Thursday, 22 December 2011

Shaklee Branches

Shaklee mempunyai beberapa cawangan seluruh Malaysia. Sekiranya anda berdekatan dengan salah satu cawangan Shaklee, dan ingin membeli sendiri produk dan menikmati potongan 15-30% (harga ahli Shaklee), anda boleh sms / telefon saya untuk mengetahui caranya.. serius,tak perlu pakai modal untuk dapatkan harga ahli.. istimewa hanya untuk anda, pelangan dan pengunjung mommyafnan.blogspot.com 

 Di bawah ni saya lampirkan cawangan-cawangan Shaklee seluruh Malaysia:
  • Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188
  • KL Branch : 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL. No tel 03-41426442
  • Penang Branch : A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai. No tel 04-3974325
  • Ipoh Branch : 32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh . No tel 05-2418260
  • Johor Bahru Branch : 14 Jalan Molek 1/10 Taman Molek , JB. No tel 07-3525188
  • Kota Bharu Branch : 319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. No tel 09-7478688
  • Kota Kinabalu Branch : Lot 7, Ground Floor Wisma Damai jalan Damai Luyang Kota Kinabalu. No tel 088-27208

Walaupun anda membeli sendiri, saya tetap akan berikan tips eksklusif dan cara pengambilan vitamin yang betul, serta konsultasi percuma yang berterusan (after sales service) dan anda akan diberi kebenaran untuk access ke group eksklusif tertutup kami di Fb.

Hanya sms saya sebelum anda walk-in ke branch berdekatan, dan saya akan beritahu caranya.. Hubungi 013-973 7229/ elinfayyadh@gmail.com

Thursday, 15 December 2011

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Salam semua pembaca Mommy Afnan.. Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..

 Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma elinfayyadh@gmail.com (013-9737229)

Friday, 2 December 2011

Set Eu-Four Pack

Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.


Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum. Untuk melihat detail ESP, sila klik di SINI

Sila hubungi saya melalui fb wanie shaklee / email : elinfayyadh@gmail.com / 013-9737229 untuk konsultasi percuma.

JOM TENGOK..Apakata pengguna Set Penyusuan Shaklee


Tuesday, 22 November 2011

Cara Menjadi Ahli Shaklee Dan Kelebihannya

Salam semua.. Hari ni suka untuk saya memaparkan cara untuk menjadi ahli Shaklee dan menjadi sebahagian dari keluarga Mommy Afnan.. Kepada pelanggan saya yang berminat menjadi ahli, anda akan dapat menikmati harga istimewa dan mendapat diskaun. Caranya? Sila lihat d bawah ya..

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee ?
  • Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 883691 sebagai sponsor/upline.
Yuran keahlian Shaklee
  • Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee.
  • Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase
Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
  • Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.
Apa kelebihan menjadi ahli?
  • Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
  • Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
  • Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh ibu melalui blog tertutup khas untuk ini.
  • Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).
Berminat?? Sila hubungi saya di elinfayyadh@gmail.com / 013-9737229. Anda juga boleh terus mendaftar keahlian dengan mengisi BORANG DAFTAR AHLI.

Thursday, 17 November 2011

Pelancaran Set Breastfeeding Baru!!!

Bermula esok 24 October 2011, kumpulan kami Euphoria akan melancarkan  set breastfeeding baru iaitu Eu - Four Pack. Eu - Four Pack mengandungi Vitamin B, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix (kalsium).  Ramai ibu-ibu yang telah mencuba set ini dan mendapati ia jauh lebih berkesan dari set breastfeeding lama. Istimewanya, set ini boleh diambil oleh semua individu, sama ada suami ataupun ibu bapa kita. Jadi dengan membeli full set, seisi keluarga boleh gunakannya! Memang berbaloi-baloi..

