Saturday 22 September 2012

JAUHI KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah (bukan kacip pinang kepunyaan cik Fatimah ye..) atau nama saintifiknya Labisia Pumila telah digunakan secara turun temurun untuk membantu mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual. Sama seperti Tongkat Ali untuk lelaki.

Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin.

Antara 9 fungsi utama kacip fatimah
(1) Menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi peranakan wanita lepas bersalin
(2) Sekiranya diambil ketika menstruasi, boleh membantu mengurangkan kesakitan (period pain) kerana ia mempunyai fungsi anti-dysmenorrhoea yang dapat membantu melancarkan pengaliran menstruasi
(3) Digunakan untuk memulihkan gangguan kepada sistem peranakan wanita seperti dysentery dan gonorrhoea
(4) Membantu menyeimbangkan hormon wanita dan mengatasi masalah lepas bersalin seperti kurang keinginan untuk bersama suami. Selain dari itu, ia juga dikatakan dapat menambah tenaga kewanitaan
(5) Membantu melangsingkan badan terutamanya dibahagian abdomen
(6) Sejenis herba anti-gas yang dapat membantu mengurangkan angin dari dalam badan
(7) Menguatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya melegakan selesema
(8) Memperbaiki perjalanan darah serta membantu mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot
(9) Kacip Fatimah juga dapat membantu mengurangkan masalahh sembelit serta mengembalikan rambut rosak

Selain dari itu masih terdapat banyak lagi fungsi serta kebaikan kacip fatimah ini. Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak.

Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan. Oleh itu, bahan-bahan toksin di dalam tubuh badan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan ( liang peluh, air kencing, najis dan juga susu ibu). Dengan demikian, ditakuti bayi yang disusukan akan minum susu yang mengandungi toksin yang dikumuhkan dari badan ibunya. Sekiranya ibu mengandung minum atau consume air kacip fatimah atau serbuk atau pil yang mengandungi kacip fatimah, kadang-kadang sistem badan ibu tak fully recognize janin yg membesar dalam perut tuh adalah bayi (kira macam sistem badan confuse. ingat ni benda asing yg patut dibuang/dikumuhkan) Kesannya akan menyebabkan keguguran.

Dipetik dari buku Mother Food for Breastfeeding Mother ditulis oleh Hilary Jacobson (page 82)

Try to avoid doing what is called a major detox while breastfeeding or pregnant. This includes fasting, taking more than one or two cups of freshly juice or green-drinks per day, losing weight too quickly, (one pound per week is considered safe for breastfeeding mother), or using strong, detoxifying herbs, including chilantro (see below) or high dosages of chlorella (see page 269).

When a mother detoxes, toxins flood out into the bloodstream where they can crossover the placenta during pregnancy, or enter a breastfeeding mother’s milk. In pregnancy, this can impede the baby’s development. In breastfeeding, this may result in the baby becoming fussy, or coming down with a stuffy nose. Normal-terms babies are usually robust and can deal with a temporary increase in toxins, but there is no reason to put a baby to the test!

Ramai ibu-ibu yang mengamalkan penggunaan kacip fatimah mengatakan bahawa antara fungsi kacip fatimah adalah untuk menambah dan melancarkan pengaliran susu ibu. Bagaimana pun, dikhuatiri sebab tindakan detox oleh kacip fatimah menyebabkan badan membuang toxin melalui susu ibu.

sumber : Iffah Anuar

Thursday 13 September 2012

KEKAL CANTIK & SIHAT

Antara kelebihan Vitamin E Shaklee...
  • Vitamin E terkenal sebagai agen anti-oksida yang baik. Oleh itu, pengambilan vitamin E secara konsisten membantu pengamalnya kelihatan awet muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu mehilangkan parut dan jeragat serta membantu menaikan seri wajah agar tidak lagi kelihatan kusam.

  • Vitamin E mampu mencegah pertumbuhan sel-sel abnormal badan terutama kanser.

