri yang mengamalkan petua ini  telah berjaya mendapat  anak perempuan dengan kaedah ini. so boleh cuba ye..!


Menurut pembacaan saya ada kisah pengakuan seorang ibu yang telah dibuang ovari sebelah kirinya. Sebelum itu beliau mempunyai 2 orang anak perempuan. Beliau masih boleh mengandung lagi dengan hanya satu ovari iaitu sebelah kanan dan ternyata anak-anak beliau 3 orang selepas itu semuanya lelaki. Betapa Allah nak tunjukkan kuasaNya kan! SubhanAllah!

Ini adalah perkongsian bersama..kita hanya perlu berusaha..semuanya serah pada Allah. Kalau petua ini tidak menjadi jangan salahkan saya lak ye..hehe  Kita bertawakal sahaja yang lain kita serah pada Allah.Walaupun  anak itu lelaki atau perempuan kita terima seadanya dan didiklah anak-anak dengan rasa tanggungjawab pada Allah swt.

Justeru untuk peringatan kita bahawa semuanya adalah  kekuasaan Allah semata-mata.

 Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa  yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul  siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Sekian..Waallahualam..

Tuesday, 28 October 2014

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca. Hari ini saya berminat nak
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang merupakan cecair ajaib dikelurkan oleh Shaklee. Cecair ini adalah dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Kenapa saya suka Basic H?

😊Sebab kebanyakan bahan pencuci serbaguna di pasaran mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan.
😊Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
😊Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.
😊Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.
😊Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan

tapi Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas ataupun bahan-bahan berbahaya yang lain. anda selamat kerana ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda.


Kenali Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

🌟Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
🌟Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa 🌟pembersihan yang hebat dan berkesan
🌟Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
🌟Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
🌟Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
🌟Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
🌟Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
✔Dinding
✔Permukaan dapur, jubin dan lantai
✔Peralatan
✔Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
✔Tingkap dan cermin
✔Perkakas
✔Benda-benda diperbuat daripada kayu
✔Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Perbezaan Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee dengan Pencuci yang lain.
Selamat
Tidak bertoksik
Tanpa gas beracun
Tanpa bahan kimia berbahaya
Tanpa bahan pewangi
Lembut pada tangan
pH seimbang
Tanpa klorin

Berkesan
Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
Biorosot
Tanpa fosfat
Bungkusan yang boleh kitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

1) Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

2) Untuk mencuci periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

3) Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

4) Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

5) Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

6)Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

7) Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

8) Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

9) Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

10) Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

11) Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

12)Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

Jom tengok testimoni pengguna BASIC H,

 Testimoni 1
Semalam sye basuh kolam ikan dengan cecair pencuci basic-H. Amat mudah & senang...serius mmg senang xperlu sental kuat2 utk ilangkan lumut2 tue... lagi 1 xperlu nak keluarkan ikan2 tu coz basic-H ni x bertoksik tau! Tgk ikan2 tu hepi je mandi ngan basic-H... :) Selain dari wat cuci kolam sye juga gunakan basic-H untuk mandikan anak, basuh bilik air, mop lantai, lap cermin, lap sinki & dapur, cuci sayur, cuci ikan...bla2...pendek kate 1001 kegunaan la...sesape belum dapatkan mmg HARUS dapatkan coz dgn harga nya yang amat berpatutan boleh tahan 4-5 bulan...



Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4


Harga ISTIMEWA menanti anda dan konsultasi PERCUMA utk setiap pelanggan saya.
Hubungi saya :
Add fb ini untuk berhubung terus dengan saya: http://www.facebook.com/wanie.shaklee
SMS/WhatsApp: 0139737229
LIKE fpage saya untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan http://www.facebook.com/MommyAfnan



Monday, 27 October 2014

BADAN SIHAT BERTENAGA DENGAN SET BERSALIN SHAKLEE


Apabila due bersalin dah hampir mestilah anda tercari-cari, tanya orang itu ini nak tahu set bersalin yang sesuai dan terbaik untuk anda semasa bersalin nanti. Seperti saya jugalah tanya kawan-kawan terutama yang baru lepas bersalin.