Kenapa Eu - Four Pack?
  • Boleh diambil oleh semua golongan - suami,isteri, ibu menyusu dan juga ibu mengandung. Jadi,jika anda merupakan ibu hamil yang juga menyusukan anak, set ini sangat sesuai utk anda.
  • Kalsium memainkan peranan besar bagi ibu-ibu menyusu. Jika kalsium ibu mencukupi, badan sangat mudah menghasilkan susu dengan cepat dan banyak (Alfalfa yang terkandung dalam set sebelumnya mempunyai paras kalsium yang minima)
  • Penghidap Talassemia tidak boleh mengambol Alfalfa. Oleh itu, kehadiran set ini sangat-sangat membantu!
  • Terdapat segelintir bayi yang mengalami cirit, jika ibu mengambil Alfalfa sebagai milk-booster. Alhamdulillah, dengan adanya Set Eu-Four Pack ini, tiada lagi cirit untuk ibu dan anak.
Kalau ada beberapa kekurangan Alfalfa, mengapa alfalfa dikatakan milk booster?
  • Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.
Bagaimanakah jika saya serasi denga Set Breastfeeding lama dan ingin meneruskannya?
  • Set breastfeeding lama tetap diteruskan, cuma set Eu-Four Pack ini diwujudkan sebagai pilihan. Jika anda serasi dengan set breastfeeding lama, sila teruskan. Atau, boleh juga mencuba set ini jika mahu. Pilihan di tangan anda.
Berita Baik! Terdapat PROMOSI PELANCARAN bermula 24 Oktober hingga 31 Oktober 2011.  FREE postage beserta FREE GIFT MENARIK!  Hubungi saya untuk makluman lanjut di elinfayyadh@gmail.com atau 013-9737229 untuk konsultasi percuma!


Saturday, 5 November 2011

Kebaikkan Penyusuan Ibu

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu


Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
  • Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Thursday, 20 October 2011

Adakah Anda Perlu Kalsium?

Cuba lihat di sini, adakah anda mempunyai gejala yang berikut?
  • Kejang otot
  • Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  • Wheezing (pernafasan seperti wisel)
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Keletihan
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh
  • Kulit kering (Psoriasis)
  • Tumit pecah dan kasar
  • Eczema - penyakit kulit
  • Sakit sendi
Kalau ada, maknanya anda kekurangan kalsium. Fikir-fikirkan semula, adakah pemakanan harian anda dilengkapi dengan kalsium? Berikut ialah sumber semulajadi kalsium:
  1. Produk tenusu
  2. Sayuran seperti bayam
  3. Kekacang
Kenapa penting mengambil kalsium?
  1. Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium  adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.
  2.  Pembentukan struktur normal sel
  3.  Sistem saraf
  4.  Pembekuan dan tekanan darah
  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal
Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
  •  Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
  •  Sukar tidur (Insomnia)
  •  Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  •  Sakit pinggang dan kaki
  •  Cepat naik angin dan mudah terkejut
  •  Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  •  Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin
Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pula:
  • Selalu berpeluh ketika tidur
  • Sukar tidur lena
  • Terkejut, menangis pada waktu malam
  • Hyperaktif
  • Tiada selera makan, memilih makanan
  • Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  • Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
  • Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  • Rendah, lemah badan
Justeru, amat disarankan anda semua mengambil Ostematrix Shaklee (kalsium magnesium) dalam diet harian anda. Baik cegah sebelum parah. Jika lambat bertindak, dan paras kalsium anda semakin kritikal, potensi untuk menghidapi osteoporosis akan berlaku. Takkan anda nak jadi seperti ini sebelum tiba masanya?

hilang kepadatan tulang

Apa yang anda makan hari ini, menjadikan siapa diri anda esok.. Fikir-fikirkanlah..

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan harga diskaun untuk Ostematrix! 
Pertanyaan & Order Shaklee;
*Pm di http://www.facebook.com/MommyAfnan
*SMS | WhatsApp 012-9375272/ 013-9737229
Email: elinfayyadh@gmail.com / 013-973 7229

Saturday, 24 September 2011

Pengedar Shaklee

Mommy Afnan- Online Journal and Shop adalah sebuah blog peribadi yang berkongsi tips2 kesihatan, kecantikan penyusuan dan kehamilan melalui produk shaklee
Mommy afnan diselenggarakan oleh saya Wanie Yusoff jika anda mencari pengedar shaklee, mommyafnan adalah tempatnya..


  • Pengedar Shaklee di Kelantan

  • Pengedar Shaklee di Malaysia

 Sila ke pergi ke ruangan blog untuk artikel-artikel tentang kesihatan, kecantikan dan penyusuan. Atau ke elinfayyadh@gmail.com untuk pembelian produk.