  • Masalah kedinginan atau low sex drive yang sering dialami oleh ibu-ibu menyusu berikutan  kehadiran hormon prolaktin yang tinggi dapat diatasi dengan pengambilan Vitamin E. Selain itu, Vitamin E juga dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat. Sebab itulah Vitamin E turut dikenali sebagai Vitamin Cinta.

Monday 10 September 2012

KEISTIMEWAAN VIT C SHAKLEE

Assalamualaikum semua...
Hari ini saya nk berkongsi ttg ke istemewaan Vitamin C Shaklee..
Sebenarnya Vitamin C adalah supplement kesukaan saya...kerana terus terang saya katakan sebelum saya mengenali shaklee...saya selalu mengalami masalah selsema...terutama pada waktu pagi pasti selepas bangun tidur saya akan tidak selesa kerana hidup berair/ selesema mungkin kerana saya alah pada ubat nyamuk...
tapi setelah saya megamalkan Vitamin C Shaklee sebiji setiap pagi masalah itu tidak lagi menganggu saya alhamdulillah...saya rasa selesa sekarang..


Jom kita tengok apa yang best sangat tentang Vit C Shaklee ni berbanding dengan Vit C jenama lain.
1. Sustained Release
Tidak seperti kebanyakkan Vit C lain yang terdapat di pasaran, Vit C Shaklee adalah dalam bentuk Sustained Release. Dalam erti kata lain, zat Vit C tersebut akan dilepaskan secara perlahan-lahan bagi memenuhi keperluan semasa badan. Ini adalah kerana Vit C mudah terhapus jadi melalui teknologi Sustained Release ini, badan kita akan sentiasa mendapat bekalan Vit C yang mencukupi.
2. 1 tablet = 7 biji setengah oren
Istimewanya Vit C Shaklee ini adalah kerana 1 biji adalah bersamaan dengan 7 biji setengah oren. Cuba bayangkan, adakah anda mampu memakan 7 biji setengah oren setiap hari bagi menikmati keperluan Vit C harian anda? Saya kurang pasti dengan anda semua tapi bagi diri saya sendiri, agak mustahil untuk memastikan saya mampu memakan 7 biji setengah oren setiap hari.
3. Mengandungi bioflavonoid
Vit C Shaklee mengandungi bioflavonoid bagi membantu penyerapan nutrien Vit C dengan lebih baik. Jadi badan kita mendapat khasiat Vit C pada kadar yang lebih optimum.


 
ANTARA KEBAIKAN VITAMIN C

1. Meningkatkan tahap imuniti badan

Vit C adalah penting kepada badan kita kerana ianya dapat mempertingkatkan tahap imuniti badan agar kita tidak mudah jatuh sakit. Selain itu, Vit C juga dapat mengelakkan masalah gusi berdarah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Kerana itu jugalah ibu-ibu yang baru melahirkan sangat digalakkan untuk memakan oren semasa di dalam pantang bagi memastikan luka bersalin cepat sembuh.
2. Antioksidan
Vit C turut memainkan peranan penting sebagai agen anti-oksidan bagi menghalang radikal-radikal bebas yang banyak terdapat di sekeliling kita sekaligus mencegah kerosakan sel-sel badan.

3. Untuk kecantikan kulit
Salah satu fungsi Vit C yang terkenal adalah sebagai rumusan penggalak penghasilan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel badan kita. Kekurangan kolagen akan menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus. Selain itu, pengambilan Vit C secara konsisten akan membuatkan kulit anda menjadi lebih muda, cerah dan berseri. 

4. Mencegah masalah hypertensi dan kardiovaskular
Vitamin C penting untuk mengawal tahap nitrik osida iaitu bahan kimia semulajadi yang membantu dalam mencegah pengerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar (stroke) dan sebagainya.

Jom kita baca apa pula kata pengguna tentang kehebatan Vit C Shaklee ini:



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di FB/ page saya Mommy Afnan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...