 Disini saya nak memberi panduan Apabila anda memutuskan untuk membeli set bersalin.

kalau boleh pilihlah set bersalin yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :

- Boleh digunakan oleh mereka yang bersalin secara normal mahupun ceaserian (pembedahan)
- Boleh mula diambil seawall sehari selepas bersalin
- Tidak menyebabkan bayi jaundis, cirit birit, kembung perut dan dinaiki ruam
- Membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
-Produk yang boleh membantu lawaskan pembuangan. Sangat penting bagi ibu yang bersalin secara
  czer.Ibu tidak akan masalah sembelit kepada si ibu dan juga bayi. Sangat penting bagi ibu yang
  bersalin secara czer.
- Membantu melancarkan penghasilan susu badan
- Menjadikan si ibu lebih bertenaga walaupun terpaksa berjaga malam menyusu dan menjaga bayi
- Mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin
-  paling penting utama pastikan produk itu halal, selamat digunakan untuk ibu dan anak. 

Ada sesetengah produk yang berasaskan herba ia bersifat panas. Awas, ini boleh menaikkan bacaan jaundise bayi anda.


Penyelesaiannya :
==========
Apa kata anda mencuba set berpantang kombinasi suplement shaklee yang semakin popular dan mendapat sambutan hangat masa kini..

Selamat digunakan jika bayi mengalami jaundice, tidak menganggu pengeluaran susu ibu malah penyusuan semakin mudah dan meriah dan melawaskan pembuangan.

Set bersalin Shaklee memang memenuhi kesemua kriteria yang disebutkan di atas.
dan sudah semestinya  ✔Halal ✔Selamat  ✔Berkesan  ✔Tiada pengawet dan bahan tiruan


Set Bersalin Shaklee terdiri daripada:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
#B-Complex with Folic Acid
#Vitalea (Iron formulated Multi-Vitamin)
#Ostematrix (Calcium)
#Vitamin C
#Energizing Soy Protein (Optional)
#Zinc Complex
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apakah pula fungsi-fungsi setiap vitamin ini?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 B-Complex
✳ Mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik
✳ Mengandungi asid folik bagi mengelakkan anemia (kekurangan set darah merah)
✳Mengurangkan risiko kecacatan janin
✳Mengurangkan risiko kecacatan tiub neural
✳Mengurangkan stress & tekanan
✳Membekalkan tenaga kepada ibu mengandung
✳Mencantikkan kulit

 Vitalea (Iron formulated Multi-Vitamin)

✳Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa
✳Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
✳Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
✳Membantu memulihkan paras hemoglobin bagi ibu hamil

Ostematrix
✳Membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi
✳Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu
    dalam memelihara kesihatan yang baik
✳Mengekalkan tekanan darah normal
Vitamin C


✳Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas   
    bersalin. 
✳ Penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7  biji setengah kita makan buah oren. 
✳Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.


Zinc

✳Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan
   zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan
   harganya yang agak mahal.
✳pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang.
✳Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin,
✳Pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

Jomm..dapatkan dengan harga istimewa bersama jadual pengambilan vitamin & free gift utk pembelian full set ini

JIka anda mempunyai kekangan bajet? Jangan risau kami juga ada menyediakan set bajet utk anda.


Harga ISTIMEWA menanti anda dan konsultasi PERCUMA utk setiap pelanggan saya.

Hubungi saya Mommy Afnan untuk harga Terbaik untuk anda..!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui poslaju.



Jom baca testimonial para-para ibu yang telah mencuba set bersalin Shaklee ini,

Testimoni Set Bersalin





Sunday, 26 October 2014

ULSER MULUT ~ CARA RAWATAN & PENCEGAHAN


Ulser..dulu saya selalu sangat kena ulser..aduss..pedih betui..kalau kena ulser mulut memang stress sebab buka setakat nak makan sakit.nak bercakap..nak ketawa pun sakit..rela berkumur dengan air garam sebab tak tahan sakit..letak bonjela..tapi lepas sembuh, naik pulak..kata orang sebab keturunan?..masa tu saya fikir betulah kot sebab mak saya pun selalu gak kena ulser mulut.

