Saturday 17 December 2016

KECEWA PELANGGAN TIDAK MEMBELI DENGAN KITA?


Kecewa Bila Pelanggan Tak Beli Dengan Kita?

 Mesti ada antara anda yang terlintas soalan-soalan seperti ni: “Kenapalah tak ada satu jualan pun hari ni..”, “Kenapa pelanggan tanya je, tapi tak beli”.. “Eh aku ni memang tak ada bakat meniaga kot.. susahnya nak menjual”

Semua soalan-soalan di atas adalah bisikkan hati negatif yang nak menjatuhkan kita. Jangan biarkan aura negatif menghantui fikiran dan minda kita. Berniaga mesti ada “rejection”. Bukan berniaga namanya jika tiada “rejection” atau penolakkan.

Fikir yang baik-baik, niatkan yang baik-baik, insyaAllah yang datang pada kita yang baik-baik juga.
Berikut ada sedikit perkongsian untuk anda yang selalu rasa kecewa bila pelanggan tak beli dengan kita. Semoga bermanfaat..

Kalau pelanggan tolak kita apa nak buat?
TOLONG JANGAN SEDIH..
TOLONG JANGAN PUTUS ASA.
TOLONG POSITIF..
MUHASABAH DIRI.

Jom lakukan perkara-perkara di bawah, insyaAllah kita akan redha dan berlapang dada..

1)Baca “Innalillah Hiwainna Ilaihurojiun”

2) Katakan “Ya Allah Aku Redha Dgn DugaanMu”

3) Doa “Ya Allah gantikan customer yang lebih baik datang padaku.. Ya Allah berikanlah ku customer-customer Baru yang sentiasa perlukan produk ku. Wujudkanlah kesetiaan kepada regular customer ku..amin ”

Kelebihannya mengamalkan doa di atas:
1) Allah akan merawat hati kita.
2) Allah bertambah sayang kepada orang yang Redha dengan DugaanNya.
3) Allah akan jadikan kita lebih positif
4) Allah akan gantikan pelanggan yg lebih membawa rezeki kepada kita
5) Allah akan tambah nikmat dan rezeki kerana kita sentiasa bersyukur dan sabar

Dan..
“Kita Tetap Untung Walaupun Orang Tolak Kita”

Niatkan berniaga ini satu ibadah, untuk membantu keluarga dan juga ekonomi ummah. InsyaAllah walau datang 1000 penolakkan pun kita akan bertahan. Dan, harus ingat, untuk dapat 1 pembelian, kita harus terima 9 penolakkan, itu adalah statistik bisnes. Jadi, jika 9 orang tak nak beli, jangan putus asa, akan ada 1 orang lain yang akan membeli dengan anda.

Semoga sedikit tips bisnes ini bermanfaat untuk anda, terutamanya yang masih baru menceburi bidang bisnes. Stay calm..

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Set Bersalin/ Set Kesuburan Suami Isteri  Shaklee  atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee




Monday 5 December 2016

11 PERKARA PERLU BUAT APABILA MELAWAT IBU BERPANTANG/ BERSALIN


"Jom pegi tengok Aisya baru bersalin. Tak sabar nak tengok baby dia," ajak Aini kepada teman-teman ofis.

Memang lumrah, kalau kawan baru bersalin mesti kita hendak menziarahi dia. Baguslah sebab itu sebagai tanda ingatan kita kepadanya tapi dalam masa yang sama perlu diingat ada pantang larang dan adab yang mesti dipatuhi bila hendak melawat ibu baru bersalin dan bayinya.

Sekarang banyak sangat kes yang kita baca tentang keadaan bayi baru lahir yang mudah dijangkiti kuman sehingga ada yang hampir maut. Apabila diperiksa dan disiasat, doktor mendapati bayi tersebut dijangkiti kuman daripada orang yang melawatnya dalam keadaan tidak sihat.
Jadi, kalau ada yang rancang hendak melawat bayi baru lahir, pastikan pantang larang berikut anda patuhi. Takkan pula kawan anda yang baru bersalin hendak menegur, nanti dikata biadap dan tidak sopan pula.

1. Sebelum datang bagitahu dulu

Janganlah anda main redah sahaja datang ke rumah orang baru bersalin. Maklum sahaja keadaan ibu baru bersalin yang masih belum kuat dan agak kelam kabut menguruskan bayi baru lahir. Tiba-tiba ada kawan yang datang tanpa memberitahu tentu sahaja dia tidak bersedia. Sekurang-kurannya bila anda memberitahu untuk datang, dapatlah dia memberitahu bila hari dan waktu yang sesuai. Takut nanti kalau main redah sahaja, tiba-tiba kawan anda tiada di rumah kerana pergi ke klinik atau hospital.

