Wednesday, 30 May 2012

KEISTIMEWAAN GLA


Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ini?
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh

Monday, 28 May 2012

DOA UNTUK MENAMBAHKAN SUSU


Disamping kita berusaha mengamalkan supplement yg sesuai bg memastikan tubuh ibu sihat seterusnya  merangsangkan penghasilan susu yang banyak...kita juga perlu bertawakkal dan berdoa...Amalkan doa ini...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku




AMIN

*Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar


Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum




Surah Yasin ayat 72-73


Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

INSYAALLAH....

URUTAN PAYUDARA MELANCARKAN PENGALIRAN SUSU

Sesudah melahirkan, payudara perlu dirawat dengan cara diurut. Tindakan ini bagi memelihara kebersihan payudara, melancarkan keluarnya ASI, dan juga mencegah bendungan pada payudara.

Langkah-langkah Pengurutan
  •     Tuangkan minyak secukupnya.
  •     Friction : sokong payudara kiri dengan tangan kiri, payudara kanan dengan tangan kanan. Dua pertiga jari pada tangan yang berlawanan membuat gerakan memutar sambil menekan dari pangkal payudara dan berakhir pada puting susu. Lakukan 2 kali gerakan pada setiap payudara.
  •     Masase: tempatkan kedua telapak tangan diantara kedua payudara. Urutlah payudara dari tengah ke atas sambil mengangkat kedua payudara, dan lepaskan kedua payudara perlahan-lahan.
  •     Sokong payudara dengan satu tangan, sedang tangan lain mengurut payudara dengan sisi keliling dari arah tepi ke arah puting susu. Lakukan sebanyak 30 kali.
    Pengompresan Alat-alat yang disiapkan:
    2 buah kom sedang yang masing-masing diisi dengan air hangat dan dingin
    2 buah waslap
Caranya: Kompres kedua payudara dengan waslap panas selama 2 minit, kemudian ganti dengan kompres dingin selama 1 minit. Kompres berganti 3 kali berturut-turut dan akhiri dengan kompres panas.

Sunday, 13 May 2012

9 CARA MUDAHKAN PROSES KELAHIRAN


1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6. Teman Kuat Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8. Baring Mengiring Ke KiriAmalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

SUMBER : PA&MA

KEISTIMEWAAN LECITHIN



Sekilas fakta: Lecitin itu sendiri adalah lemak.. FAT??..oppss.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .. contoh buat kek...yg asas seperti tepung, gula, telur..kalau tidaj ada..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean...


    Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini

    Kenapa org yang nak kurus perlu lecitin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak iaitu memecahkan lemak. Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
    Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
    Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....

    Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

    Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
    Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
    Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
    Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
    Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
    Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
    Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
    Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya untuk mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

kredit : mamafaiz


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Harap maklum..

Jom tengok apakata pengguna Lecithin..




Friday, 11 May 2012

SIJIL HALAL PRODUK SHAKLEE

Sekiranya anda seorang yang peka dan menitikberatkan soal halal/haram sesuatu produk tentu anda sedar bahawa diantara lambakan supplement yang dijual di pasaran sekarang hanya beberapa peratus yang betul-betul telah disahkan halal dan mendapat pengiktirafan JAKIM. Sekiranya diperiksa dengan teliti, rata-rata supplement berbentuk capsule diperbuat daripada sumber "bovine". Bovine di sini merujuk kepada lembu dan persoalannya sekarang adalah ... adakah lembu tersebut disembelih mengikut tatacara Islam?

Sebagai seorang Islam, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk hanya menjual produk yang betul-betul HALAL kepada customer-customer Muslim saya. Dan disebabkan isu halal haram ini jugalah saya telah bertukar dari supplement jenama *** kepada Shaklee kerana saya kurang yakin dengan status halal produk tersebut walaupun daripada research dan pembacaan saya kemudiannya mendapati produk tersebut mendapat pensijilan halal dari IFANCA (Islamic Food & Nutriation Council of America) iaitu sebuah badan pengesahan halal bagi produk dari US. Macam mana nak yakin jika salinan sijil IFANCA tersebut tidak dimuatkan dalam website supplement tersebut.

Berbeza dengan Shaklee. Sijil halal yang diperolehi daripada ISA (Islamic Services of America) dimuatkan dalam laman web Shaklee Malaysia (rujuk http://www.shaklee.com.my/img/content/Image193430287.pdf) bagi memudahkan pengguna-pengguna Islam membuat semakan. Macam ni baru betul. If you really adhere to the halal requirements, there's nothing to hide, betul tak?

Sebagai bukti yang produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah halal, berikut dipertontonkan salinan sijil yang telah saya perolehi dari laman web Shaklee Malaysia untuk tatapan umum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...