Ulser mulut ialah luka yang terjadi di dalam kawasan lembut pada mulut. Salah satu ulser tersebut dikenali sebagai ulser afta iaitu luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, ada gak macam warna nanah kot. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Kesakitan ulser mulut ni akan hilang dalam 3-4 hari dan akan sembuh sepenuhnya apabila 7 hingga 14 hari. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi. Semestinya menyakitkan huhuhu..kadangkala malas nak bercakapkan..

Kenapakah ulser mulut boleh terjadi?

 punca-puncanya :-

 ✅Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
 ✅kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah
 ✅Sistem imun badan yang abnormal dan lemah; menyerang bahagian dalam mulut
 ✅ Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
 ✅Tubuh kekurangan asid folik dan vitamin B12. (yang ni setuju sangat)
 ✅Sistem imuniti badan yang lemah
 ✅Mengalami alahan
 ✅ Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
 ✅Sebab-sebab lain yang tidak diketahui.


Saya memang setuju sangat bahawa ulser adalah berpunca kerana kekurangan vitamin B dan Lysine dalam tubuh..sebab dulu saya selalu sangat kena ulser tetapi sejak saya mengamalkan pengambilan supplement shaklee..Alhamdulillah saya kini memang bebas terus daripada ulser terutama ulser mulut, jadi kata orang ulser terjadi sebab faktor keturunan rasanya memang kurang tepat.


Bagaimana pula nak merawat ulser di mulut apabila terjadi?

✔Makan makanan lembut dan elakkan makan makanan panas dan pedas.

✔Banyakkan minum air masak

Saturday, 25 October 2014

ATASI MASALAH CYST DENGAN GLA COMPLEX

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini saya berminat nak berkongsi info berkenaaan dengan masalah yang sinonim dengan wanita iaitu Cyst.


Apakah Cyst?
Cyst ialah sejenis tumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput. Ia dipanggil cyst sebab tumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia bolih disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll.

Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’ dan ia biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid. maksudnya sewaktu usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid. Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan. Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.

Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.

Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita. Namun jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya.
Selain itu, ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita.

Sebenarnya ramai yang keliru tentang jenis-jenis cyst dalam kilang ovari, yang mana satu yang merbahaya?
Sebenarnya menurut pakar sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.
Cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya. Cyst dikenali dengan nama malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst)

Cyst pada kilang telur wanita, dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku pada wanita.

 Jenis-jenis Cyst

 1. Follicular cyst . mengandungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.



2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.



 3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.



4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.


 5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.





 6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah


Simptom Yang Biasa Berlaku

Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu.Namun ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom.
Simptom yang biasanya ialah akan berasa sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari 
Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal, kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.

Selain itu, simptom seperti tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.

Mengenalpasti Cyst

Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini.
Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.
Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.

Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.

Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.

Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan.Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid.

Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu.

Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.

Bahkata pepatah..ada penyakit ada penawarnya, Allah tidak jadikan sesuatu penyakit tanpa ada ubatnya..Alhamdulillah sudah ramai pengguna Shaklee berpuashati dengan GLA Complex kerana dapat mengatasi masalah Cyst.

Kita tengok apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ini?

✔Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
✔Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
✔Membantu dalam menangani menopus
✔Menguatkan kuku dan rambut
✔Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
✔Membantu menangai ekzema
✔Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
✔Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
✔Menguatkan imuniti tubuh
✔Memperlahankan proses penuaan
✔Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
✔Mengawal kencing manis dan darah tinggi
✔Mengawal kolesterol
✔Untuk fungsi saraf

Hubungi saya untuk dapatkan dengan Harga Istimewa :

SMS/WhatsApp/Call : 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh Add  Facebook ini (klik)  Vitashop Wanie  untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan


sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Jom lihat pengakuan customer Gla Complex yang menghadapi masalah Cyst.

Testimoni 1
Alhamdulillah..dengan pengambilan Gla Pn Siti Umaira yg dulu mempunyai Cysts yg  sebesar 9.7cm makin mengecil kmdian terus hilang..akhirnya berjaya hamil sperti yg diimpikan..!



