Assalamualaikum warahmatullahiwabarahatuh...Alhamdulillah hari ke 29 Cabaran Penulisan Blog saya..pengisian kali ini tentang Penyakit Kuning @ Jaundis pada bayi.
Kebanyakkan ibu yang baru melahirkan anak pasti risau
apabila bayi mereka mengalami demam kuning atau jaundis. Lebih-lebih lagi jika
terpaksa berulang-alik ke hospital atau klinik untuk menjalani ujian darah ke
atas bayi. Apa yang lebih teruk lagi apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan
di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi. Alhamdulillah saya tidak
mengalami situasi sebegini kerana ketiga2 anak saya tidak menghadapi masalah
Jaundis semasa bayi.Tapi melihat dan mendengar cerita kawan2 yang mengalaminya
memang kasihan kan…
Apa Itu Jaundis?
Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa
terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi
matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Menurut Pakar Kardiologi
Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Nor, jaundis atau demam
kuning di kalangan bayi adalah perkara normal. “Jaundis merujuk kepada bayi
yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna
kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka,
dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar
kekuningan,” katanya.
Jaundis pada bayi terjadi
disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan
kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning. Kuantiti bilirubin yang sedikit
didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia
terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.
Ibu-ibu tidak perlu risau
sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini
adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi. Namun penyakit demam kuning ini
perlu di beri perhatian/ rawatan kerana komplikasinya akan menimbulkan kesan
yang buruk pada bayi anda. Ibu bapa
perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam
tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau
bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak
sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi.
Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi
lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak. Sekiranya
jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih
teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus), dan boleh memberikan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,
Rawatan Jaundis
Sekiranya bayi anda kelihatan kuning, bawalah bayi anda
untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras
bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah,
doktor kanak-kanak anda akan menilai samada rawatan susulan di perlukan.
Rawatan yang biasa di lakukan untuk bayi jaundis adalah
rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukarkan
bilirubin tak berkonjugat kepada lstruktur yang lebih senang dikumuhkan dan
disingkirkan melalui najis. Di mana ia senang di kumuhkan di hati dan
disingkirkan melalui najis. Bayi akan didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa
pakaian dan mata bayi akan di tutup dengan penutup mata khas. Rawatan ini akan
dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat.
Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi
pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak
melambung semula.
Punca- Punca Jaundis :
✔Jaundis
lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan
berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin
dengan cepat. Hati dan Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka
sakit dan tidak disusukan.
✔Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah. Sel darah
merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat.
✔Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu
faktor rhesus atau ABO.
✔Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)
✔Berlaku komplikasi
semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum. Kerana akan
meninggalkan kesan lebam pada badan bayi dan menyebabkan banyak sel darah merah
rosak dan perlu diganti.
✔Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.
✔Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti
hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat
tradisional tertentu.Dengan kata lain kandungan susu ibu yang luar biasa di
mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh
merencatkan pemprosesan bilirubin.
✔ Darah ibu
dan bayi tidak sesuai.
✔ Ibu
menghidap kencing manis.
✔Penggunaan
oxytocin ketika proses kelahiran.
Petua Hilangkan
demam kuning
1) Berikan susu ibu dengan kerap.
Kebiasaannya, masalah demam kuning yang tinggi selalu
terjadi pada anak pertama. Punca utama adalah kurang penyusuan ibu Apa yang paling
penting sekali, jangan berikan bayi minum air lain selain susu ibu kerana susu
ibu banyak khasiatnya, bayi tidak dapat menyusu dengan kerap.
Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu
sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan
pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh
menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam
sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,
Bagi
menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan
makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak
serta berkualiti. Anda boleh mengamalkan pengambilan Set Penyusuan Shaklee untuk memastikan susu mencukupi dan berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan
menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot.
Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna. Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,
2) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu
setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang
terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik
keadaannya.
3) Minum susu kambing: Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus.
3) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau
ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan
kepada yang tidak punya masalah)
4) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari
pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih,
paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan
mengelakkan sawan)
5) Jemur bayi
di bawah matahari: Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari
dapat menghilangkan kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya
dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10
hingga 15 minit saja. Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan
menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan
pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital
saja memberi kesan positif pada bayi.
6) Makan jamu
dan halia: Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan
menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin
apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan
bilirubin meningkat.Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja.
7) Memberi
air glukos pada bayi: Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi
bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya
kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat
dikeluarkan melalui najis.
Walau apa pun cara atau petua untuk hilang demam kuning ini, susu ibu adalah yang terbaik.
Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat untuk semua.
Sumber : Facebook, Harian Metro