Friday, 29 March 2013

MACAMANA MENJAGA GIGI SI MANJA ANDA?

Bila simanja saya mula tumbuh gigi..seronok juga hati kan sebab fikir si kecil ni boleh makan makanan pejal...dah kurang sikit kepenatan menyediakan bubur nasi...hihi (bg saya la..) tapi sebenarnya apabila si manja kita dah mula tumbuh gigi..perlu pula penjagaan giginya..
Disini saya share artikel ttg penjagaan gigi si manja..Moga boleh dijadikan rujukan untuk kita semua.. :)

Kebanyakan doktor pergigian berpendapat bahawa penjagaan mulut atau gigi bayi dan kanak-kanak seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh. Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut. Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan.

Pertumbuhan Gigi

Monday, 11 March 2013

TIPS TERBAIK UNTUK SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG BERPANTANG?


TIPS TERBAIK UNTUK SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG BERPANTANG
========================================================


1- Berapa ramai para suami yang sanggup bersusah payah untuk menjaga isteri sewaktu di dalam pantang?
2- Berapa ramai yang tahu resepi atau makanan yang sesuai untuk isteri dalam pantang?
3- Berapa ramai yang sanggup belajar mandikan bayi baru lahir yang masih lembut badan dan tulang nya tu?

Yang biasa kita dengar, apabila isteri bersalin, isteri akan dihantar balik kampung untuk dijaga oleh ibu mertua ataupun ibu sendiri. Encik suami? Adakah anda menghabiskan masa-masa cuti anda untuk enjoy? Diharapkan semua suami yang membaca artikel ini, adalah suami yang bertanggungjawab kepada isteri anda…. :)

Bapa sekalian, tahukah anda, sakit melahirkan pernah disenaraikan sebagai kesakitan ranking kedua selepas sakitnya dicabut nyawa.....Berkorbanlah sebanyak manapun untuk jaga isteri selepas dia melahirkan, tidak akan dapat menebus semula kesakitan melahirkan itu. Jadi, tidak salah sekiranya anda menunaikan permintaan isteri anda jika isteri anda meminta bantuan.Lebih baik sekiranya, anda bertindak dahulu sebelum diminta atau disuruh oleh isteri anda.. .Ingatlah…Isteri anda telah bertarung nyawa melahirkan zuriat anda….

Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:-
******************************************************

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai…

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.


Mungkin sukar untuk menjadi suami yang dapat memenuhi tips di atas…Namun, sekiranya anda para suami, berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda…Pasti anda dapat lakukannya dengan mudah….Niat saya cuma ingin berkongsi kebaikan kepada semua…Sama-samalah kita berubah kearah yang lebih baik…InsyaAllah…




SET PENYUSUAN SHAKLEE MEMANG TERBAIK..!!

Salam semua terutama ibu-ibu.
Alhamdulillah hari ini ramai ibu2 yang sudah menyedari tentang kepentingan menyusukan bayi mereka. Khasiat susu ibu memang tiada tandingannya!! Oleh itu susuilah bayi anda dengan susu ibu.


Susu kurang? tidak mencukupi untuk keperluan bayi anda..?? Ramai yang menghadapi masalah sebegini termasuk saya sendiri..! tapi kita tidak lagi Supplement Shaklee banyak membantu saya dan ibu2 diluar sana..kerana dengan pengambilan suplement Shaklee dapat memastikan ibu-ibu menyusu sentiasa memperolehi nutrisi yang seimbang dan mencukupi seterusnya mampu menghasilkan susu yang lebih banyak. Set penyusuan Shaklee juga menjadikan ibu2 menyusu cergas, sihat, mood ceria untuk menyusukan bayi. Apabila si ibu cergas, ceria dan sihat barulah dapat menyusukan bayi dengan lancar dan terus bermotivasi untuk menyediakan stok EBM.

Ya! Ramai mengakui suplemetn Shaklee banyak membantu perjalanan penyusuan ibu tapi bersyarat...! syaratnya (supply n demand) mesti dipatuhi :

SET PENYUSUAN LENGKAP :

Kita tengok koleksi testimoni Set Penyusuan :





Berminat untuk menambahkan susu badan seperti ibu-ibu ini ? Dapatkan set penyusuan Shaklee drp saya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan,
add Facebook saya Wanie's Vita-Shop ( klik sebelah kanan blog ini) bagi memudahkan kita chatting secara langsung di FB.
atau anda juga boleh SMS/WhatsApp saya di talian 013-9737229.
Akhir kata, jom KLIK LIKE pada fanpage saya Mommy Afnan (sebelah kanan blog) untuk mendapat info dan update terkini tentang penyusuan, kecantikan, kehamilan dan banyak lagi! Pembelian mana-mana produk Shaklee dari saya akan melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA, HARGA ISTIMEWA dan JADUAL PEMAKANAN YANG BETUL.

Disclaimer
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...