Testimoni 2



Testimoni 3

Testimoni 4




Thursday, 23 October 2014

TIPS MEMASTIKAN ANAK BERKEMBANG MAJU


Assalamualaikum buat ibu-ibu di luar sana. hari ini saya ingin berkongsi tips berguna untuk ibu-ibu memastikan anak membesar dengan sihat dan cerdik. Setiap ibu memang inginkan anaknya berkembang dengan sihat dan secara yang mengujakan kalau boleh lebih maju daripada bayi yang sebaya dengannya. Sebenarnya anda tidak perlu menjadi pakar dalam perkembangan bayi untuk memberikan bayi anda satu permulaan hidup yang terbaik baginya. Kasih sayang, perhatian dan penjagaan asas adalah perkara-perkara utama yang perlu dan diinginkan oleh bayi anda. Untuk membantu bayi anda mencapai potensinya secara penuh, ikutilah langkah-langkah yang mudah ini.

1. Tunjukkan kasih sayang anda

Semua kanak-kanak perlukan kasih sayang, begitulah anak-anak kita. Penjagaan dan sokongan ibubapa membuatkan anak rasa selamat dan memberi dorongan yang baik untuk anak menerokai dunia.  Kasih sayang, perhatian dan kemanjaan semasa tahun-tahun pertama kehidupan boleh mendatangkan impak atas pertumbuhan fizikal, mental dan emosi bayi anda secara langsung dan boleh diukur.

Tentu ramai yang tahu macamana nak tunjukkan kasih sayang pada anak-anak kan...selalulah peluk, sentuh, senyum padanya, dan juga beri galakan serta  perhatian kepada apa yang dia perkatakan dan mainlah dengan si kecil anda seberapa kerap yang mungkin. Anda tidak akan memanjakannya jika anda terus memberi perhatian apabila dia menangis, terutama sekali di sekitar usia enam bulan pertama. Sebenarnya,Menurut pakar kanak-kanak memberi respon kepada bayi anda apabila dia terganggu atau pun masa dia gembira banyak membantu anak-anak membina kepercayaan dan ikatan emosi yang kuat. Satu kajian berpendapat bahawa jika anda memberi respon yang cepat kepada tangisan bayi anda dalam bulan-bulan pertama dia tidak akan menangis sangat apabila dia lebih besar. betulkan, semasa saya tinggal di taman perumahan, saya selalu mendengar anak jiran saya menangis, asyik menangis, boleh dikatakan tiap2 hari dan jangka masa agak lama..mungkin sebab si ibu dan bapa selalu tidak mengendahkan tangisan anaknya itulah menyebabkan dia sering menangis.

2. Menjaga keperluan asas bayi

Bayi kita memerlukan kesihatan dan tenaga untuk belajar dan membesar, dan anda boleh membantu dengan menyediakan keperluan asasnya. Bawa dia ke klinik bayi untuk memeriksa berat badannya secara kerap dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda jika anda mempunyai sebarang keraguan atau masalah. Jangan lupa menyimpan rekod imunisasi atau pemvaksinan dalam keadaan kemaskini.

✔Tidur

Tidur amat penting untuk tumbesaran anak, jadi bantulah dia untuk mendapat tidur yang banyak. Semasa tidur REM (gerak mata cepat) sel-sel otak bayi anda giat membuat hubungan-hubungan penting. Sinaps-sinaps, namanya, ini adalah laluan-laluan yang membolehkan semua pembelajaran, pergerakan dan pemikiran. Ianya adalah kunci kepada pemahaman bayi anda tentang segala yang dia nampak, dengar, rasa, sentuh, dan bau semasa dia menerokai dunia. bayi anda memerlukan masa tidur dalam 10 hingga 12 jam sehari.

✔Pemakanan
Susu ibu  akan menyediakan semua nutrien yang diperlukan bayi anda bagi enam bulan pertama, dan akan menjadi bahagian penting dietnya sehingga usia satu tahun. Menyusu badan adalah paling baik untuk bayi antara faedahnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai kadar rendah bagi: alergi-alergi seperti asma and ekzema;cirit-birit;
masalah respiratori, infeksi telinga.
Jika anda tidak dapat memenuhi penyusuan untuk bayi anda cubalah dapatkan supplement yang bersesuaian umpama supplement Shaklee yang boleh membekalkan nutrisi yang sesuai untuk ibu seterusnya dapat memperbanyakan susu ibu serta boleh dapatkan nasihat mereka yang arif tentang kaedah penyusuan secara ekslusif.

