Friday, 26 April 2013

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI





Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

Cara : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Thursday, 25 April 2013

TAHAN NAFAS SEMASA BERSALIN

Salam hari ini saya nak kongsi artikel tentang proses bersalin.

Apabila anda berada dalam keadaan tertekan, pernafasan akan terganggu. Lalu, menjejaskan kelancaran proses pelahiran. Info daripada Dr. Siti Esah Bahari, doktor pakar perbidanan dan sakit puan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.
Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.
Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.
Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.

Pembedahan? Bolehkah ibu berurut?



  1. Aturcara urutan untuk ibu bersalin secara pembedahan.
    ----------------------------------------------------------------------
    Urutan perlu dimulakan selepas 120jam. Ada ibu2 yang khuatir sepanjang tempoh 7 hari tidak berurut ini, badan merek...a akan masuk angin.

    Sebab itu digalakkan ibu2 menjaga diri dari kemasukan angin dengan melakukan aktiviti tuaman seluruh badan...setiap pagi sebelum mandi dan sebelum masuk waktu maghrib. Mereka perlu memakai param yang berfungsi memanaskan badan. Pakailah stokin dan baju yang menutupi seluruh badan.Tidak terlalu terdedah kepada kipas dan aircond.

    Dalam ertikata lain,ibu-ibu perlu sentiasa berpeluh dan mengamalkan pemakanan yang sihat sementara menunggu tukang urut datang.

    Sebab utama mengapa tidak digalakkan ibu-ibu bersalin secara pembedahan diurut terlalu awal ialah:

MENJAGA TALI PUSAT BAYI




Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa.

Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya.
... Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan?

Tali pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa.

MUDAH HAMIL DENGAN GLA?


Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.


Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.
Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada "peluang" sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’  ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur
Puan2 yang mahukan tips cepat hamill dengan GLA Complex boleh hubungi saya… Tips & bantuan cepat hamil percuma untuk setiap pembelian GLA dari Mommy Afnan. Hubungi saya sekarang untuk pesanan!
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda.

Pertanyaan & Order ;

Sekiranya berminat dapatkan GLA @SET KESUBURAN SHAKLEE @ mana2 produk shaklee bolehla hubungi saya : 

kerana Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)


 ---------------------------------------------------

Cuba kita lihat apakata pengguna produk ini..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...