2. Pilih waktu melawat yang sesuai

Sebaiknya pilihlah waktu yang bersesuaian untuk melawat ibu berpantang. Jangan pula anda datang waktu pagi sangat sebab biasanya waktu ini ibu dan bayi agak sibuk menguruskan diri mereka. Jangan juga datang waktu petang dan hampir senja. Ibu berpantang kena makan dan mandi awal sebelum waktu maghrib. Bahkan elakkan sama sekali daripada datang melawat pada waktu malam. Orang tua-tua sangat pantang datang melawat ibu bersalin pada waktu malam.

3. Yang tak sihat tak perlu datang

Sebelum datang melawat bayi baru lahir, periksa dulu keadaan kesihatan anda. Kalau ada selesema, batuk walaupun sikit-sikit lebih baik anda tak payah datang melawat. Anda hanya akan menyebarkan virus tersebut kepada bayi yang masih tidak kuat lagi sistem imun badannya. Tunggu anda sihat baru datang melawat.

4. Jangan melawat terlalu awal

Janganlah disebabkan terlalu 'excited' hendak melawat kawan yang baru bersalin maka anda datang sehari selepas dia baru keluar dari hospital. Bagilah ibu bersalin masa untuk menyesuaikan diri dahulu. Selain itu ibu lepas bersalin juga masih lemah dan tidak kuat lagi untuk menerima tetamu. 

5. Jaga mulut

Biasanya kalau sudah datang beramai-ramai, macam-macam yang akan keluar daripada mulut masing-masing. Jagalah apa yang hendak dituturkan. Anda perlu menjaga hati ibu baru bersalin yang agak sensitif. Contohnya, "Eh, kenapa kecik sangat anak ko ni. Tk kuat nyusu ke?" atau "Kenapa tak pakai bengkung betul-betul, patutlah tak kurus-kurus lagi." Ia hanya akan menyakitkan hati ibu berpantang dan membuatkan dia bertambah stress

6. Minta kebenaran untuk dukung bayi

Ada yang jenis suka hati sahaja mendukung bayi baru lahir yang dikunjungi. Bukan tak boleh tapi sebaiknya minta kebenaran daripada ibunya. Mana tahu, bayi tersebut meragam waktu malam dan baru hendak tidur, tiba-tiba kita yang datang mengganggu pula tidurnya.

7. Bawa buah tangan

Adab melawat orang sakit atau baru bersalin, sebaiknya bawalah sedikit buah tangan untuk mereka. Memanglah ibu bersalin tersebut tak meminta tapi apa salahnya bersedekah. Kalau tak sempat beli hadiah untuk bayi, boleh juga sedekahkan duit sahaja.

8. Jangan cium bayi

Siapa yang tak geram tengok bayi yang comel dan kecil. Tentu sahaja automatik rasa nak menggomol dan cium bayi puas-puas. Awas, tahan perasaan geram anda itu! Ingat, yang kita mungkin boleh menyebarkan bakteria kepada si kecil. Kalau tak tahan juga nak cium, sekali dan sekejap sahaja cukuplah.

9. Cuci tangan

Sebelum menyentuh atau mencuit pipi bayi yang gebu, elok anda bersihkan dahulu tangan dengan sabun antiseptik. Kadang kala tanpa kita sedar, tangan menjadi agen penyebar kuman. Tak pasal-pasal bayi yang bersih dan suci itu terkena kuman tanpa sengaja.

10. Tak payah memandai-mandai

Mungkin anda sudah berpengalaman mempunyai beberapa orang anak. Jadi, kalau datang melawat kawan yang baru pertama kali bergelar ibu, tak perlulah memberikan bermacam pantang-larang atau tip kecuali diminta. Mungkin setiap orang ada cara masing-masing yang tidak sama. Jadi jangan banding-bandingkan cara berpantang anda dengan kawan yang baru bersalin.

11. Jangan lama sangat

Dalam seronok bersembang dan melihat bayi baru lahir, jangan lupa yang ibu berpantang perlu rehat kerana mereka masih lemah dan belum sihat sepenuhnya. Tak perlulah anda duduk terlalu lama sehingga ibu berpantang sukar untuk berehat dan bayi pula sampai terbangun tidur kerana terdengar suara anda.

Sumber : Pa & Ma

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Set Bersalin/ Set Vitamin Shaklee  atau mana2 produk Shaklee bolehla hubungi saya :

Mommy Afnan memberikan harga ISTIMEWA untuk anda..!!

SMS/WhatsApp: 0139737229 (Wanie) ID Shaklee : 883691
Boleh link ke Facebook :  Vitashop Wanie untuk menghubungi saya secara terus.
LIKE Fanpage saya : Mommy Afnan untuk mendapat info produk dan tips keibubapaan
Call/ Wsap/Sms : 013 9737229 (Wanie)

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
COD Sekitar Kota Bharu, dan area Kelantan serta Pos Laju Seluruh Malaysia

Hubungi saya untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...