Klik untuk Info SET MENYUSU SHAKLEE

Klik untuk SET BERSALIN SHAKLEE

Namun sekiranya,masih tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi anda, memberi anak dengan susu formula pun anak anda akan dapat berkembang maju walaupun susu formula tidak boleh menyamai kesemua ciri-ciri unik susu ibu, Anda juga disarankan memberikan nutrisi yang lengkap pada si bayi anda seperti Mealshakes, Omegaguard dan Chewable Vitamin C.
dan sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang pola tidur atau pemakanan bayi anda, bercakaplah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.

✔Penjagaan harian
Menguruskan tugas-tugas harian bayi ini yang menguji kesabaran kan terutama jika kita ibu yang bekerjaya tapi sebagai ibu anda perlu memberi perhatian kepada keselesaan fizikal bayi anda contohnya segera menukar lampin jika basah. Jika dia terlalu panas atau lampinnya basah, bertindaklah dengan menanggalkan satu lapis bajunya atau menukar lampinnya. Perkara-perkara asas  begini amat penting supaya anak boleh menjalani cabaran hariannya dengan baik.

3. Bercakap dengan bayi anda

Cara paling baik untuk merangsang otak bayi anda ialah dengan berbual dengannya. Anda boleh mulakan ini semasa anda hami - ianya cara yang baik bagi memulakan proses pengikatan, hubungan anak dan ibu. Sebaik saja anak anda dilahirkan, bercakaplah dengan dia semasa anda menukar lampinnya, memberi dia makan dan menukarkan bajunya. Dia akan memberi reaksi jika dia tahu yang kata-kata anda itu ditujukan kepadanya, jadi lihatlah mukanya semasa anda bercakap.

Bercakap dengan kanak-kanak akan membuatkan mereka komunikator yang baik, dan ini akan membantu mereka belajar dengan baik di sekolah dan mempunyai hidup yang bahagia dan memuaskan.

Jangan bimbang, anda boleh bercakap dengan percakapan yang biasa dan tidak semestinya sesuatu yang bernas. Memadailah bagi anda menceritakan apa yang anda sedang lakukan dan apa bayi anda sedang lakukan. Sebagai contoh, "Ibu sedang menuangkan air suam ke dalam besen mandi supaya kamu menjadi cantik dan bersih." Jangan cuba mengelakkan daripada mengguna tutur bayi semasa bayi anda masih muda. "Pertuturan bayi",  digunakan di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa bayi muda sebenarnya lebih suka percakapan ini yang bernada tinggi dan perlahan digunakan oleh ibubapa apabila berkomunikasi dengan bayi mereka.

4. Membaca kepada bayi anda


Membaca secara kuat adalah antara perkara penting yang anda boleh lakukan untuk membina himpunan perkataan yang dimilikinya, merangsang imaginasi dan meningkatkan kemahiran bahasanya. Ia juga memberi kesempatan bagi anda memeluknya dan berinteraksi sosial. Cerita sebelum tidur adalah cara baik bagi memulakan rutin waktu tidur bagi bayi anda, dan sememangnya kanak-kanak sudah dapat menikmati cerita mudah dari buku diperbuat kertas keras seawal usia enam bulan.

5. Merangsang derianya

Untuk bayi anda belajar tentang manusia, tempat-tempat dan perkara-perkara tertentu, dia perlu didedahkan kepadanya. Setiap interaksi baru memberi dia informasi tentang dunia ini dan tempatnya di dalamnya.