As a socially-responsible company, Shaklee does not conduct animal testing, we have never conducted animal testing, and we will never conduct animal testing. We have never done business with any lab that conducts tests on animals.


* Dipetik dari laman Shaklee International.

Thursday, 25 August 2011

Set Bersalin Shaklee


Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari tu terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan.

Stress atau meroyan yang dikait rapat dengan ibu berpantang, bukanlah mitos tapi memang benar-benar wujud. Justeru, para ibu haruslah menyiapkan diri fizikal dan mental untuk menangani keadaan tersebut, dan salah satu caranya ialah dengan pengambilan vitamin, sebagai persediaan sebelum menyambut cahaya mata, permata hati kita.

Jom tengok Set Bersalin Shaklee , yang terdiri daripada:
  1. Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
  2. Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi 
  3. Vitamin C 
  4. Zink 
  5. Ostematrik
  6. Alfalfa 
Apa kepentingan mengambl vitamin-vitamin ini?

 1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
  • B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.
2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
  • Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
3) Vitamin C
  • Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.
4) Zink
  • Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 
5) Ostematrix 

Sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.

Ibu2 juga di syorkan mengambil Alfalfa kerana :

6) Alfalfa
  • Sangat digalakkan diambil oleh ibu-ibu yang penghasilan susunya agak lambat, kerana Alfalfa bertindak sebagai milk-booster. Namun harus diingatkan, pengambilan Alfalfa yang berterusan haruslah disertakan dengan penyusuan yang kerap / sesi pam yang konsisten, kerana dikhuatiri ibu-ibu akan mengalami bengkak susu / duktus tersumbat. Namun begitu, jika ibu konsisten meyusukan bayi atau mengepam, hasil susu sangatlah lumayan. Selain itu, alfalfa juga bertindak melawaskan dengan cara lembut dan sekaligus mengatasi masalah sembelit yang dialami oleh ibu-ibu yang berpantang.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Email elinfayyadh@gmail.com /
Call/ Whatsapp :  013-9737229

Jom tengok apa kata pengguna SET BERPANTANG Shaklee..!!



Akhir kata, jom KLIK LIKE pada fanpage saya Mommy Afnan (sebelah kanan blog) untuk mendapat info dan update terkini tentang penyusuan, kecantikan, kehamilan dan banyak lagi!
Pembelian mana-mana produk Shaklee dari saya akan melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA, HARGA ISTIMEWA dan JADUAL PEMAKANAN YANG BETUL.


Tuesday, 23 August 2011

SET PENYUSUAN ( SET B)


Breastfeeding  Set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak.. Saya sendiri menggunakan set ini, dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan 1 0z meningkat ke 4 Oz selepas mengambil set ini selepas 5 hari. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang.. Dan, BONUS..berat badan juga menurun selama 3 kg dalam masa sebulan pengambilan!

Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam set ini ya? Jom kita tengok..

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4)Alfalfa

Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu  penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Namun harus diingatkan, konsep utama penyusuan ialah SUPPY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungkin (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L bagi menjayakan proses penyususan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air,mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita..Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-Baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita berjalan lancar. 

Klik untuk lebih info TIPS PENYUSUAN
Klik disini untuk SET PENYUSUAN SHAKLEE

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan  Set Hamil/ Set Bersalin/ Set Penyusuan Produk Shaklee /mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie saya untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan

Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee


Testimoni 1 :

Pn.Affnie berjaya menjayakan penyusuan secara ekslusif dengan penggunaan Set Penyusuan Shaklee..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Teknik Terbaik Memerah Susu

Breastfeeding  Set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak.. Saya sendiri menggunakan set ini, dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan 1 0z meningkat ke 4 Oz selepas mengambil set ini selepas 5 hari. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang.. Dan, BONUS..berat badan juga menurun selama 3 kg dalam masa sebulan pengambilan!

Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam set ini ya? Jom kita tengok..

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4)Alfalfa

Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu  penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Namun harus diingatkan, konsep utama penyusuan ialah SUPPY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungkin (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L bagi menjayakan proses penyususan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air,mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita..Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-Baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita berjalan lancar. 

Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Email elinfayyadh@gmail.com / 013-9737229
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...