Monday, 24 June 2013

10 TIPS KURANGKAN MORNING SICKNESS



1. BANYAKKAN BEREHAT
Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami stress. Gunakan maternity body pillow untuk mengampu punggung dan perut untuk memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa.

2. MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP
Rasa mual akan bertambah sekiranya anda membiarkan perut anda kosong.

3. KURANGKAN WAKTU ANDA BERADA DI HADAPAN KOMPUTER
Kurangkan waktu anda duduk di hadapan komputer. Ini kerana paparan monitor yang berkelap-kelip berkaitan dengan morning sickness anda.



4. LAKUKAN BEBERAPA PERGERAKAN TUBUH
Jangan habiskan masa anda dengan hanya berbaring. Ia akan hanya menjadikan badan anda terasa lesu.

5. JUS MINUMAN
Untuk mengelakkan rasa mual, anda digalakkan mengambil jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.

6. BUAH-BUAHAN
Makanlah buah epal. Buah ini juga boleh menghilangkan rasa mual anda.

7. PISANG DAN KENTANG
Makan pisang dan kentang panggang sebagai sarapan pagi dapat membantu mencegah morning sickness kerana ia mempunyai potasium dalam kandungannya.

8. PAKAIAN
Baju yang ketat terutama di bahagian pinggang boleh meningkatkan lagi rasa mual. Jadi, pakailah pakaian mengandung yang selesa dan tidak ketat.

9. VITAMIN
Ambil vitamin untuk kanak-kanak sebagai pengganti vitamin prenatal biasanya. Anda juga digalakkan mengambil sandwich kacang dengan madu atau bijian dengan susu sejuk. Lebih elok mengambil vitamin semulajadi bagi mengantikan kekurangan nutrisi dalam badan anda.
Lebih info tentang SET HAMIL yang di syorkan untuk ibu hamil.

10. AKTIVITI HARIAN
Selain itu cubalah melalui morning sickness anda dengan aktiviti yang boleh membuat anda lebih relaks. Contohnya seperti menonton TV, bermain puzzle atau membaca buku. Bagi mereka yang beragama Islam amat digalakkan membaca Al-Quran.

Semoga anda dapat merasai saat2 mengandung dengan penuh kegembiraan dan antara saat terindah dalam hidup anda.

Pertanyaan & Order Set Mengandung :
*fpage:  http://www.facebook.com/MommyAfnan
*SMS | WhatsApp 012-9375272/ 0139737229
*Live chat di http://www.facebook.com/wanie.shaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...