Kanak-kanak boleh menjadi terlalu terangsang; Apabila dia berminat untuk bermain, sediakan beberapa mainan dan objek-objek lain. Pilihlah benda-benda yang mempunyai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat yang berlainan. Belajarlah tentang kesan muzik atas perkembangan anak anda pada usia-usia tertentu, dan nyanyikan lirik dodoi-dodoi yang digemari. Main mainan interaktif seperti mainan tepuk tangan.. tepuk amai-amai, cubit-cubit semut. Boleh bawa anak anda pergi berjalan-jalan dan membeli-belah bersama-sama, dan beri peluang untuk bayi anda menemui orang-orang baru. Aktiviti-aktiviti harian yang paling mudahpun akan merangsang perkembangan otak bayi anda. 

6. Berilah anak anda ruang untuk bebas bergerak.

Untuk membina otot-otot kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, dia memerlukan banyak rang untuk merangkak, menjelajah, dan akhirnya berjalan. Dia juga akan mendapat faedah jika disediakan tempat-tempat selamat di mana dia boleh meneroka persekitarannya dengan tidak ditegur "Jangan" atau "Jangan sentuh". Cara paling senang untuk melakukan ini ialah dengan membuatkan rumah anda selamat untuk bayi seberapa yang boleh. Jauhilah objek bahaya daripada capaian bayi anda dan pastikan yang selamat itu boleh dicapai olehnya. Contohnya, di dapur, pasangkan kunci selamat bayi pada semua kabinet kecuali satu. Penuhkan yang itu dengan mangkuk-mangkuk plastik, cawan sukat, sudu kayu dan periuk belanga yang bayi anda boleh bermain dengan selamat.

7. Dedahkan kepada cabaran-cabaran baru

Elakkan daripada mengecewakan anak anda dengan mainan dan aktiviti yang terlalu sukar bagi dia memahami. Walau bagaimanapun, sedikit cabaran adalah baik untuk kemajuan diri. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak difahami oleh bayi dengan senang, dia akan terpaksa mencari jalan baru untuk menyelesaikannya. Menyelesaikan masalah cara ini adalah caranya untuk meningkatkan kepintaran otak. Jika dia cuba membuka kotak, misalnya, bersabarlah dan jangan cuba menolong dia. Biar dia mencubanya dahulu. Jika dia masih bergelut-gelut, tunjukkan dia bagaimana ia dilakukan, kemudian, berikan kembali kotak tertutup kepadanya supaya dia boleh mencuba dengan sendiri.

8. Jagalah diri anda

Sekiranya anda dalam situasi murung atau terganggu, anda akan mendapati sukar untuk bertindak secara pantas dan sensitif terhadap keperluan bayi anda. Kemurungan akan memberi kesan terhadap kebolehan anda untuk berinteraksi dengan bayi anda dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang atas perlakuan dan pembelajaran bayi anda, Jika anda bergelut dengan kemurungan posnatum, dapatkan pertolongan. Beritahu doktor anda bila-bila masa anda merasakan yang anda mungkin mengalami kemurungan.

Jika anda merasa tersangat letih, carilah jalan untuk membahagikan tanggungjawab rumahtangga dan keibubapaan dengan suami anda. Jika anda ibu tunggal, kelilingilah diri anda dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan dan sokongan. Dan jangan lupa untuk melayan diri anda secara istimewa sekali sekala. Menjadi ibubapa - terutama sekali ibubapa yang betul-betul terlibat dan aktif - amat meletihkan, dan anda perlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda.

9. Carilah pengasuh bayi yang baik

Cara asuhan bayi yang berkualiti tinggi amat penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Sudah tentu kita inginkan seorang yang boleh melakukan kesemua yang disebut di atas apabila anda tiada bersama bayi anda terutama semasa kita bekerja. 
Samada orang yang menjaga anak anda itu seorang pengasuh bayi, saudara atau pengasuh di taman asuhan, anda perlu pastikan dia adalah orang berpengalaman, penyayang, mempunyai reputasi yang baik, dan betul-betul sukakan kanak-kanak dan mempunyai cukup tenaga untuk membantu anak anda berkembang.

Sekiranya anda berminat nak dapatkan supplement untuk penyusuan bayi, boleh hubungi saya :



Saya Pengedar Shaklee yang Sah :

SMS/WhatsApp/Call : 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691


Boleh Add  Facebook ini (klik)  Vitashop Wanie  untuk menghubungi saya secara terus.

LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan


sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...